Ahad, Julai 13, 2008

Jumaat - Sayyidul Ayyam.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Hari ini hari Ahad.

Kira-kira balik. Kejap, kejap.

Eh, hari ni dah 13 Julai 2008?

Tak lama je lagi ni. Hehe.

Berbalik kepada maudhu', ada apa dengan Jumaat saya yang lepas?

(BEWARE: mungkin entri ini agak peribadi dan menjengkelkan)

JUMAAT, 11 Julai 2008.

Malam sebelum, 10 Julai 2008, kelas 4 Imtithal ada kelas malam. Kelas KIMIA.

Mumti'ah jiddan! Group saya sikit sangat orangnya. 5 orang je.

Ana, Rufaidah, Sofia, Nadia, Fatimah.

Buat 3 eksperimen. Agak terganggu dengan keberadaan kamera seorang teman yang agak menghalang konsentrasi untuk tertumpu sepenuhnya.

Tapi, tak apa. Kita datang ke kelas mencari ilmu kan? Bila teringat balik hadaf, alhamdulillah, dapatlah juga kurangkan rasa yang tak best tu.

Kenapa dengan JUMAAT?

Pagi-pagi, saya dah berdoa, ya Allah, moga-moga hari ni ana akan jadi lebih BAHAGIA daripada semalam. Amiin~

Senyum. Senyum. Senyum. (Fake smile really helps to make a happy smile!)

Masa sarapan, seorang teman telah memulangkan FAIL ana yang menghilang seminggu lebih.
Subhanallah!!~ Allahu a'lam bissowab. Percaturan-Nya yang terbaik! Betul lah Hazirah, Allah nak ana sabar, kan?

Pagi-pagi ada MDP.

Pagi-pagi itu jugalah dah termau depan orang lain. Itulah Qurrah, semangat sangat bercakap dengan Zatil! Takpe-takpe, baru sikit.

MDP Jumaat lepas BEST sangat! Allah saja yang Tahu betapa mencurah-curahnya idea kami bertujuh dalam usrah tu untuk kupas tentang itu dan ini. Alhamdulillah.

KoQ. Niagaria. PerBayu best! Rojak buah kami laku~ Syukur ada banin yang sangat memahami, dapat tolong-tolong jualkan. Tenkiu.

Penat-penat ke sana ke mari cari orang itu dan ini, ada seorang banin junior ni langgar ana. Masya Allah, sakitnya dia hentam. Dahlah sakit, dilihat orang satu hal lagi. Astaghfirullah...

Selepas itu rehat di maktabah. Punyalah penat sampai terlelap.

Petang pula ada memanah. Dengan banin lagi. Terbataslah penggunaan bow dan arrow semuanya. Apa-apa pun, alhamdulillah, semua yang nak main, dapat juga memanah dengan baik. Cuma saya punya jelah rasanya, arrow terkena satu saja dekat board. Hmm..

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Alhamdulillah.

Allah kabulkan doa saya.

^_____^

Aslim taslam!

Tiada ulasan: