Ahad, Januari 04, 2009

Sajak Berbalas: Hebat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil kerja kejam saya dan istadit, pagi ini sudah insaf. Buat pula sajak minta maaf. Tak sempurna sebab belum deklamasi sahaja lagi. Hehe.

EDISI: ANTARA MAAF DAN COKLAT.

Daripada: Istadit (yang sudah insaf dan tidak lagi kejam)

Minda memikirkanmu masa ini
Sebagaimana semalam terjadi
Sakit tercipta buat seketika
Menjadi parut kecil dalam jiwa
Yang akan terpelihara dalam masa...
Akan terbuang tangisan hiba
Dan terlakar senyuman wajah ceria

Ku coretkan kata-kata maafku
Atas kepingan jiwaku yang kecil
Managih, penyesalan diri ini
Maaf, maaf bibir bernada lagi

Maaf bagi masa kau diluka
Maaf bagi ketika kau kecewa
Maaf bagi waktu kata terbisa
Dalam biru aku membisu

Maaf kerana terlalu bersuka
Maaf kerana terlalu gembira
Maaf kerana terlalu terleka
Dalam merah aku terarah

Maaf untuk kesalahanku
Maaf untuk kekurangan itu
Maaf untuk tak ku tahu
Dalam pelangi aku kenali

Maafkan daku wahai teman...
Untuk seketika

Balas saya:

Daripada: Qausuquzah yang baik dan banyak ragam


seceria mentari hari
senyum terukir pasti
menerima ingatan berbudi
dalam kerendahan hati

maafmu dalam sejuta
dalam hati kuterima
ku jua hanya manusia
memaafkan itu terutama

pasti akan mengerti
sedalam mana pun segregasi
pemisahan antara jasadi
jarak tetap dekatkan hati

antara maaf dan coklat
maafkan untuk malam yang ralat
pun masih akan terikat
tadi malam yang memikat

wayu berarak sunyi
berganti irama yang murni
malam hanyalah tadi
kini hanya ada pagi

Tiada ulasan: