Rabu, Jun 04, 2008

Untai Bicaraku Buat Murobbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana tak lupa janji ana yang satu ini. Alhamdulillah, Rufaidah menjumpai fail ana yang terisi infiniti khazanah. Jazakillah!~

---

.Sebermulanya Semua
.

Nubariku mengutus hamdalah
menyeluruhi purnama ilmu jua cita
kerana tersuluhkan padaku
gerbang hikmah termulia
lalu dipancarkan di hadapanku
singgahsana kebijaksanaan terulung
adapun bisalah aku ini
menjebak kepalsuan serpihan kaca
dalam zulmat lail
mentafsir ketulenan butiran sesoca
dalam mega syafak

Sungguh
dia tuntun aku menuju puncak wijaya
lantaran aku
diajar menyulam nikmat
dididik mencantas waktu
diasah mempertajam maruah
oleh seorang manusia biasa
hingga Rabb mengangkat mulia darjatnya

Kerana dia seorang guru
kerana doanya sang murobbi aku di sini
sebermulanya semua
di sini...

© Raehan Intisor 2008

Aslim taslam!

3 ulasan:

p u l a s a r i berkata...

salam

sebuah sajak yang...jujur dari ana menarik, tertarik, penarik & tarik-tarik (ok memang tak masuk pula ^__^)

ni yang mencabar ana untuk buat sajak jua...huhu tapi harus mmpersiapkn diri untuk imtihan strusnya

ok, nti teruskn menulis + b'karya, ana teruskan dgn melukis + menulis jua

ok, jaga diri dan jaga iman sentiasa...love Allah itu pasti ^__^

p u l a s a r i berkata...

salam...

ana cmburu tersangat2 dgn nti...an mahu juga msuk MPR..tp umur an, kondusi stdy an, pluang an mnghalng serba sdkit

hummm...nti tau x saluran2 lain yg blh an srtai skali?

mahu sgat2...

salam

Qausuquzah berkata...

terima kasih ya pulasari.

^___^

tentang MPR.. akh boleh ke sini:

http://minggupenulisremaja.blogspot.com

atau

http://dbp.gov.my


hmm, kenapa pula tak boleh? akh cuma kena ada karya tersiar kat media tempatan sebelum 1 ogos. :)

nanti nak tanya, tanya lagi.

;)

p.s: ana takut, kalau boleh pergo mpr tahun ni, berlaggar masa dengan Kem Tahfiz Tahunan. Tahun ni punye sebulan. kalau tahun lepas 3 minggu je..

Rabbbi Yassir Wa La Tu'aasir~