Rabu, Jun 18, 2008

Di Sebalik Kepayahan...

Bismillahirrahmanirrahim.



Mimpi yang Indah
Mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan

Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

----------------------------------------


Bila dengar nasyid ni, ana teringat nasyid Segenggam Tabah. Allah Maha Penyayang.

Sebab itulah bila terkuis dengan secalit kejatuhan, semuanya tampak berharga kerana Allah sangat maha prihatin dengan kita.

Betul tak? Sebenarnya, kitalah yang selalu biarkan hati kita tak boleh lihat dan rasa apa yang sebenarnya kita mesti lihat dan rasa itu ;)

Oleh itu, jangan sombong untuk memohon terus kepada Allah sebab Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hambaNya yang meminta daripadaNya.

Kadang-kadang, kita tak terasa macam kita sombong kan? Mungkin sebab hati dah lama sangat bergelap. Astaghfirullah.

Yuk doa!

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
[1: 5]


Rabbi yassir wa la tu'assir. Ameen.

Moga tulisan kali ni ada manfaatnya buat semua. Insya Allah. Allahu a'lam.

Aslim taslam.

1 ulasan:

p u l a s a r i berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.