Ahad, Jun 14, 2009

Abahku: Garangnya Sayang. Lelaki Hidupku.

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya S A Y A N G abah sesayang-sayangnya!

Uhibbu abi hubban jiddan!

Tak lama lagi hari abah sedunia, 21 Jun.

Sekarang umur ana 16++ tahun. Bulan 7 nanti baru masuk 17 tahun. Dan selama tahun-tahun itu ana hidup dengan keluarga, yang ketuanya mestilah ABAH :) Umur abah pula 46 tahun.

Abah memang abah paling mantap. Abah faham sangat macam mana nak bagi seseorang tu berdikari. Abah faham sangat macam mana nak bagi anak-anaknya sedar. Abah faham bagaimana pengalaman hidup itu memanusiakan diri.

Dan yang paling mantap: abah ana garang.

Kenapa garang? Sebab dia sayang. Kenapa sayang? Sebab kami semua anak-anaknya! Dia tak mahu anaknya buat kesilapan yang sama. Kan?

Sebenarnya...
abah garang bila masanya.
abah cool bila masanya.


Ana bangga ada abah sebab orang kata abah cool dan mukanya awet muda. Abah pandai buat lawak dan abah selalu bagi teka-teki dan perumpamaan.

Abah pun pernah buat perumpamaan kelekatu yang tidak berakal.
Abah kata kita jangan jadi macam kelekatu. Kelekatu suka sangat api, sebab itu kelekatu terus meluru ke api (biasanya lilin) dan terus tergolek kesakitan. Lepas itu, kelekatu pergi lagi kepada api tu, dan jatuh lagi. Maksudnya, kelekatu ni tak sedar dia dah buat kesilapan berulang kali!

Bukan ke orang yang beriman itu dia tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Jangan jadi macam kelekatu.


Haa, macam itulah. Bagus kan?

Bila minat abah terhadap photgraphy bertunas, anaknya yang seorang ni pun ikut juga. Abah suka ajar anaknya ambil gambar. ISO, auto-focus dan lain-lain istilah yang ana belajar. Dan abah ada cakap, nak pandai dalam bidang ni, mesti selalu belajar ambil gambar. Kalau tak macam mana nak pandai? Abah sabar.

Dan ana pun teringat add-math ana yang mesti belajar selalu. Berusaha! Dan sabar ya.

Ana harap ana terus menjadi anak yang solehah dan muslehah untuk abah dan mama. Ana nak utamakan abah dan mama selepas Allah dan rasul-Nya.

Sebab redha Allah terletak pada redha abah dan mama! :D


Abah Lelakiku

Dilingkungi kesabaranmu
mendidikku dengan cinta
kasih sayangmu bercahaya
seiring cinta kekasihmu

Sesekali mampir di ingatan
aku dulu wangiannya dosa
dan kau menepis harumnya
dengan maaf dan sedar
aku dulu duduknya silap
dan kau letakkanku dalam kebenaran
aku dulu mulanya sifar
dan kau memanusiakanku
saban waktu

Dalam sungai masa
yang tiada akan terhenti ini
izinkan segalanya
berbayar kasihku padamu
Allah redhai dia
seperti mana dia kasihiku
waktu kecilku.

Abah
kusayang abah.

Abah
lelaki hidupku.

-anakandamu: raehan intisor, bint mun'im-

Sabtu, Jun 13, 2009

HSKU 2009 dan Natijah

Bismillahirrahmanirrahim


KASIH NAN AGUNG MENANG.


Satu hari, di mana saya mengharap (-) saya bersinar, saya tak temuinya di helaiannya. Oh, kecewa. Tak mengapa, Allah suruh saya sabar dan cuba lagi :)

Tak semena-mena, saya nampak tajuk macam kat atas tu.

"Eh, apa ni?"


Ding ding!

Wah, keputusan HSKU dah keluar! Keluar, keluar, keluar! Saya cari nama yang saya kenal. Kak Ummu Hani ada! Abg Fahd Razy ada! En. Shamsuddin pun ada! Alhamdulillah~


CEMBURU tahap bullet train shikansen di Jepun yang bergerak lebih laju daripada peluru!

Nak juga, nak juga, nak juga saya dapat capai prestasi sebegitu!

HSKU ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Sudah lama diadakan penghargaan ini dan masih berlangsung hingga kini dengan penuh iltizam. Bagus, bagus. Saya harap saya berpeluang membuktikan saya boleh!

Lagi, nampaknya natijah Setara saya bolehlah tahan. Memang ada yang menjunam. Astaghfirullah. Biology meningkat sikit. Chemistry meningkat. Physics turun. Agak berfikir juga bila dapat Physics 6C dan tidak B. Biasa dapat B. Maintain.

Pulasari, nanti kamu tahu natijah ADD MATHS saya.

Bekerjalah, Qurrah! Kata nak 12 A, mana USAHANYA???



Sejarah saya :) 1 A. BAT pun insya-Allah, ada harapan untuk 1A.

Kadang-kadang ada sekelumit perasaan mengatakan saya ni bukan aliran sains, agak tak layak.
Huish, Qurrah ingatlah, ALLAH nak kamu jadi pembela agama-Nya!

Insya-Allah~ Sunnatullah: Man jadda wajada! Siapa berusaha, pasti beroleh hasilnya!

JORDAN - tunggu saya.

^ ^ Aslim taslam ^ ^

Selasa, Jun 09, 2009

Kamu lupa ya?


suvarnabhumi - kaulupa namanya
bilangmu banjaran emas
sedang sini hanya ada hujan batu
dan sana punya hujan emas
kaulupa lagi?


Pulasari, kamu lupa ya?:D

Selasa, Jun 02, 2009

Menghargai.

Bismillahirrahmanirrahim.


CUTI membunuh hati!

Saya tak mahu!


Baru tadi ada insiden, dan tambah menyainkan logika untuk diri saya iaitu: saya sangat sukar mencari keserasian dalam bersahabat dengan manusia yang SELALU ditemui.

Lagi-lagi yang ada di sekolah. Ya Allah, betapa benarnya perasaan ini. Benar yang teramat.

Jujur, saya rapat dengan siapa di sekolah? Saya hanya akan rapat dengan pemimpin-pemimpin saya macam timbalan ketua PRS 2 dan timbalan ketua pengawas 2. Itu pun untuk urusan yang benar-benar urusan.

Dan masa di asrama inilah betapa saya rindukan sahabat2 saya yang sebenarnya. Allahu a'lam.

Salahkah sahabat di alam maya yang diutamakan? Walau tak pernah ketemu?

Saya paling ingat Noor 'Izzati. Kami bersahabat sejak kami tingkatan 2. Sebabnya kami sama-sama minat bahasa syurga, iaitu bahasa Arab. Dan ternyata kcenderungannya juga untuk mendalami bahasa itu.

Kami banyak kali sangat plan nak jumpa, tapi belum lagi pernah ketemu.

'Izzati, betapa kamulah wardah yang sering aku ceritakan untuk diriku.


Dia banyak tahu tentang saya, dan saya juga banyak tahu tentangnya. Dan tak keterlaluan kalau saya katakan dia memang know me well.

Siapa lagi? Sudah tentu Pulasari. Sahabat yang sangat banyak membantu saya menyedari kelemahan sajak saya bila dah lama tak menulisnya. Dan dia juga banyak tahu tentang saya. Kini melanjutkan pelajaran di Perancis dan cemburu saya nyalakan kepadanya. Saya juga mahu ke luar negara , melanjutkan pelajaran. Timur Tengah! Jika tidak ke Jordan, akan ke Syam.

Mengenalinya akhir 2007. Ya, ternyata persahabatan ini juga atas nama minat terhadap bahasa. Dan bahasa untuk ini pula ada tiga: bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Perancis. Unik kan?

Bagai bayu di malam hari. Pelangi di pagi hari.


Ada 2 lagi sahabat istimewa saya cuma saya belum rapat betul dengan mereka. Yasmin Syahirah dan Muwahhidah. Yasmin sebaya dan pelajar KISAS (Subhanallah~) dan Muwahhidah juga sebaya saya, belajar di SBP.

Semua orang Selangor. Haih~ Patutlah. Saya ni 'kan lahirnya di Kuala Lumpur :)
Tiada perkaitan yang jelas. Hehe.

Maka dengan itu, boleh saya katakan sahabat maya saya paling istimewa, sebab kami saling mengingatkan dan insya-Allah, tidak akan lupakan-Nya dalam setiap perbualan kami sama ada lewat e-mail atau ym. Itu yang best tu!

Dan keterbatasan waktu mengajarku untuk lebih menghargai.

Aslim taslam.

P.s: Untuk teman2 di SMIH, akulah yang selalu menjadi duri yang selalu merobek hati kecil kalian dgn tajamnya kata-kataku. Kerana aku bukan manusia hipokrit, kejujuran itu polisi terbaik kehidupan!

Isnin, Jun 01, 2009

Gagak



"ya Allah, redhai ketulusanhati
ya Allah, berikan ku ketabahan
ya Allah, aku sanggup berkorban
demi rahmat-Mu ya Allah"

OST Ketulusan Hati (Sinetron Aqso Madina)


Bismillahirrahmanirrahim.


Cuti. cuti. cuti!

Belajar. belajar. belajar!


Semalam, masa riadhah di taman, saya kena kejar dengan 2 burung. Sudahlah burung yang kejar, gagak pula tu. Memang menakutkan.

Lepas itu, mak saya kata, burung-buung tu nak kawan dengan kita. Lepas tu dia nak tunjuk-tunjuk kecantikan dia yang hitam menawan tu.




Oh, agak nak ketawa. Bayangkanlah, kena kejar dengan gagak HITAM.

Apa-apa pun, subhanallah. Maha suci Allah, sebab kalau nak diingat balik, burung gagaklah yang tunjukkan kepada Qabil macam mana caranya untuk menanam saudara yang dibunuhnya, Habil.

Ilham manusia daripada-Nya menerusi haiwan :D

Aslim taslam.