Ahad, Mei 31, 2009

SATU

SATU

saat penghulur Cinta

hadir di depan mata

sekotak maaf dihulur kembali

tanpa bicara



--

Bercerita yuk! Nama saya Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im tapi sangat suka akan nama pena Raehan Intisor. Apa maknanya ya?

Maksudnya: Haruman (syurgawi) kemenangan

Ada apa dengan Raehan Intisor? Hal ini kerana saya sangat menyenangi tahun 2007, di mana saya kenali nama kelas saya Intisor sebagai nama yang benar-benar bermakna. Dan tahun itu tahun kemenangan buat saya dan teman-teman. Penggegar Bumi Hidayah! 9 A PMR 2007. Alhamdulillah. Moga saat manis 'kan berulang kembali untuk kegemilangannya dalam SPM 2009~ Insya-Allah!

TENTANG BINTANG

Beberapa hari lalu, sebelum minggu imtihan saya habis, saya sibuk mencari bintang KIBLAT. Bintang-bintang ni spesial. 3 sederet, tegak mengahala ke arah kiblat. Namun, kecewa mengetuk pintu hati saat malam yang penuh bintang bergentayangan di langit, saya tak jumpa
bintang-bintang tu. Saya jadi rindu!

Nurul Sakinah, sahabat saya kata:

"Tak apalah tak jumpa. Mungkin ALLAH nak ganti dengan yang lebih best."


Subhanallah. Ya tak ya juga. Maka, lepas cari bintang, saya terus pergi belajar dalam kelas prep.

Walau bagaimanapun dukacita lagi, saya masih belum ketemu 'mereka'.

Apa sudah ada yang menjemput?



Saya sayang ALLAH
, Dia sedang mengukur sabar yang ada pada saya. ^ ^

1 ulasan:

Lukhman al-Yusufi berkata...

Salam dari bumi Kenyalang.

Adakah saudari mencari buruj Belantik? Buruj tersebut hanya kelihatan dalam bulan Januari hingga Mei sahaja.

Allah sentiasa bersama orang yang sabar. Barakallahu fik.