Jumaat, Jun 27, 2008

Dengarlah wahai hatiku...

Bismillahirrahmanirrahim.

Mafhum firman Allah:

"
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. Kamu diberitahu tentang itu) supaya kamu tidak bersedih hati akan apa yang telah luput daripada kamu dan tidak pula bergembira (secara sombong dan bangga) dengan apa yang diberikan kepada kamu dan (ingatlah), Allah tidak suka kepada tiap-tiap orang yang sombong takbur, lagi membanggakan diri."

[57: 22-23]


Allah berfirman lagi, mafhumnya:

"Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu."

[65: 2-3]

Allahua'lamu bissowab.

Khamis, Jun 26, 2008

Pahit


Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini qurrah menelan ubat yang pahit dalam kemanisan. Mahu ubat tapi terpaksa rasa kepahitannya yang tak tahu bila akan berakhir.

Allahu a'lam.

---

Qurrah nak ucapkan jkkk buat ajk penerbitan banin batchsebelas sebab sudi tunaikan amanat untuk Jun 2008. Maaf, Qurrah hancurkan prestasi kita. Qurrah janji, Julai 2008, Qurrah akan buat yang terbaik. Nanti kita boleh bincang lagi dengan amir & amirah apa lagi yang baik untuk unit kita.

---

Esok jalinan mesra. Allahumma layyin qulubuna.

Aslim taslam.





Selasa, Jun 24, 2008

Ikan, Laron dan Semut

Bismillahirrahmanirrahim.

Saya nak menulis lagi. Namun waktu yang selalu mengekang. Atau mungkin saja saya yang tak tahu nak memadankan masa dengan betul.

Teringat nasyid Ikan, Laron dan Semut nyanyian Fatih. Boleh cari di imeem.com. Cuba hayati. Sangat indah dan menyentuh nubari :)


Aku senang aku senang
tapi bingung aku bingung
Aku senang aku senang
tapi heran aku heran

Dan akupun bertanya
pada semua ikan di kolam
tiadakah kau bosan di situ

Dan diapun menjawab tiada bosan
walau berada di tempat sekecil ini
karna kudisini setiap hari
bersama Tuhanku

Dan akupun bertanya
pada laron-laron berterbangan
buat apa kau hidup semalam

Dan diapun menjawab tiada tersia
walau hanya smalam aku hidup di dunia
karna dalam semalam aku hidup
kusebut Tuhanku


Aku senang aku senang
tapi bingung aku bingung
Aku senang aku senang
tapi heran aku heran

Dan akupun bertanya
pada semut-semut di sarangnya
tidakkah kau rasa lelah bekerja

Dan ikanpun menjawab tiada lelah
walau spanjang hidup aku terus bekerja
karna setiap saat dalam bekerja
bersama Tuhanku

Dan laronpun menjawab tiada tersia
walau hanya smalam aku hidup di dunia
karna dalam semalam aku hidup
kusebut Tuhanku

Dan semutpun menjawab tiada bosan
walau berada di tempat sekecil ini
karna kudisini setiap hari
bersama Tuhanku

Dan diapun menjawab tiada lelah
walau sepanjang hidup aku terus bekerja
karna setiap saat dalam bekerja
bersama Tuhanku


Dan aku bertanya pada jiwaku
sejauh apa hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya pada hatiku
sedalam apa hidup tanpa Tuhanmu
Dan aku bertanya pada diriku
sekeras apa kerja tanpa Tuhanmu


Salam manis. Salam ukhuwwah.

Sabtu, Jun 21, 2008

Belajar Sendiri - Bermakna!

Bismillahirrahmanirrahim.

Mungkin entri ni kosong. Terpulang untuk yang mahu membaca.
Ingat! Ana dah peringatkan!

Minggu ni agak menekan juga. Lagi hebat!

1. Tukar tempat duduk dalam kelas agak menjejaskan mood ana.

2. Surat, surat dan surat! Tolong, hentikan desakan kamu!

3. Emosi tak stabil. Rasa macam orang yang nak kena high blood pressure. Na'uzubillahi min zalik.

4. Orang tak faham sebagaimana ana pun tak faham.

Perkara yang membibitkan rona-rona bahagia ;)

1. Sukan permainan memanah - petang Jumaat. Ana nampak jahil, tapi belajar untuk tidak jahil itu indah dan menyeronokkan! Terima kasih untuk semua yang sudi layan karenah ana. Jazakumullahu khairan. [Dah addicted! Masya Allah~]

2. MABIT (malam bina Iman dan Taqwa) terakhir dengan kakak-kakak form 5 2008. Best sangat! Dari MABIT ni ana belajar dengan sendirinya macam mana nak mendekati orang lain dan jadi ngam dengan orang tu. Belajar lagi! ^____^

3. Pemilihan Lans Koperal/Koperal KRSM 2008. Seorang ukhti comel memberikan kata-kata musyajja'ah buat ana yang hampir rebah dipujuk ketidakyakinan. Yaqin, ikhtiar yang terbaik, tawakkal! Mesti belajar lagi untuk redha dan bersyukur kepadaNya atas apa jua natijahnya.

4. Video ini! Hakuna matata, it means no worries! Rindu sangat nak nonton lagi Lion King. Lagu ni bagus, sebab lagunya, lagu menyemarakkan semangat! :)



Qurrah kan kuat?
Insya Allah.

Allahu a'lam.

Aslim taslam.

Rabu, Jun 18, 2008

Di Sebalik Kepayahan...

Bismillahirrahmanirrahim.



Mimpi yang Indah
Mestica

Telah ku lalui jalan berduri
Sejuta harapan terus ku pertahankan
Bukan mudah menggapai bintang
Bersilih dugaan mendatang

Di sebalik kepayahan
Di situlah kekuatan
Tekad hati azimat di perjalanan
Mengejar impian

Pabila laluan seakan sukar
Bagai tak terdaya untuk terus bertahan
Namun kasihMu menyedarkan
Aku tak pernah sendirian

Di sebalik kepayahan
Di situlah ada kekuatan

Tekad hati azimat di perjalanan
Tinggi langit mimpi ini
Tak ku ragu untuk membuktikan
Indah bintang yang terang bukan khayalan
Tetapi kenyataan

Akan kau saksikan kesulitan ini
pasti berganti kebahagiaan

Telah pun kau dengar kisahku ini
Pernahkah kau cuba untuk mengerti

----------------------------------------


Bila dengar nasyid ni, ana teringat nasyid Segenggam Tabah. Allah Maha Penyayang.

Sebab itulah bila terkuis dengan secalit kejatuhan, semuanya tampak berharga kerana Allah sangat maha prihatin dengan kita.

Betul tak? Sebenarnya, kitalah yang selalu biarkan hati kita tak boleh lihat dan rasa apa yang sebenarnya kita mesti lihat dan rasa itu ;)

Oleh itu, jangan sombong untuk memohon terus kepada Allah sebab Allah Maha Mendengar dan memperkenankan doa hambaNya yang meminta daripadaNya.

Kadang-kadang, kita tak terasa macam kita sombong kan? Mungkin sebab hati dah lama sangat bergelap. Astaghfirullah.

Yuk doa!

"Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah
dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan."
[1: 5]


Rabbi yassir wa la tu'assir. Ameen.

Moga tulisan kali ni ada manfaatnya buat semua. Insya Allah. Allahu a'lam.

Aslim taslam.

Isnin, Jun 16, 2008

Alhamdulillah

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Mukhayyam sudah usai.

Meredah bumi Ilahi.
Mentafsir hikmah rabbani.

Nightwalk yang sangat menenangkan ruhi. Allah kasihkan hambaNya.

Menawan puncak Gunung Arong. Gunung tertinggi di Mersing.

Mandi laut. Solat di pantai beralaskan pasir seputih permata.

Keteguhan kumpulan al-Imtithal.

Rindu!

Slot Batchsebelas yang mumti'ah jiddan! Sayang Batchsebelas. Tak tergantikan dengan segunung emas permata sekalipun. Andai kalian tahu...

Alhamdulillah. Muhasabah terusi mukhayyam. Indahnya hikmah ciptaan alam!

Aslim taslam.

Khamis, Jun 12, 2008

Perang!

Bismillahirrahmanirrahim.

