Isnin, Ogos 03, 2009

Ketiadaan

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya mengukir perubahan lagi.

Saya pindahkan diri saya ke sini.

Persaksikannya.

Mahu berubah.


 


Ahad, Jun 14, 2009

Abahku: Garangnya Sayang. Lelaki Hidupku.

Bismillahirrahmanirrahim.


Saya S A Y A N G abah sesayang-sayangnya!

Uhibbu abi hubban jiddan!

Tak lama lagi hari abah sedunia, 21 Jun.

Sekarang umur ana 16++ tahun. Bulan 7 nanti baru masuk 17 tahun. Dan selama tahun-tahun itu ana hidup dengan keluarga, yang ketuanya mestilah ABAH :) Umur abah pula 46 tahun.

Abah memang abah paling mantap. Abah faham sangat macam mana nak bagi seseorang tu berdikari. Abah faham sangat macam mana nak bagi anak-anaknya sedar. Abah faham bagaimana pengalaman hidup itu memanusiakan diri.

Dan yang paling mantap: abah ana garang.

Kenapa garang? Sebab dia sayang. Kenapa sayang? Sebab kami semua anak-anaknya! Dia tak mahu anaknya buat kesilapan yang sama. Kan?

Sebenarnya...
abah garang bila masanya.
abah cool bila masanya.


Ana bangga ada abah sebab orang kata abah cool dan mukanya awet muda. Abah pandai buat lawak dan abah selalu bagi teka-teki dan perumpamaan.

Abah pun pernah buat perumpamaan kelekatu yang tidak berakal.
Abah kata kita jangan jadi macam kelekatu. Kelekatu suka sangat api, sebab itu kelekatu terus meluru ke api (biasanya lilin) dan terus tergolek kesakitan. Lepas itu, kelekatu pergi lagi kepada api tu, dan jatuh lagi. Maksudnya, kelekatu ni tak sedar dia dah buat kesilapan berulang kali!

Bukan ke orang yang beriman itu dia tak akan jatuh ke dalam lubang yang sama dua kali?

Jangan jadi macam kelekatu.


Haa, macam itulah. Bagus kan?

Bila minat abah terhadap photgraphy bertunas, anaknya yang seorang ni pun ikut juga. Abah suka ajar anaknya ambil gambar. ISO, auto-focus dan lain-lain istilah yang ana belajar. Dan abah ada cakap, nak pandai dalam bidang ni, mesti selalu belajar ambil gambar. Kalau tak macam mana nak pandai? Abah sabar.

Dan ana pun teringat add-math ana yang mesti belajar selalu. Berusaha! Dan sabar ya.

Ana harap ana terus menjadi anak yang solehah dan muslehah untuk abah dan mama. Ana nak utamakan abah dan mama selepas Allah dan rasul-Nya.

Sebab redha Allah terletak pada redha abah dan mama! :D


Abah Lelakiku

Dilingkungi kesabaranmu
mendidikku dengan cinta
kasih sayangmu bercahaya
seiring cinta kekasihmu

Sesekali mampir di ingatan
aku dulu wangiannya dosa
dan kau menepis harumnya
dengan maaf dan sedar
aku dulu duduknya silap
dan kau letakkanku dalam kebenaran
aku dulu mulanya sifar
dan kau memanusiakanku
saban waktu

Dalam sungai masa
yang tiada akan terhenti ini
izinkan segalanya
berbayar kasihku padamu
Allah redhai dia
seperti mana dia kasihiku
waktu kecilku.

Abah
kusayang abah.

Abah
lelaki hidupku.

-anakandamu: raehan intisor, bint mun'im-

Sabtu, Jun 13, 2009

HSKU 2009 dan Natijah

Bismillahirrahmanirrahim


KASIH NAN AGUNG MENANG.


Satu hari, di mana saya mengharap (-) saya bersinar, saya tak temuinya di helaiannya. Oh, kecewa. Tak mengapa, Allah suruh saya sabar dan cuba lagi :)

Tak semena-mena, saya nampak tajuk macam kat atas tu.

"Eh, apa ni?"


Ding ding!

