Rabu, Ogos 27, 2008

Allah Mengujiku

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesekian kali, hidup pastinya warna-warni pelangi.

Image Hosted by ImageShack.us


Pundak hati yang kian memberat, Dia hadiahi kemudahan yang tak tersangka-sangka.

Ingat daripada ayat seribu dinar, ayat 2-3 surah at-Talaq;

" sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"

Mahu tahu kenapa?

Chemistry. Entah mengapa mutakhir ini terasa subjek ini sangat killer bagi saya. Topic electrochemistry saya hanya mengerti serba sedikit pada electrolysis. Dan segala cara membuat half equation, saya sangat keliru.

Bila saya baca, tak faham. Bila saya tanya, tak terjawab, malah ustaz sudah cuba menjelaskannya berulang kali, tapi kenapa terasa sangat su'bah? Su'bah jiddan.

Pesan ustaz, belajar lagi. Belajarlah Qurrah, itu kunci semuanya. Belajar dari pada kegagalan ini, belajar untuk bengkit daripada kekecewaan, belajar menjadi kuat dan tabah!

Bila anda membaca, pasti tahu kenapa ketabahan yang cuba dikumpulkan terlerai juga. Lain kali, kalau nampak saya macam nak menangis, tak perlulah sedarkan saya air mata sedang bergenang. Automatis, saya akan mengalirkan air mata!

Buat Rufaidah dan Sofia khususnya, jazakumallahu khairan sebab cuba menCeRiAkan hari dan hati saya. Sangat beruntung punya sahabat seperti kalian. Alhamdulillah, Chemistry tak gagal!

Juga buat sahibah yang lain, ihtimam binafsi sangat dihargai. Jazakunnallah.

Nak tahu natijah imtihan ana, ym ana. Komunikasi 2 hala sangat penting untuk menjana perhubungan yang sihat dan bersih, ok? Ukhuwwah fillah.

Allah mengujku, namun kutahu ini yang terbaik dan aku harus belajar menantanginya!

"Senyumlah, Qurrah kan kuat."

milik-Nya selamanya,
Qurratu'Aini

1 ulasan:

Mencari ketenangan berkata...

salam...

hummm... tkasih atas nasihat dari kamu yang selalu mangigatkan. tapi, masih belum mampu untuk mengikis sifat yang kini menjadi teman rapat saya. ntah, mungkin Allah sedang menduga saya.

Alhamdulillah, dari segi ibadat, semakin hari semakin menjadi seperti dahulu, tapi perangai, tahap kerajinan, pangawalan emosi masih pada tahap yang sama, ataupun semakin teruk. oh, terasa diri dihimpit, jiwa agak terseksa, huhu

buat masa ni, saya masih tak tahu apa saluran untuk saya lepaskan semua geram dalam hati ini, mungkin melalui apa yang saya 'lakukan' sekarang ini dapat melepaskan, tapi sebaliknya tidak.

humm...maaf ya, saya tak dapat nak tulis semua sebab kene tidur awal, esok ada exam fizik.

salam dan terima kasih