Ahad, Jun 14, 2009

Abahku: Garangnya Sayang. Lelaki Hidupku.

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya S A Y A N G abah sesayang-sayangnya!

Uhibbu abi hubban jiddan!

Tak lama lagi hari abah sedunia, 21 Jun.

Sekarang umur ana 16++ tahun. Bulan 7 nanti baru masuk 17 tahun. Dan selama tahun-tahun itu ana hidup dengan keluarga, yang ketuanya mestilah ABAH :) Umur abah pula 46 tahun.

Abah memang abah paling mantap. Abah faham sangat macam mana nak bagi seseorang tu berdikari. Abah faham sangat macam mana nak bagi anak-anaknya sedar. Abah faham bagaimana pengalaman hidup itu memanusiakan diri.

Dan yang paling mantap: abah ana garang.

Kenapa garang? Sebab dia sayang. Kenapa sayang? Sebab kami semua anak-anaknya! Dia tak mahu anaknya buat kesilapan yang sama. Kan?

Sebenarnya...
abah garang bila masanya.
abah cool bila masanya.


Ana bangga ada abah sebab orang kata abah cool dan mukanya awet muda. Abah pandai buat lawak dan abah selalu bagi teka-teki dan perumpamaan.

Abah pun pernah buat perumpamaan kelekatu yang tidak berakal.
Abah kata kita jangan jadi macam kelekatu. Kelekatu suka sangat api, sebab itu kelekatu terus meluru ke api (biasanya lilin) dan terus tergolek kesakitan. Lepas itu, kelekatu pergi lagi kepada api tu, dan jatuh lagi. Maksudnya, kelekatu ni tak sedar dia dah buat kesilapan berulang kali!

Bukan ke orang yang beriman itu dia tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Jangan jadi macam kelekatu.


Haa, macam itulah. Bagus kan?

Bila minat abah terhadap photgraphy bertunas, anaknya yang seorang ni pun ikut juga. Abah suka ajar anaknya ambil gambar. ISO, auto-focus dan lain-lain istilah yang ana belajar. Dan abah ada cakap, nak pandai dalam bidang ni, mesti selalu belajar ambil gambar. Kalau tak macam mana nak pandai? Abah sabar.

Dan ana pun teringat add-math ana yang mesti belajar selalu. Berusaha! Dan sabar ya.

Ana harap ana terus menjadi anak yang solehah dan muslehah untuk abah dan mama. Ana nak utamakan abah dan mama selepas Allah dan rasul-Nya.

Sebab redha Allah terletak pada redha abah dan mama! :D


Abah Lelakiku

Dilingkungi kesabaranmu
mendidikku dengan cinta
kasih sayangmu bercahaya
seiring cinta kekasihmu

Sesekali mampir di ingatan
aku dulu wangiannya dosa
dan kau menepis harumnya
dengan maaf dan sedar
aku dulu duduknya silap
dan kau letakkanku dalam kebenaran
aku dulu mulanya sifar
dan kau memanusiakanku
saban waktu

Dalam sungai masa
yang tiada akan terhenti ini
izinkan segalanya
berbayar kasihku padamu
Allah redhai dia
seperti mana dia kasihiku
waktu kecilku.

Abah
kusayang abah.

Abah
lelaki hidupku.

-anakandamu: raehan intisor, bint mun'im-

2 ulasan:

Rantong berkata...

Sekadar nasihat & peringatan sesama muslim.

Berhat-hatilah bilamana menulis blog. Tulis dengan ilmu & iman.

"Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan daripada sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu berdosa, dan janganlah kamu mengintip, mencari-cari kesalahan dan keaiban orang, dan janganlah sesetengah kamu mengumpat sesetengahnya yang lain. Apakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (jika demikian keadaan mengumpat) Maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Maha Mengasihani. " (Al Hujurat ayat 12)

View Profile: Rantong™

nur berkata...

http://www.facebook.com/AinMaisarah.Novelis