Sabtu, Jun 21, 2008

Belajar Sendiri - Bermakna!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin entri ni kosong. Terpulang untuk yang mahu membaca.
Ingat! Ana dah peringatkan!

Minggu ni agak menekan juga. Lagi hebat!

1. Tukar tempat duduk dalam kelas agak menjejaskan mood ana.

2. Surat, surat dan surat! Tolong, hentikan desakan kamu!

3. Emosi tak stabil. Rasa macam orang yang nak kena high blood pressure. Na'uzubillahi min zalik.

4. Orang tak faham sebagaimana ana pun tak faham.

Perkara yang membibitkan rona-rona bahagia ;)

1. Sukan permainan memanah - petang Jumaat. Ana nampak jahil, tapi belajar untuk tidak jahil itu indah dan menyeronokkan! Terima kasih untuk semua yang sudi layan karenah ana. Jazakumullahu khairan. [Dah addicted! Masya Allah~]

2. MABIT (malam bina Iman dan Taqwa) terakhir dengan kakak-kakak form 5 2008. Best sangat! Dari MABIT ni ana belajar dengan sendirinya macam mana nak mendekati orang lain dan jadi ngam dengan orang tu. Belajar lagi! ^____^

3. Pemilihan Lans Koperal/Koperal KRSM 2008. Seorang ukhti comel memberikan kata-kata musyajja'ah buat ana yang hampir rebah dipujuk ketidakyakinan. Yaqin, ikhtiar yang terbaik, tawakkal! Mesti belajar lagi untuk redha dan bersyukur kepadaNya atas apa jua natijahnya.

4. Video ini! Hakuna matata, it means no worries! Rindu sangat nak nonton lagi Lion King. Lagu ni bagus, sebab lagunya, lagu menyemarakkan semangat! :)



Qurrah kan kuat?
Insya Allah.

Allahu a'lam.

Aslim taslam.

1 ulasan:

p u l a s a r i berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.