Sabtu, Julai 05, 2008

Ikhlaskah?


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Allahumma amsa bi min ni'matin au biahadin min kholqika fa minka wahdaka la syarika laka falaka-l hamdu walaka-l syukr.

Beberapa hari yang lalu, salah satu khazanah berharga ana dihilangkan oleh ALLAH.

Cemas, itu pertama. Kedua, muhasabah. Kenapa ALLAH hilangkannya?

Ana fikir. 

Tak boleh nak fikir. Setiap kali fikirkannya, mesti rasa macam nak berjujuhan air mata.

Jumaat, semalam.
Masa usrah, kami membicarakan tentang IKHLAS.

Sudah banyak kali rasanya IKHLAS ini diperbicarakan, tetapi lebih banyak itu lebih bagus untuk tazkirah nafs, kan?

Ustazah Shahidah selaku naqibah ana, menceritakan, seorang mu'min sejati, walau ditimpa musibah sebesar mana pun, perkara pertama baginya adalah untuk ikhlas menerima qadha' & qadar ALLAH.

Bila ikhlas, semua bebanan jadi ringan sekali. Bila menjadikan ALLAH sebagai Satu-satunya SANDARAN, terasa lapangnya kehidupan.

Sejurus selepas ustzah cakap tentang ikhlas tu, ana terberangan sekejap. 
Terfikir.

APA perkara pertama yang ana rasa bila fail ana yang sangat berharga tu hilang?

Ana SEDIH, lantas menangis.

Ikhlaskah ana menerima apa yang ALLAH tentukan untuk ana?

Ana tak ingat, barangkali yang pertama ana sebut ialah istighfar (sebab kalau terhilang barang, gelabah-gelabah memang istighfar).

Tapi, ana rasa, ana tak rasa yang ana fikirkan ALLAH masa ana sebut istighfar.

Astaghfirullahal 'Adzim.

Bila dah habis memangis baru teringatkan ini yang ALLAH tentukan untuk ana. Baru tak menangis.

"Dan bahawa sesungguhnya kepada hukum Tuhanmu lah kesudahan (segala perkara); Dan bahawa sesungguhnya, Dialah yang menyebabkan (seseorang itu bergembira) tertawa dan menyebabkan (seseorang itu berdukacita) menangis"

(an-najm: 42-43)

Hingga ke saat ini, kehilangan barang itu suatu hikmah yag bisa terungkai bila-bila masa saja.

----

Ana: Hazirah, nti rasa kalau nti hilang fail macam ana. Apa nti rasa?

Hazirah: Mestilah sedih. Dengan semua barang2 macam tu.

Ana: Nti rasa, kenapa ALLAH hilangkan fail tu daripada ana?

Khali sejenak. 

Hazirah: Sebab ALLAH nak suruh nti bersabar.

Ana: Ohh... (Diam kemudiannya tersenyum)

*Jazakillah Hazirah. ^___^*
------


Sabar.

Sabar.

Sabar.


Sabar adalah salah satu manifestasi keimanan.

Salah satu bukti keikhlasan. 

Ikhlaskah ana?

Allahu a'lamu bissowab.

Aslim taslam.

Tiada ulasan: