Sabtu, Ogos 30, 2008

Catitan Kecil di Hujung Sha'ban

Bismillahirrahmanirrahim.

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!



Catitan Menjelang yang Terindu


Kau menjemput kami

menghadiri tiap durus wa 'ibar

mencatit segala mau'izah di hati

supaya kami bisa berdiri

luar biasa dan teguh kekuatannya

tatkala iman teroleng dicuit nafsu

biar masa itu seolah hunusan pedang

menusuk qalbu hingga ke perdu

membakar hati separuh mati

namun nafsu tidak mampu memusnahi

kerana ini mujahadah kami!



Hidup dalammu adalah satu nikmat

tiada terperi jua terkata oleh hati

dan hamparan kedatanganmu ditangisi syukur

dan langkah pemergianmu pasti ditangisi hiba


Syahru at-taghyir

peluang islah peribadi

medan perteguh jati diri

mantap pengorbanan nafsi

membenam hajat jahat nafsu

perubahan kepada kebaikan

penuhi piala dengan taqwa dan iman



Madrasah tarbiyah

mampu tamyiz mahmudah mazmumah

memikirkan hikmah di baliknya

mendidik diri jadi hafiz dan syakir


untuk segala nikmat-Nya

muroqabah dan ihsan menyusupi

Dia selalu ada dan setia


Padu rindu ini

tiada segan silu lagi buat kami

menghidupkan detik riwayatmu

menghias indah helaian hari jua malammu

usah kami biarkanmu terbakar sia

dalam lipatan rindu ini -

menjadi rajuk penyesalan tiada jawapan,

ya Ramadhan.

- raehan intisor sha'ban 1429H-
copyright di bawah pemeliharaan
Allah AlBashir pemerhati setiap tingkah laku manusia

dan Allah ArRaqib yang mengawasi tiap kelakuan insan.

---

Allahumma ballighna Ramadhan.
Ameen.


Khamis, Ogos 28, 2008

Tentang Si Cacing Comel

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini sedih bersebab. La ba'sa, mesti ada hikmahnya Allah tentukannya, ye tak?

Natijah warqah BAT alhamdulillah, sangat membahagiakan.
[Sekarang nak tahu saya punya rival dapat berapa natijahnya ;) ]


Warqah Sejarah, buat saya tersenyum-senyum pula.

Baiklah, nak buat 'amal sedikit biar tak sempurna, mari saya tulis
pengisian
di sini hari ini.



Tadi saya ambil gambar di luar, waktu petang yang panas memang bagus juga nak berfotografi foto kerengga berjalan laju atas dawai pagar. Jadi, saya cuba memetik satu dua tiga gambar. Hasilnya, hmm, bolehlah tahan. (Kerengga terlalu laju!)



Namun begitu bukan itu apa yang saya nak cakap sebenarnya, tapi ketika saya nak ambil gambar cendawan,


tiba-tiba terperasan seekor semut api yang kecil 'menyeksa' seekor cacing halus di atas tanah. Cacingnya jernih, halus, warnanya dipengaruhi tanah, namun tetap menarik perhatian. Tubuhnya mengerekot, ke kiri, ke kanan. Rabbi!


Saya macam tak sampai hati nak tengok cacing itu macam tu, tapi bukan ke ini ekosistem aturan-Nya mengikut sunnatullah?

Mengajak kamu sama memerdekakan minda, berfikiran terbuka. Kadang-kadang kita teruji nak buat pilihan (ikut kes ini, nak tolong si cacing itu atau tidak), tapi kalau saya tak ada di situ, mati juga kan si cacing comel itu? Setiap satu percaturan-Nya pasti berhikmah dan berseni.

Allah al-Hakim. Subhanallah. Yuk memuji Allah~!


Sekian daripada saya. Sebelum itu izinkan saya menyelitkan serangkap puisi (Ewah, macam syarahan Nasihah hari tu ) ^ ^
Comel-comel si cacing kecil
mencari makanan di petang hari

kita manusia lemah nan kerdil

hanya kepada Allah tempat kembali.


Aslim taslam!

Rabu, Ogos 27, 2008

Allah Mengujiku

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesekian kali, hidup pastinya warna-warni pelangi.

Image Hosted by ImageShack.us


Pundak hati yang kian memberat, Dia hadiahi kemudahan yang tak tersangka-sangka.

Ingat daripada ayat seribu dinar, ayat 2-3 surah at-Talaq;

" sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"

Mahu tahu kenapa?

Chemistry. Entah mengapa mutakhir ini terasa subjek ini sangat killer bagi saya. Topic electrochemistry saya hanya mengerti serba sedikit pada electrolysis. Dan segala cara membuat half equation, saya sangat keliru.