Wah, keputusan HSKU dah keluar! Keluar, keluar, keluar! Saya cari nama yang saya kenal. Kak Ummu Hani ada! Abg Fahd Razy ada! En. Shamsuddin pun ada! Alhamdulillah~


CEMBURU tahap bullet train shikansen di Jepun yang bergerak lebih laju daripada peluru!

Nak juga, nak juga, nak juga saya dapat capai prestasi sebegitu!

HSKU ialah Hadiah Sastera Kumpulan Utusan. Sudah lama diadakan penghargaan ini dan masih berlangsung hingga kini dengan penuh iltizam. Bagus, bagus. Saya harap saya berpeluang membuktikan saya boleh!

Lagi, nampaknya natijah Setara saya bolehlah tahan. Memang ada yang menjunam. Astaghfirullah. Biology meningkat sikit. Chemistry meningkat. Physics turun. Agak berfikir juga bila dapat Physics 6C dan tidak B. Biasa dapat B. Maintain.

Pulasari, nanti kamu tahu natijah ADD MATHS saya.

Bekerjalah, Qurrah! Kata nak 12 A, mana USAHANYA???



Sejarah saya :) 1 A. BAT pun insya-Allah, ada harapan untuk 1A.

Kadang-kadang ada sekelumit perasaan mengatakan saya ni bukan aliran sains, agak tak layak.
Huish, Qurrah ingatlah, ALLAH nak kamu jadi pembela agama-Nya!

Insya-Allah~ Sunnatullah: Man jadda wajada! Siapa berusaha, pasti beroleh hasilnya!

JORDAN - tunggu saya.

^ ^ Aslim taslam ^ ^

Selasa, Jun 09, 2009

Kamu lupa ya?


suvarnabhumi - kaulupa namanya
bilangmu banjaran emas
sedang sini hanya ada hujan batu
dan sana punya hujan emas
kaulupa lagi?


Pulasari, kamu lupa ya?:D

Selasa, Jun 02, 2009

Menghargai.

Bismillahirrahmanirrahim.


CUTI membunuh hati!

Saya tak mahu!


Baru tadi ada insiden, dan tambah menyainkan logika untuk diri saya iaitu: saya sangat sukar mencari keserasian dalam bersahabat dengan manusia yang SELALU ditemui.

Lagi-lagi yang ada di sekolah. Ya Allah, betapa benarnya perasaan ini. Benar yang teramat.

Jujur, saya rapat dengan siapa di sekolah? Saya hanya akan rapat dengan pemimpin-pemimpin saya macam timbalan ketua PRS 2 dan timbalan ketua pengawas 2. Itu pun untuk urusan yang benar-benar urusan.

Dan masa di asrama inilah betapa saya rindukan sahabat2 saya yang sebenarnya. Allahu a'lam.

Salahkah sahabat di alam maya yang diutamakan? Walau tak pernah ketemu?

Saya paling ingat Noor 'Izzati. Kami bersahabat sejak kami tingkatan 2. Sebabnya kami sama-sama minat bahasa syurga, iaitu bahasa Arab. Dan ternyata kcenderungannya juga untuk mendalami bahasa itu.

Kami banyak kali sangat plan nak jumpa, tapi belum lagi pernah ketemu.

'Izzati, betapa kamulah wardah yang sering aku ceritakan untuk diriku.


Dia banyak tahu tentang saya, dan saya juga banyak tahu tentangnya. Dan tak keterlaluan kalau saya katakan dia memang know me well.

Siapa lagi? Sudah tentu Pulasari. Sahabat yang sangat banyak membantu saya menyedari kelemahan sajak saya bila dah lama tak menulisnya. Dan dia juga banyak tahu tentang saya. Kini melanjutkan pelajaran di Perancis dan cemburu saya nyalakan kepadanya. Saya juga mahu ke luar negara , melanjutkan pelajaran. Timur Tengah! Jika tidak ke Jordan, akan ke Syam.

Mengenalinya akhir 2007. Ya, ternyata persahabatan ini juga atas nama minat terhadap bahasa. Dan bahasa untuk ini pula ada tiga: bahasa Melayu, bahasa Arab dan bahasa Perancis. Unik kan?

Bagai bayu di malam hari. Pelangi di pagi hari.


Ada 2 lagi sahabat istimewa saya cuma saya belum rapat betul dengan mereka. Yasmin Syahirah dan Muwahhidah. Yasmin sebaya dan pelajar KISAS (Subhanallah~) dan Muwahhidah juga sebaya saya, belajar di SBP.

Semua orang Selangor. Haih~ Patutlah. Saya ni 'kan lahirnya di Kuala Lumpur :)
Tiada perkaitan yang jelas. Hehe.

Maka dengan itu, boleh saya katakan sahabat maya saya paling istimewa, sebab kami saling mengingatkan dan insya-Allah, tidak akan lupakan-Nya dalam setiap perbualan kami sama ada lewat e-mail atau ym. Itu yang best tu!

Dan keterbatasan waktu mengajarku untuk lebih menghargai.

Aslim taslam.

P.s: Untuk teman2 di SMIH, akulah yang selalu menjadi duri yang selalu merobek hati kecil kalian dgn tajamnya kata-kataku. Kerana aku bukan manusia hipokrit, kejujuran itu polisi terbaik kehidupan!

Isnin, Jun 01, 2009

Gagak



"ya Allah, redhai ketulusanhati
ya Allah, berikan ku ketabahan
ya Allah, aku sanggup berkorban
demi rahmat-Mu ya Allah"

OST Ketulusan Hati (Sinetron Aqso Madina)


Bismillahirrahmanirrahim.


Cuti. cuti. cuti!

Belajar. belajar. belajar!


Semalam, masa riadhah di taman, saya kena kejar dengan 2 burung. Sudahlah burung yang kejar, gagak pula tu. Memang menakutkan.

Lepas itu, mak saya kata, burung-buung tu nak kawan dengan kita. Lepas tu dia nak tunjuk-tunjuk kecantikan dia yang hitam menawan tu.




Oh, agak nak ketawa. Bayangkanlah, kena kejar dengan gagak HITAM.

Apa-apa pun, subhanallah. Maha suci Allah, sebab kalau nak diingat balik, burung gagaklah yang tunjukkan kepada Qabil macam mana caranya untuk menanam saudara yang dibunuhnya, Habil.

Ilham manusia daripada-Nya menerusi haiwan :D

Aslim taslam.

Ahad, Mei 31, 2009

Seseorang Istimewa

SATU

SATU

saat penghulur Cinta

hadir di depan mata

sekotak maaf dihulur kembali

tanpa bicara



--

Bercerita yuk! Nama saya Raden Qurratu'Aini bt Muhammad Mun'im tapi sangat suka akan nama pena Raehan Intisor. Apa maknanya ya?

Maksudnya: Haruman (syurgawi) kemenangan

Ada apa dengan Raehan Intisor? Hal ini kerana saya sangat menyenangi tahun 2007, di mana saya kenali nama kelas saya Intisor sebagai nama yang benar-benar bermakna. Dan tahun itu tahun kemenangan buat saya dan teman-teman. Penggegar Bumi Hidayah! 9 A PMR 2007. Alhamdulillah. Moga saat manis 'kan berulang kembali untuk kegemilangannya dalam SPM 2009~ Insya-Allah!

TENTANG BINTANG

Beberapa hari lalu, sebelum minggu imtihan saya habis, saya sibuk mencari bintang KIBLAT. Bintang-bintang ni spesial. 3 sederet, tegak mengahala ke arah kiblat. Namun, kecewa mengetuk pintu hati saat malam yang penuh bintang bergentayangan di langit, saya tak jumpa
bintang-bintang tu. Saya jadi rindu!

Nurul Sakinah, sahabat saya kata:

"Tak apalah tak jumpa. Mungkin ALLAH nak ganti dengan yang lebih best."


Subhanallah. Ya tak ya juga. Maka, lepas cari bintang, saya terus pergi belajar dalam kelas prep.

Walau bagaimanapun dukacita lagi, saya masih belum ketemu 'mereka'.

Apa sudah ada yang menjemput?



Saya sayang ALLAH
, Dia sedang mengukur sabar yang ada pada saya. ^ ^

Jumaat, Mei 01, 2009

Suara

Bismillahirrahmanirrahim.


Bercakap


Ada orang bercakap
dalam serkap
dan masa jadi sekejap sekejap

Ada orang bercakap
dalam malap
dan tiang diri jadi ranap ranap


Ada orang bercakap
dalam silap
dan diri harus realisasi sikap

Kadang-kadang dan selalu bercakap
boleh jadikan kita langsung tiada adab.

