Ahad, Januari 04, 2009

Aspirasi Pelangi

Bismillahirrahmanirrahim


Kembali - Sini dan Nanti

Duhai,
akan ku kembali
dalam kembara yang panjang
dan akan kubilang
segala peristiwa
- menjadi saksi diri dan kehidupan

Duhai,
benamkanku dalam siaga taqwa
tegarkanku dalam cerlang iman
kerana di pundak
amanah menanti dituntaskan

Duhai,
siapkanku dalam ilmu
sedarkanku dalam hidup
sebanyak perjuangan yang menanti
akan jua pulang ke negeri abadi

Rabbi,
restui perjalanan dalam misi syahadah ini
redhai kembara dalam aspirasi pelangi ini
-amin.


Raehan Intisor


P.s: Selamat berjuang! Aslim taslam.

2 ulasan:

R. Qurratu'Aini berkata...

jazaka, jazaka, jazakallahu khayran abg firdhaus!


amatlah raehan terharu! :)


terima kasih!


^_^

pemilik blog berkata...

maaf, abg fidhaus. terpadam sajak itu. nasib baik sempat copy:

Khas untuk Raehan dan cerita masadepan~

Cabang Kehidupan

Hidup padat akan cabang pilihan
beribu yang baik dan sebaliknya
sebagai bakal pemimpin dunia
bijaklah memilih jalan lurus
tanpa lopak negatif
tanpa takungan virus gagal
hindari jalan yang bengkang bengkok
jauhi semak samun bersarang jarum sosial
jauhi melodi cinta
ini zaman perang
lagu layu melemahkan hati
mengkhayalkan jatidiri
ke dunia sia-sia
tolak ketepi janji manis si kekasih
mereka hanya madu berbisa
mereka bakal melekatkan derita
jika kau mendekati kemanisannya
yang bersifat sementara.

Cabang yang banyak
sebuah anugerah daripada Yang Esa
ia adalah dedaun dugaan
dan kuntuman cabaran
di sebaliknya ada kirana
terselindung pilihan sejuta jawapan
ramai sudah yang terjatuh
tersungkur dan cedera di lantai dunia
aku juga pernah merasai pahit penyesalan
namun dunia bukan untuk hari ini sahaja
ia adalah perjalanan yang panjang
di alam yang luas terbentang.

Kepada generasi yang ku cinta
genggam bara biar sampai jadi abu
menyeluk pekasam
biar sampai ke pangkal lengan
tekadkan bulat hatimu
untuk berjaya dan beriman
berjasa dan mengubah
ceritera dunia.

MOHD FIRDHAUS HASRAF BIN HASSAN