Selasa, Jun 02, 2009

Menghargai.

Bismillahirrahmanirrahim.


CUTI membunuh hati!

Saya tak mahu!


Baru tadi ada insiden, dan tambah menyainkan logika untuk diri saya iaitu: saya sangat sukar mencari keserasian dalam bersahabat dengan manusia yang SELALU ditemui.

Lagi-lagi yang ada di sekolah. Ya Allah, betapa benarnya perasaan ini. Benar yang teramat.

Jujur, saya rapat dengan siapa di sekolah? Saya hanya akan rapat dengan pemimpin-pemimpin saya macam timbalan ketua PRS 2 dan timbalan ketua pengawas 2. Itu pun untuk urusan yang benar-benar urusan.

Dan masa di asrama inilah betapa saya rindukan sahabat2 saya yang sebenarnya. Allahu a'lam.

Salahkah sahabat di alam maya yang diutamakan? Walau tak pernah ketemu?

Saya paling ingat Noor 'Izzati. Kami bersahabat sejak kami tingkatan 2. Sebabnya kami sama-sama minat bahasa syurga, iaitu bahasa Arab. Dan ternyata kcenderungannya juga untuk mendalami bahasa itu.

Kami banyak kali sangat plan nak jumpa, tapi belum lagi pernah ketemu.

'Izzati, betapa kamulah wardah yang sering aku ceritakan untuk diriku.


Dia banyak tahu tentang saya, dan saya juga banyak tahu tentangnya. Dan tak keterlaluan kalau saya katakan dia memang know me well.

Siapa lagi? Sudah tentu Pulasari. Sahabat yang sangat banyak membantu saya menyedari kelemahan sajak saya bila dah lama tak menulisnya. Dan dia juga banyak tahu tentang saya. Kini melanjutkan pelajaran di Perancis dan cemburu saya nyalakan kepadanya. Saya juga mahu ke luar negara , melanjutkan pelajaran. Timur Tengah! Jika tidak ke Jordan, akan ke Syam.

Mengenalinya akhir 2007. Ya, ternyata persahabatan ini juga atas nama minat terhadap bahasa. Dan bahasa untuk ini pula ada tiga: bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Perancis. Unik kan?

Bagai bayu di malam hari. Pelangi di pagi hari.


Ada 2 lagi sahabat istimewa saya cuma saya belum rapat betul dengan mereka. Yasmin Syahirah dan Muwahhidah. Yasmin sebaya dan pelajar KISAS (Subhanallah~) dan Muwahhidah juga sebaya saya, belajar di SBP.

Semua orang Selangor. Haih~ Patutlah. Saya ni 'kan lahirnya di Kuala Lumpur :)
Tiada perkaitan yang jelas. Hehe.

Maka dengan itu, boleh saya katakan sahabat maya saya paling istimewa, sebab kami saling mengingatkan dan insya-Allah, tidak akan lupakan-Nya dalam setiap perbualan kami sama ada lewat e-mail atau ym. Itu yang best tu!

Dan keterbatasan waktu mengajarku untuk lebih menghargai.

Aslim taslam.

P.s: Untuk teman2 di SMIH, akulah yang selalu menjadi duri yang selalu merobek hati kecil kalian dgn tajamnya kata-kataku. Kerana aku bukan manusia hipokrit, kejujuran itu polisi terbaik kehidupan!

6 ulasan:

pulasari berkata...

salam

insyaAllah kamu akan ke luar negara.yakin selalu ~

oh ya, wahiddah bukan sbp, tp MRSM Kuantan.

|Tiupan bayu di tanjung utara, kelihatan pelangi merentasinya ~

taqwaforever berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
temanmu. berkata...

salam qurrah.maaf atas segala yang pernah anti rasa dlm persahbatn ana dgn anti.dalam setiap tutur kata,tingkahlaku,memek muka.dan sebagainya..

(ini sahabatmu yang berada di hadapanmu tika peperiksaan)

qurrah,mungkin anti rasa anti seperti duri.tapi sepanjang ana rasa dlm bsahabat dgn anti, anti seorang yg unik.lain dari yang lain.ana tak ambil hati walau sedikit.malah, menjadikan hari ana gembira.jujur ana cakap.(*mugkin anti rasa pelik dgn penyataan ana) tp, itulah yang ana rasa.sbb itu setiap kali anti berkata dgn ana ana akn ketawa kecil.sbb ana gembira.

dalam bersahabat pasti ada kekurangan,keterlanjuran,kesilapan. sebaik2 sahbat mereka akn tegur kesilapan sahabatnya ats dasar cinta kerana Allah.

qurrah,terima kasih atas segala coretan yang pernah anti berikan ana baca.buat ana kagum,gembira,teruja,semangat..
kadang2 juga menyentuh hati,terharu.

qurrah,biarkan andaian orang lain.adlah lebih penting, anti menjadi yang terbaik buat mereka.

dan maaf, ana tak membntu anti dlm perkara2 yang anti perlukan penjelasan yang sebenar.moga Allah tunjukkan jwpn yang terbaik.

ana mendo'akan, moga Allah pertemukan qurrah dengan sahabat2 yang qurrah cintai mereka kerana Allah.

maaf qurrah atas segalanya...

dari hati sahabatmu,
wassalam.

Tanpa Nama berkata...

salam mahabbah qurrah,
well really, people do feel differently from time to time. nway do be yourself and please, do be my friend!( yg bkn atas sbb urusan..)

thaif ^^ berkata...

salam 'alaykum~

duhai kecintaanku: kalian pelangiku.

cuma aku hanya menanti bulan di celahan bayu.

moga Tuhan terus merestui.

thaif ^^ berkata...

PULASARI~

betul kata kamu, saya akan ke menyambung pelajaran di LUAR NEGARA tahun depan... ^ ^


+qausuquzahmestiYAKINoptimis+