Bila saya baca, tak faham. Bila saya tanya, tak terjawab, malah ustaz sudah cuba menjelaskannya berulang kali, tapi kenapa terasa sangat su'bah? Su'bah jiddan.

Pesan ustaz, belajar lagi. Belajarlah Qurrah, itu kunci semuanya. Belajar dari pada kegagalan ini, belajar untuk bengkit daripada kekecewaan, belajar menjadi kuat dan tabah!

Bila anda membaca, pasti tahu kenapa ketabahan yang cuba dikumpulkan terlerai juga. Lain kali, kalau nampak saya macam nak menangis, tak perlulah sedarkan saya air mata sedang bergenang. Automatis, saya akan mengalirkan air mata!

Buat Rufaidah dan Sofia khususnya, jazakumallahu khairan sebab cuba menCeRiAkan hari dan hati saya. Sangat beruntung punya sahabat seperti kalian. Alhamdulillah, Chemistry tak gagal!

Juga buat sahibah yang lain, ihtimam binafsi sangat dihargai. Jazakunnallah.

Nak tahu natijah imtihan ana, ym ana. Komunikasi 2 hala sangat penting untuk menjana perhubungan yang sihat dan bersih, ok? Ukhuwwah fillah.

Allah mengujku, namun kutahu ini yang terbaik dan aku harus belajar menantanginya!

"Senyumlah, Qurrah kan kuat."

milik-Nya selamanya,
Qurratu'Aini

Isnin, Ogos 25, 2008

Tanya-tanya. Jawab-jawab

Bismillahirrahmanirahim.

Dah perasan tag ni lama juga sebenarnya, tapi, tergerak nak buat malam ni [walau tiada siapa tag saya~!]

Ibda'!;

[1] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Sejak darjah 4 sampai sekarang (ting. 4). Sekolah rendah sampai sekarang.

[2] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Sebab jadi kewajiban atau kemestian di sekolah. Sebab itulah...

[3] Kenapa anda menyertai usrah?

. mesti ikut serta walau apa pun alasannya
. kemahuan hati dan diri
. dapat banyak ilmu, khususnya tentang Islam dan kehidupan
. boleh mengenal manusia
. dapat mengenal diri sendiri


[4] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

. bahagia
. tak terkata
. nak dekat dengan Allah selalu, selamanya

[5] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

. Islam ad-deen terbaik sebagai cara hidup
. syari'ah mendahului kehendak, walau apa pun keadaan
. muhasabah n' introspeksi diri selalu, Allah selamanya ADA
. ambil berat sesama ahli usrah (jaga rahsia, nasihat2, beri kepercayaan)
. saya seorang da'ie!

[6] Lima orang yang kena tag

. najihah
. hidayah
. rufaidah
. farhana
. hanani (buat kat blog kita)
. ainnur
. pulasari

(oopps, jadi 7 pula. takpe, yang penting buat ya!)

Peraturan Tag:

1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Moga kita jadi da'ie yang sentiasa thabat dan iltizam di jalan-Nya. ameen~

Aslim taslam.

R.O.Q - remembrance of al-Quds

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar
www.iluvislam.com
Oleh: MOHD. SAFWAN SAPARUDIN*
(Utusan Malaysia)

al-aqsa on fire
picture taken from AhmedGhareeb.com**

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


*Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, artikel asal DI SINI

**Gambar diambil dari website AhmadGhareeb.com

cerpen

bismillahirrahmanirrahim.

Tudung baru. Beg baru. Jam baru.

Alhamdulilah~

Tapi, rasa macam baru masuk sekolah pula. Semua serba baru, you~;

Apa-apa pun tak kisah asalkan hari ini dapat ilmu baru!

Apa dia teman-teman? GOD is REAL.

Fakta itu tak baru, tapi mengingatkan itu bagus, bukan?

Lagi satu, perempuan yang hamil dan menysusukan anak,
boleh bayar fidyah saja jika ia tidak dapat berpuasa pada bulan ramadhan.

Ini pelajaran PSI. ^ ^

Dan saya dapat pelajaran tentang diri saya, juga baru:

Saya sebenarnya boleh menulis cerpen~!
[Ha, orang 'tu' jangan nak jeles pula. Saya tahu anda lebih hebat bercerpen mcm ni. Ingat lagi cerita si kecil Malque, anda tak sambung2 pun]

^ ^ Hal ini ditemui melalui cerpen ana telah disiapkan di sekolah hari ini untuk bulan Utrujjah.

Hari ini dapat addmission (mcm mana eja?) utk terjah blog adik junior.

Saya ni kira pembodek yang hebat jugak eh?

salam :)

Ahad, Ogos 24, 2008

Malam Berstatus

Bismillahirrahmanirrahim.

suatu hari. dgn bermodalkan status: nak muraja'ah~ siapkan pakej biology...
maka, terjadilah satu perbualan satu hala. disebabkan si pemilik status idle je.


tqah amin: aloo
tqah amin: salam
tqah amin: rajin~
tqah amin: alhamduilillah!

^___^


segala puji bagi ALLAH~;

Jumaat, Ogos 22, 2008

Kalerkali - Baca Interview Hati!-

Bismillahirrahmanirrahim.


Pusing-pusing-pusing-golek-golek-golek.

Membazir je tulis ayat-ayat tu.


IMTIHAN wes entek.

Dino iki rak warek. Sitik ne madang ne. Enek opo ae, wualah, enek sego lemak. Karo meneh dino ki rak asik.

Wes metu tapi rak nek opo.

MURAJA'AH seko dini kae. Wes iso juz 1 & 2. Alhamdulillah. Ki ngomong ne opo ae nang ngene.
Yes yes, wes kenek motong de'e! Hehe...


Kak Nadhirah nang blogne ngomong de'e arek lungo Mesir royo mau. Wah! Cemburu ni jadinya!

Wes luweh, ngomong jowo ae nang mau ;)

Al-aan saatakallam billughatul indunisiyah.

Haha, asik nggak udah repotin kalian sama tulisan dalam bahasa jawaku? Asik kan?
Ya, udah deh.


BENEREN POSTNYA DONG.

Ya, ya, maaf.


Baiklah.

Saya rasa natijah imtihan berkala 2 akan jadi sedih. Barangkali bukan semua subjek tapi mungkin ada.

Khususnya chemistry dan physics.

Add Maths, walaupun ada 1 soalan tak terjawab, namun saya mengharapkan kemajuan berbanding sebelumnya.

Sedih.

Satu hari di kem tahfiz sahabat saya tanya,

Sahabatku: Qurrah, kalau ana tanya nt sekarang apa cita-cita nt, nt boleh cakap tak?

Saya: Emm.. tak. Nt?

Sahabatku: Ana pun tak tau... (sayu je)

+ MACAM MANA NI???

dah masuk tingkatan 4 pun masih terbanyang-bayang lagi?!

+ Qurrah, cubalah anda spesifik sikit. Jordan tu tengah tunggu anda dengan penuh rahmah.

+ Jika tidak Jordan, barangkali Syria, Qurrah tahu?

- Ya, saya keliru. Saya nak sangat jadi doktor haiwan, tapi ianya membantu untuk ummah ke?

- Saya nak jadi doktor tapi, hati rasa tak masuk2 dalam bidang tu.

- Saya nak menulis, saya nak jadi orang yang boleh mengembara, menulis tentangnya. Saya nak jadi penulis untuk difikirkan, untuk mengkritik apa yang sangat patut dikritik, bahkan untuk mengulas peradaban dan budaya! Saya ingin jadi wartawan. Untuk redaksi penerbitan Islam yang dapat dekatkan dengan umat Islam.

+ Qurrah...

- Tunggu! Saya tahu! Saya nak menulis! Saya nak menulis..... Ya Allah..

+ betul ke ini Qurrah?

- Saya ingin menulis. Ingin menjadi seperti kak Ummu Hani, menulisnya dengan hikmah kembaranya. Biar kecil tangan, nemun masih bisa menggenggam besarnya dunia!

- Moga dengan penulisan sedemikianlah bisa menyentuh hati manusia, bisa memagari hati sendiri dengan peringatan daripada Allah.

+ Menulislah, Qurrah.

- ^____^ Alhamdulillah.



Aslim taslam.

Jumaat, Ogos 08, 2008

Saya yang Gembira!

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh, minggu ni. Isnin hari yang paling tak dapat dilupakan.

Alhamdulillah, saya puashati dengan natijah yang saya peroleh hari Isnin itu. Biar apa pun natijah di khatimahnya, saya tahu saya sangat berpuashati! Sungguh, ALLAH menentukan rezeki yang terbaik!

^ ^

Selasa. Pemilihan Lans Koperal. Berat hati untuk pergi petang Selasa itu merupakan petanda atau alamat besar buat saya. Tak jadi lagi tahun ni.

Kita minta bunga, ALLAH bagi kaktus... Alhamdulillah! Ajar saya jadi penyabar dan penanti yang sangat setia dengan masa dan ujian dunia biarpun tidaklah sebaik mana saya ini.

Rabu, hari inilah hari sedih. Lumrah, lumrah dan lumrah. Rasulullah pun bila anaknya meninggal dunia, Baginda bersedih kerana kehilangan anak lelakinya.

Inikan lagi kita manusia biasa.

Jadi, fasa kesedihan kian memudar pastinya. Insya ALLAH.

Khamis, saya sangat gembira untuk Fatimah. Impian saya telah saya pindahkan di pundak pengorbanan untuk digalasinya dengan sedikit ketidakrelaan. [Tapi, rasanya dah tak kan, Fatimah? ;) ] Saya sangat gembira.

Saya masih ingat, masa Ili jadi PRS dulu, sayalah orang yang terlebih-lebih bahagia untuk dirinya. Kemampuannya, kepetahannya, ilmunya... sedikit sebanyak dapat meramalkannya untuk tahun ini. Saya jadi rendah diri. Tapi, tak mengapa kan?

Dan sekarang, bila Fatimah jadi Lans Koperal, seterusnya Koperal, dan akan datang Sarjan, sayalah orang yang paling gembira untuk dirinya. Tapi Fatimah tak layan sangat perasaan saya yang sangat hiperbola itu. Rendah diri. ^ ^ Saya tahu siapa saya. Tapi saya tak tahu masa depan saya.

Cita-cita kecil saya, orang lain yang dapat ya? Hehe. Allahu a'lam.

'Ala kulli hal, mabruk juga buat teman-teman lain yang akan ke Kursus Pentauliahan itu nanti. Bawalah semangat saya bersama, ok?

Juma'at, bermaksud hari ini.

MDP, kesian buat Zatil & Aisyah. Itulah, orang sibuk-sibuklah kata orang.

Cita-cita super kecil saya setelah menanti sekian lama turut diperkenankan ALLAH. Syukru lillah!

Dan, ya tak ya, saya tersedar ada SEORANG manusia cuba merampas hak saya, dan mungkin KUASA saya.

Semakin mengganas pula manusia itu. Saya dah malas nak layan. Karang dilayan, tambah buruk keadaan. Dah lah itu imtihan mendekat nian.

"Sangat TAK PUAS HATI!!! Astaghfirullahal 'adzim."

Apa-apa pun, terima kasih untuk Nasihah yang sudi mendengar bebelan saya petang tadi.

Baru saya perasan, saya ni tak ada sahabat setia rupanya. Saya jadi sahabat orang ada lah.


Ingat pesanan Luqman al-Hakim:

"Bersabarlah atas apa yang menimpamu."

Saya pernah tulis tu dalam diari saya.

Kak Raihana pernah kata, kalau kita nak kawan dengan orang, kita yang kena mulakan dulu, bukan orang tu.

Dan kalau kita nak hadiah, kitalah yang kena beri hadiah dulu kepada orang itu, bukannya orang itu yang mulakan dahulu.

Saya sangat mengerti!

[Rindu kamu Fatimah. Sayang kamu Sofia. Sayang Najihah]

MINGGU DEPAN. USBU'AL QADIM

Imtihan. Imtihan. Imtihan UB II. Saya rindu trial kedua PMR tahun lepas. Mutahammisah syadidah! ^ ^

Lizalika, ilalliqa' ya blog. Ketemu kamu Juma'at, 150808. Insya ALLAH.

Teringat kata-kata yang pernah disebut Ustazah Suhana, "Orang sekarang: al-'ilmu fil kutub laisa fis sudur,"

Maka, rajin-rajinlah kamu aplikasikan segala ilmu dalam dan luar kelas dengan kehidupan! Pesanan naqibah tersayang.

Kata seorang banin berjasa 4 Imtithal (Serius tak tahu siapa!)

"Jangan malas-malas! Hidup mesti RAJIN!"

Jkkk.
Sekian...

Sayang, qurrah.

Isnin, Ogos 04, 2008

ALLAH sayang saya.

Bismillahirrahmanirrahim.

Allah sayang saya.

Allah sayang saya.

Allah sayang saya.


Saya disayangi Allah ar-Rahim.

Serasa tidak wajar meletakkan rasa .k.a.r.h. pada sahabat, tetapi rasa su'udzon memaksakan diri untuk tidak membendung lagi semuanya.

Astaghfirullahal 'adzim.

Memang mudah untuk menerima, tetapi serasa sukar untuk diterima.

Seakan ada hijab antara saya dan mereka.

Dulu jurang itu terlalu dalam, namun sekarang jurang itu mencetek.

Ternyata ada antara hati kita yang belum selesai dengan Dia. Dia. Dia.


Ya Allah
Allahumma ati nafsiy taqwaha
wa zakkiha wa Anta khairu man zakkaha
Anta waliyyuha wa maulaha.

amiin~


^ ^ Jagalah hati. Jangan kau kotori. Jagalah hati lentera hidup ini.^ ^

Jumaat, Ogos 01, 2008

Banyaknya Cerita untuk Dibaca!

Bismillahirrahmanirrahim.

"Menyaksikan kemusnahan itu adalah sangat perit bila pada hakikatnya kita bisa merubahnya secara diam"


Konklusi daripada puisi: Abad Kehilangan Cinta, 1 Ogos 2008, Raehan Intisor.

Sedang berusaha untuk tembus media arus perdana. Contohnya, Mingguan Malaysia, Berita Minggu, Wanita & sebagainya. Memang payah. Nak hantar je mesti ada surat editor. Nasib baik dah tau daripada Kak Haz ni. Syukran!

Kak Mu'izzah & Kak Nissa' pun banyak membantu. Oh, siapalah saya nak dibandingkan dengan mereka yang hebat-hebat ni.

Kak Haz punya quotation: "JOMMM CERPENNNNN!"


Hehe... Saya akan sahut pada cuti sekolah Ogos ini, insya-Allah, kak Haz.

*Seorang guru menyedari puisiku di DS Jun'o8. Alhamdulillah. Terharu!*

Bercerita tentang sekolah.

Rabu, 30 Julai 2008, Lawatan ke Chemical Engineering Carnival di UTM.

Sangat jatuh hati dengan Decomposer sampah! Haha..

Project Alumnium foil tu semua tak suka kenapa eh? Ana suka sangat projek yg tu. It's true then that the success is always found by accident!

Plastic recycle pun berjaya menambat hati. Food keeper tu tak faham sangat.

Minyak wangi buah pala. Hehe.

Cement with rice husk. I like that one too~ Lilin aromatheraphy memang best tapi processnya agak simple.

'Ala kulli hal, moga sekolah kita tetap unggul walaupun tak menang walau satu anugerah.

Huu.
Haa.
Huu huu.
Yes!

Allahu Akbar!

[sumber: ajaran bagus punya bernama tepuk berpandu]

Hehe...

Dan lagi, pertandingan hafazan TAHFIZ peringkat sekolah.

Tak semena-mena, ujian yang agak simple dan s.el.a.m.b.a. dgn ustazah Suzana petang lepas balik carnival tu berjaya melayakkan diri.

Soalannya:

1: Uhilla lakum lailatas-siyam, juzu' 2
2: Hunalika da'aa zakariya rabbah, juzu' 3
3: Lirrijali nasibum-mimma taroka-l walidani wa-l aqarabun, juzu' 4

Alhamdulillah, dapat semua. Yang soalan ke3 tu mcm ingat tak ingat, sayaaangnya, juzu' 4 tu!~

Soalan 2 dan 3 memang agak lama juga tak mengulang betul2. Lagi-lagi, juz 4.

Ada hikmah jugak ye terpilih ni, sebab dapat buatkan ana terus rajin mengulang (murajaah/i'adah) walaupun dah habis pertandingan nanti, insya Allah.

Doakan keberhasilan dan kelancaran bagi ana untuk pertandingan hafazan ni Isnin nanti, ya! Biarlah kelancaran dan keelokan bacaan jadi aspek utama, bukan pada menang kalahnya :)

Ingat! Ikhlas hati pada awal, tengah sampai ke akhirnya! :) Pesanan naqibahku tersayang...

Rabbi-shrah li sodri
wa yassir li amri
wa-hlul 'uqdata-mmin-lisani yafqohu qouliy.

Amiin~


Entah kenapa, sekarang kalau bosan dan rasa macam tak ada mood nak buat kerja,
al-Qur'an is the first choice, then, the books in the mini library, and the last choice is computer.

Alhamdulillah, moga terus berubah dengan introspeksi selalu!

-----

Teeny winie minie mo

Mini micro. nano pico femto.

Mari belajar berfomula secara lagu! Music fills my soul, eh Fahna? ;)

UB II is just around the corner. Nyam nyam, jom telan ilmu dengan ikhlas!

Ilalliqa'~

*Ps.: Berita sedih. SN S Othman Kelantan baru saja meninggal dunia pada 31 Julai, semalam. 31 Julai tu jugaklah hari lahir penulis Shamsudin Othman. Sasterawan Negara kian berkurang. Innalillahi wa inna ilaihi raji;uun. Al-Fatihah*

Aslim taslam.