Sabtu, Jun 07, 2008

Sumber Kekuatan? Mungkin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Memetik bual bicara dari shoutbox di Blog Rasmi Mantan MPR.
Haha... Orang yang memang menyibuk itulah saya.
Tekadku sudah bulat!

----------

qurratu'aini salam. nak tanya, kalau 16 tahun tak boleh ke ikut MPR? kenapa kak ummu ikut serta masa 16 tahun? :) terima kasih.

MPR Dik qurratu'aini, syarat pemilihan ini ditetapkan oleh DBP. Perubahan mungkin untuk menggelakkan perbezaan umur yang ketara dikalangan peserta.

MPR Mungkin adik boleh terus menghubungi pihak DBP (seperti dibawah) utk penjelasan lebih lanjut. Harap maklum.

kamariah kamarudin salam. insyallah umur 16 thn dpt sertai mpr janji karya tersiar di mana2 sbb saya pun join masa umur 16, pd thn 1989. cntc dbp segera!

Nissa' Yusof setahu saya yang ini syarat-syarat baru, hanya 17-21 tahun.tapi mungkin dapat, siapa tahu =)

Rai Semasa saya MPR,ada peserta umur 13 dan ada yg dah final year di U.Mmg ada masalah komunikasi!

FahdRazy Saya setuju, kurang seronok kalau masuk MPR awal sangat. Saya tak dapat nak 'enjoy' kerana rasa sangat jauh dengan abang-abang dan kakak-kakak.

AzreeAriffin betul tu. saya sgt setuju. berdasarkan mpr05, saya mendapati kbykan mantan yang telah 'hilang' adalah yang masih di bangku sekolah.

qurratu'aini wah. ada banyak bantahan... ok, sekarang dah bingung. cuba kalau nak pergi mpr 2009, berlanggar masa dgn SPM.

haniesalwah Dik Qurratu'aini, cuba hubungi DBP. Cuba minta jasa baik. Mana tahu mereka terima anda!

FahdRazy Oh, bukan bantahan.Sebenarnya 'advantage' juga masuk awal.Ini sekadar 'concern'. Jadi kalau terpilih nanti kena diambil perhatian hal ini :)

FahdRazy Nanti pastikan adik-adik yang kecil kena aktif,tak boleh tersipu-sipu.Guna peluang interaksi dan timba pengalaman sepenuhnya.Cubalah apply, dapat kot

Rai Semuanya baik pd kesungguhan kita.ada juga pljr U jurusan sastera/media tulen sertai MPR.Tp tak aktif juga.Baguslah abg fahdrazy prihatin tu.Heheh!


------------

Mungkin bual bicara ini membekalkan ruh kekuatan buat ana.

Lampu hijau qamarain sudah menyala.

Walau di balik keyakinan yang sengaja diteguhkan di sebalik ketidakpastian, masih terasa debarannya.

Sekarang, ana hanya perlu beremosi sederhana. 50-50. Jangan terlalu mengharap dan over-confident dan jangan juga terlalu putus asa dan lemah semangat.

Jadikan ayat-ayat cintaNya sebagai manifestasi janji terbaik!

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Mohon jasa baik kalian dan sahabatku untuk mendu'akanku agar bisa merealisasikan impian kecilku ini!

Allahumma najjihni fi kulli imtihan fid dunya wal akhirah.

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi yassir li amri.

Amiin~

Aslim taslam.

1 ulasan:

pulasari berkata...

assalamu3laikum

semoga terpilih dlm MPR, hummm...ana kne cuba msuk juga..huhu mngahrapkn

oh ya...nti tau apa2 kem ke, prsatuan ke yg brkaitan dgn pelukis, kalau ada, hrap dpat dkongsikan brsama ya

salam