-raehan intisor (tak nak bercakap)-

Isnin, April 13, 2009

Terbang!

Bismillahirrahmanirrahim.


[Klik untuk ingatan yang lebih jelas ;)]


Ingatan untuk kamu, kak. Bittaufiq+najah!

Awan pun membuka gerbang menujunya dan tampak senyum mentari seikhlas hati yang mendalami tiap satu fragmen hikayat kehidupan. Terbang!

Bismillahirrahmanirrahim.


Satu keberangkatan berprestij.
Siapa kamu di mata dunia dan siapa kamu di hati siapa pun.


Fi amanillah, pulasari!

Asma'ul Husna ALLAH

Bismillahirrahmanirrahim.



"Hayati asma' ul husna. Moga lebih mengerti hakikat ma'rifatullah nan muhimmah"

Ahad, April 12, 2009

nyanyian hujan pagi hariku menemanimu pada malam-malamku, lalu senyummu dalam petang yang mencerahi sukma menjadi siang yang sempurna. bumi dan aku.

bismillahirrahmanirrahim.

"tanah dijarah, bumi berkuah darah
kitab dihancur, senjatanya dilebur
istananya diroboh, maruah diceroboh
Islam seakan terkubur selamanya

pun begitu kenangan tetap menyala
pada sisa rom Parsi yang masih norstalgia
pada kemeriahan terus dipuja
darah dan keringat mengumpul semangat"



Alhamdulillah, ihitfal ke-13 SMIH sudah usai. Lima orang pengacara majlis dan raehan intisor cuba menjadi yang terbaik. MC membantu menguji imanku.

oh... IHTIFAL.

Ihtifal - keseluruhannya agak tak-mampu-terucap-dengan-kata. Namun begitu, sangatlah ana kagum dengan semangat Pengarah Ihtifal, ustaz Anuar. Teliti orangnya.

Ana - bahasa melayu memang jodoh yang baik. Dikir barat batchsebelas mengusik hati dan minda memikir dunia. Hebat tak? Belum cukup hebat pastinya. Zapin yang menarik-narik hati ini untuk menari bersama. Comel! Seni itu indah seiring Islam. Seni is al-fann.

Allahumma barik lana fi ma rozaqtana wa qina 'azab-an-nar. Mencari keberkatan dalam hidup itu kelaziman!


ah... MENULIS.

Tak mampu dileraikan. Memang mengalir darah itu.

Untuk pengetahuan, masuk bulan 4 tahun ini saja, sudah 4 karya tembus media. Alhamdulillah! Sepatutnya target setiap bulan satu karya (kecuali bulan SPM). Bulan satu, sudah ada satu di MM. Di BH, pada bulan dua. Bulan tiga, tiada. Gelabah juga.

Rasa macam modar mati sejenak.

Semangat yang mati mekar kembali bila mama tercinta beritahu karya tembus satu di Dewan Siswa dan satu lagi di Tunas Cipta pada bulan ini. Wah, sangat tak sangka! Allah Maha Bijaksana, turunkan semangat supaya dapat naikkan semangat saya yang lebih penting.

Untuk penulisan, had untuk saya hantar-hantar tahun ini sampai bulan 6. Itu terma syarat yang abah mama tetapkan. Akur. Fikir juga, macam mana bagi tak 'mati'. Dan saya dah tahu apa nak buat.

TARGET penulisan tahun ini 10 karya. Ingat tu, 10.

Menulis - untuk mayapada memahami yang bernama hakikat.

Bulan 5, ada setara. Tinggal berapa minggu saja lagi. Doakan saya dapat memaksimakan mujahadah sebaiknya dan tidak tercenderung kepada dunia-WI. Astaghfirullah.

Ujian berkala lepas - 8 A.

Setara akan datang, insya Allah - 9 A.


Seterusnya?

Ahad, Mac 22, 2009

pulang ke rumah no.2

Bismillahirrahmanirrahim.















now: keep sharp!

[batchsebelas + iftikhar o9 + SMIH + MPR generasi 22 = penggoncang dunia ;) ]

aslim taslam.

(midad raehan intisor masih dibuka.)

estrella

Bismillahirrahmanirrahim

ingat Allah kan ada

qurrah kan kuat

dan juga 12A1 dalam genggaman



"moga tabah hati tak berbelah bahagi.

sama2 gapai najah utk SPM.

straight A's ok?"

insya-Allah


^____^

[raehan intisor is on the move for Allah and Islam]

Ahad, Mac 15, 2009

Malam


Bismillahirrahmanirrahim.

Bila-bila nanti ana nak tag insan-insan yang ana kenali dengan personalities yang ada dalam gambar kat atas tu.

Pasti comel. ^__^


Selamat malam!

Tidurkan buana ini dengan ingatan berpanjangan

diperhalus kesentosaan yang terlestari


Tuhan,

pasti nyenyak tidur seluruh jagatraya, malam ini



Raehan Intisor

Wallahu a'lam.

Jumaat, Mac 13, 2009

Dia Wardah

Bismillahirrahmanirrahim.

Jadi rindu pada wardah! Dia~!

Bicara seorang sahabat. Ahh, saya belum pernah ketemu dengannya. Sekali pun belum. Yep, tingkatan 2 itu saya sedang belajar mencari diri saya dan belajar cari manusia yang insya-Allah, teguh paksinya hanya Allah.

Selangor dan Johor. Jauh. Tapi, masa itu dekatkan kami. Sangat dekat. Pernah saya ucapkan, dia lebih saya hargai daripada teman-teman saya yang lain. Dia special!

Dulu, saya ingat lagi, saya selalu lumba-lumba nak menulis. Kami selalu saing nak menulis. Dia suka sangat tulis cerpen. Saya pula lagi baik kalau tulis puisi, cerpen memang agak baru bermula.

Kemudian, persamaan kami turut dekatkan kami. Dia suka sangat bahasa syurga. Saya pun sama. Bila gabung, memang extra double lover bahasa arab lah kiranya! Sangat manis. Bila ber'ym', tak pernah lepas dengan kalimah bahasa syurga. Subahanallah.

Jujur, saya selalu jealous dengan dia banyak perkara. Saya jealous tapi saya terus cakap kat dia. Bagus tak? ^_^ Sebab apa? Sebab dia selalu dapat ketemu penulis-penulis yang memang dekat dengan hati kami. Tahu-tahu sajalah, Selangor tu macam semuanya ada. Tapi tak mengapa, Johor still ada Ustaz Zaid Akhtar dan lain-lain.

Yang jahatnya, saya tak tunggu dia masa pergi Minggu Penulis Remaja (MPR) 08. Sedih sangat. Ingatkan dia nak pergi juga tahun lepas. Tapi, dia sibuk tahap syadid. Lagi-lagi, dia baru dapat masuk asrama selepas natijahnya yang cemerlang tu menempatkannya di salah sebuah SBP. Hmm, sedih. Masih belum ketemu juga.

Kami selalu juga mengutus risalah (surat), tapi masih, belum pernah bersua.

Kadang-kadang tu kami selalu tanya-jawab-balas-balik, bila nak KETEMU ni?

Dan selalu kami pujuk diri sendiri, sesungguhnya ukhuwwah kami ni SANGAT INDAH~
Sampaikan dah berapa kali plan nak jumpa pun tak terjumpa-jumpa. Sebab bila special macam ni, rasa rindu lebih jitu. Lagi-lagi rindu ni sebab ALLAH. Sweet sangat.

Cita-cita kami pun sama, ingin lanjut pelajaran ke JoRdaN~ Saya dulu terpengaruh dengan gambar musim sejuk di Irbid dalam foto makcik saya, tapi tambah terpengaruh dengan wardah yang satu ini.

INDAHNYA ukhuwwah kita, TERATUR dalam percaturan-Nya...


P.S: Ila Wardah Imtiyaz, kita ini special dan mumtazah! Moga ketemu jua dalam cinta dan redha-Nya.

Insya-Allah.


Ahad, Mac 08, 2009

Setinta

Bismillahirrahmanirrahim.


Sedar dalam kehilangan.

Masih ada Cinta itu.

Duhai, usah bimbang.


:: ElipsisSetintaWaktu ::

Ahad, Februari 15, 2009

Terbangnya

Bismillahirrahmanirrahim

Bertahanlah Pulasari! Pilihan mesti sesuatu yang terpilih.

Dan 13 April itu kian hampir.

Hmm, ALLAH kan ADA?


Selamat terbang, kak.

Sabtu, Februari 14, 2009

Kuat!

Bismillahirrahmanirrahim.

[Al-Baha' itu keelokan. Milik-Nya selamanya.]

D.A.K.W.A.H

Kuatkah aku dalam merintis jalan ini buat diriku?

Da'ie mesti kuat.

Da'ie mesti kuat.

Da'ie mesti kuat.


Bila ada ma'rifatullah, terasa Allah sangat dekat, pastinya. Alam syahadah berbicara bila Tuhan berbicara.

Allah kan ADA?

Kuat, kuat, kuat!

Ahad, Februari 08, 2009

Di Sini

Bismillahirrahmanirrahim.


Rabbi, ar-Rahman, ar-Rahim.

Rabbi, sungguh masih belum hamba ini layak dicintai dan mencintai.


(SPM semakin mendekat. Ajal kian merapat. Takdir tidak 'kan ralat. Hikmah hidup tersemat.)


Ada seorang pelajar batch ana keputusan PS 2 tahun lepas semuanya 1A dan 2A saja kecuali 2 subjek yang rosak, iaitu 3B. Subhanallah, ana kagum.

Kalau dia boleh, kenapa tidak ana juga?

[Istadit ma'a risalatuhu. Ar-risalah 'ala maktabi. Qara'tuha marrotan kathirah. Quma syujja'ati wa hammasati!]

Al-lughah Arabiah Lilhayah!


Aslim taslam.

Ahad, Januari 25, 2009

Pilihan-Nya


Bismillahirrahmanirrahim


Benua yang Dua


Titip-titipkan ke mari
sejahtera dari benuamu
biar pun hanya secalit bahagia
kami pasti tidak menangis lagi

Terus-teruslah di sini
disenjatai doa dari hatimu
biar setitis kekuatan membasahi
kami pasti tidak kehilangan di sisi

Senang-senang di sana
benteng dirimu dengan iman dan ilmu
biar saat jika kami tiada nanti
ada yang mengganti barisan keadilan ini

Hari-hari di sini
Tuhan menyisip rahmat ujian penuh setia
gentar dan khauf bukan pada kami
benar; kami adalah terpilih dalam pilihan-Nya.

Raehan Intisor
Skudai, Johor.
(Berita Harian [Sabtu]- 21 Feb 2009]

[Wa'dun lil Ghazah, janji untuk Gaza: sudahkah terpunya?]

Sabtu, Januari 24, 2009

Masih Misteri ( Yang Indah)

Bismillahirrahmanirrahim.


2 0 0 9


Kelas


V Iftikhar


Usrah (i)

Naqibah: Ustazah Norma

Ahli: Rufaidah, Sarah, Najihah, 'Atikah, Farah Farhanah, Qurratu'Aini


Usrah (ii)

Naqibah:

SetiaSusah: Nor Lyana Amira
Bendahari: Sarah Sakeenah

Ahli: Nabihah, Afeqa Nabeela, Umairah, Nurrul Atikah



"3 T: Taaruf, Tafahum, Takaful.
3 R : Respect, Respond, Regards"


Sukan 2009 SMIH


Keseluruhan:

i. Salahuddin al-Ayubi [Merah]
ii. Abu Ayub al-Ansori [Biru]
iii. Jaafar at-Thoyyari [Kuning]
iv. Salman al-Farisi [Hijau]


Komentar muhim untuk pasukan yang peroleh tempat akhir:

"Mata harus dibuka, hati harus dijaga.

Sejauh mana cita-cita, semuanya hanya milik Dia.

Kadangkala terarah takbur, lunas sirnalah amal yang luhur.

Semangat untuk ruh usah malap, moga terhindar jiwa nan gelap.

Andai saat ikhlas berdiri setia, biiznillah ada ganjaran teristimewa.

Zikra untuk musibah itu pembuka jalan, dan taqwa; sebaik-baik pakaian kehidupan.

Subjektifkan pemikiran. Kemenangan adalah sebuah pergiliran dipersiapkan Tuhan"


Persiapkan diri dengan Iman dan Ilmu! Itu pesan x-naqibahku, ustazah Shahidah S.Ahmad.

Ingat, I K H L A S: awal, tengah, akhir :)

2009, kau masih sangat panjang dan misteri.

Aslim taslam.


Jumaat, Januari 23, 2009

Dalam Sulaman Ma'rifatullah



Bismillahirrahmanirrahim

Ma'rifatullah, menganal Allah melalui 3 cara. 

1. Tauhid Rububiyyah
2. Tauhid Uluhiyyah
3. Tauhid Asma' was Sifat

Tauhid Rububiyyah: Allah sebagai Pencipta, Pemilik dan Petadbir alam ini. 

Tauhid Uluhiyyah: Allah sebagai Tuhan untuk disembah, dipatuhi dan dicintai. 

Tauhid Asma was Sifat: Allah sebagai pemilik segala sifat-sifat kesempurnaan yang hanya ada pada Dia.

Jadi, ma'rifatullah itu penting bagi seorang Muslim!

Maka, muslim harus PEDULI. Isu yang menggamit beberapa ketika ini ialah Palestin.



Ditabrak sewenangnya oleh Zionis (si Yahudi yang 'murtad') lalu ratusan nyawa dititip kembali kepada-Nya abadi. Maka, bertambah juga burung-burung hijau di Jannah. Syuhada' itulah mereka.

Doa berterusan, ditambah amalan qunut nazilah dalam solat. Sumbangan kewagan selagi terampu. Tapi, ada satu yang juga penting, selain senjata doa (paling ampuh) dan senjata sumbangan harta, tapi juga senjata ILMU!

Tahu tak, bom-bm tangan yang diledkkan sendiri oleh pejuang Palestin adaah ciptaan mereka sendiri dengan ilmu yang mereka ada. Adunan kimianya diadun sendiri. 

Usaha mereka, jihad mereka disulami kepayahan yang seolahnya tiada khatimahnya.




Lebih hebat apabila para pejuang ar-rijal Palestin ini dibantu Khonsawat Palestin. Takbir! Allahu Akbar!

. Musibah : Tarbiyah Allah untuk hamba pilhan-Nya.




Ahad, Januari 04, 2009

Aspirasi Pelangi

Bismillahirrahmanirrahim


Kembali - Sini dan Nanti

Duhai,
akan ku kembali
dalam kembara yang panjang
dan akan kubilang
segala peristiwa
- menjadi saksi diri dan kehidupan

Duhai,
benamkanku dalam siaga taqwa
tegarkanku dalam cerlang iman
kerana di pundak
amanah menanti dituntaskan

Duhai,
siapkanku dalam ilmu
sedarkanku dalam hidup
sebanyak perjuangan yang menanti
akan jua pulang ke negeri abadi

Rabbi,
restui perjalanan dalam misi syahadah ini
redhai kembara dalam aspirasi pelangi ini
-amin.


Raehan Intisor


P.s: Selamat berjuang! Aslim taslam.

Sajak Berbalas: Hebat!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hasil kerja kejam saya dan istadit, pagi ini sudah insaf. Buat pula sajak minta maaf. Tak sempurna sebab belum deklamasi sahaja lagi. Hehe.

EDISI: ANTARA MAAF DAN COKLAT.

Daripada: Istadit (yang sudah insaf dan tidak lagi kejam)

Minda memikirkanmu masa ini
Sebagaimana semalam terjadi
Sakit tercipta buat seketika
Menjadi parut kecil dalam jiwa
Yang akan terpelihara dalam masa...
Akan terbuang tangisan hiba
Dan terlakar senyuman wajah ceria

Ku coretkan kata-kata maafku
Atas kepingan jiwaku yang kecil
Managih, penyesalan diri ini
Maaf, maaf bibir bernada lagi

Maaf bagi masa kau diluka
Maaf bagi ketika kau kecewa
Maaf bagi waktu kata terbisa
Dalam biru aku membisu

Maaf kerana terlalu bersuka
Maaf kerana terlalu gembira
Maaf kerana terlalu terleka
Dalam merah aku terarah

Maaf untuk kesalahanku
Maaf untuk kekurangan itu
Maaf untuk tak ku tahu
Dalam pelangi aku kenali

Maafkan daku wahai teman...
Untuk seketika

Balas saya:

Daripada: Qausuquzah yang baik dan banyak ragam


seceria mentari hari
senyum terukir pasti
menerima ingatan berbudi
dalam kerendahan hati

maafmu dalam sejuta
dalam hati kuterima
ku jua hanya manusia
memaafkan itu terutama

pasti akan mengerti
sedalam mana pun segregasi
pemisahan antara jasadi
jarak tetap dekatkan hati

antara maaf dan coklat
maafkan untuk malam yang ralat
pun masih akan terikat
tadi malam yang memikat

wayu berarak sunyi
berganti irama yang murni
malam hanyalah tadi
kini hanya ada pagi

Antara Maaf dan Coklat


Daripada: Istadit
(yang kejam)

qurrah
terlalu lama kita berbicara
dah hampir 1 pagi mata terbuka
rasanya kepalaku bukan sediakala
mulut berkata
tangan menari dansa
minda bagai nak gila

kamu kata kamu paling muda
aku kata kamu paling muda
dalam kurungan paling teruk juga (adeh)
wahidah ada bersama
membaca apa ku kata dalam papan mega

kau kata tak mahu bagai seribu
maafku kau campak tanpa silu
coklatku juga yang kau mahu
dan ini juga kata maaf dan pilu
dah, jangan marah lagiku

P.s: Sajak ini daripada kawan saya, bukan saya tulis. Romantislah kononnya. Nak berpisah. Haha.

Sabtu, Januari 03, 2009

Malam dengan Wayu Sunyi

Segregasi - Terpencil

di tengah kota
ada banyak hati
terbang di sana sini
dan di dalam sana
masih lagi ada
hati yang terpencil
dalam segregasi
hanya memerhati.


Ps: Istadit dan Adik juga Wahidah, terima kasih untuk malam ini.

Laskar Pelangi (ii)

Bismillahirrahmanirrahim.


Bahangnya mula membara-bara terasa di setiap deria. Dahsyat. Siapa sangka, manusia asing ini akan menempuh kehidupan asrama. Lalu, akan jua melunasi tahun akhir persekolahannya. Juga memperjuangkan jihad imtihan SPM 2oo9 dengan matlamat yang menjulang.

MULA
cinta Cinta untuk sang pencinta

i.
tahun akhir sekolah menengah

ii.
SPM 2OO9

iii.
asrama

iv.
amanah baru

vi.
waktu

TAMAT
milik Cinta


Sudah renta rupanya jodoh dengan alam sekolah. Tinggal lagi berapa ratus hari saja.

Mungkin masa inilah saya akan belajar untuk mencari dengan lebih baik lagi. Masa tidak banyak yang berbaki. Bila saya teliti lirik lagu Laskar Pelangi, saya sedar sebenarnya saya sendiri seorang laskar. Dan laskar tidak akan terikat dengan waktu kerana sampai mati dia akan mengingati Tuhannya, dalam perbaringan, duduk mahupun berdiri. Itu baru laskar sejati. Sentiasa mencari.


Malam ini, ada tugasan peribadi menanti.
(Kalau tak siap, ketuk kepala sendiri! Aduh!)

Malam ini, akan tulis lagi, insya-Allah.

L a s k a r P e l a n g i



Laskar Pelangi

Bismillahirrahmanirrahim.


Kutemui cinta di setiap penjuru dunia
dan hari ini telah kutemui satu cinta
- yang kutemui saban masa dan nafasku.

-raehan intisor-


Laskar Pelangi
Nidji

mimpi adalah kunci

untuk kita menaklukkan dunia

berlarilah tanpa lelah

sampai engkau meraihnya

laskar pelangi

takkan terikat waktu

bebaskan mimpimu di angkasa

warnai bintang di jiwa

[chorus]

menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang kuasa

cinta kita di dunia

selamanya

[interlude]

cinta kepada hidup

memberikan senyuman abadi

walau hidup kadang tak adil

tapi cinta lengkapi kita

[interlude]

laskar pelangi

takkan terikat waktu

jangan berhenti mewarnai

jutaan mimpi di bumi

[chorus]

menarilah dan terus tertawa

walau dunia tak seindah surga

bersyukurlah pada Yang kuasa

cinta kita di dunia

laskar pelangi

takkan terikat waktu…



Laskar Pelangi - Nidji