Gempak tak maudhu' kat atas tu?

Alhamdulillah 'ala kulli hal, Allah kembalikan kesibukan pada ana.

Minggu ni, setakat saat ini, rata-ratanya sangat menekan-nekan.

Macam tak ada perasaan tapi itulah hakikatnya.

Isnin, dapat natijah imtihan yang puratanya agak boleh tahan.

Agak, Boleh, dan Tahan. Sinonim betul dengan natijah untuk PS 1 ana.

Ana rindu sangat A1! Satu subjek pun belum ketemu. Ana hazinun jiddan ~


Natijah yang menggemparkan sukma.

Aktiviti yang membolak-balikkan emosi.

Kutukan yang mencipta benci. Bukannya kritikan, tapi kutukan!

Rabbi yuqawwiy~

------

Dan sekarang, yang ana mampu lakukan hanyalah...

bersangka baik. bersangka baik. dan bersangka baiklah, wahai qurrah.

ESOK.
mukhayyam. camping. perkhemahan.

pastikan ruhmu siap. aqalmu siap. jasadmu siap. isti'dadmu siap.

cinta untuk ihsan melalui alam ciptaan Ilahi! Rabbana sallimna.

"Dan imtihan itu sentiasa ada buat hambaNya yang beriman dan selalu rindukanNya..."

salam mukhayyam :)

Selasa, Jun 10, 2008

Senyum

Bismillahirrahmanirrahim.


Iktibar yang dapat ambil daripada peristiwa hari ini: 10 Jun 2008.

Hari yang tak berapa baik bagi ana, tapi membawa jutaan erti. Insya Allah.

Aslim taslam.

Isnin, Jun 09, 2008

Culture Shock

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Kembali ke sekolah!

Setelah dua minggu melayan diri, telah tiba masanya untuk melayan minda yang terbeku sekian lama. [Eh, minda ana tak beku. Ana selalu tulis-tulis ;)]

Hari ni rata-rata sahabat terkena Culture Shock.

Kelakarlah. Semua tak semangat langsung. Macam mamai-mamai je masa di dalam kelas tadi.

Kadangkala perlu juga melukis perasaan di blog ini. Betul tak? [Betul, betul! - gaya Upin & Ipin]

Oleh hal yang demikian, ana menyeru kepada sahabat sekalian, sama-samlah kita tajdid ruh kita supaya hati kita sentiasa berkejar-kejar untuk mencari ilmu Allah.

Peringatan ini untuk ana dan semua.

"Fa-stabiqul khairat..."

Aslim taslam!

Ahad, Jun 08, 2008

Sabtu, Jun 07, 2008


"Ukhuwwah persis tasbih,
ada mula tiada akhirnya.
Tersusun kerana redhaNya,
diratib untuk mengingatinya,
disatukan kerana cinta kepadaNya"

^___^

Sumber Kekuatan? Mungkin.

Bismillahirrahmanirrahim.

Memetik bual bicara dari shoutbox di Blog Rasmi Mantan MPR.
Haha... Orang yang memang menyibuk itulah saya.
Tekadku sudah bulat!

----------

qurratu'aini salam. nak tanya, kalau 16 tahun tak boleh ke ikut MPR? kenapa kak ummu ikut serta masa 16 tahun? :) terima kasih.

MPR Dik qurratu'aini, syarat pemilihan ini ditetapkan oleh DBP. Perubahan mungkin untuk menggelakkan perbezaan umur yang ketara dikalangan peserta.

MPR Mungkin adik boleh terus menghubungi pihak DBP (seperti dibawah) utk penjelasan lebih lanjut. Harap maklum.

kamariah kamarudin salam. insyallah umur 16 thn dpt sertai mpr janji karya tersiar di mana2 sbb saya pun join masa umur 16, pd thn 1989. cntc dbp segera!

Nissa' Yusof setahu saya yang ini syarat-syarat baru, hanya 17-21 tahun.tapi mungkin dapat, siapa tahu =)

Rai Semasa saya MPR,ada peserta umur 13 dan ada yg dah final year di U.Mmg ada masalah komunikasi!

FahdRazy Saya setuju, kurang seronok kalau masuk MPR awal sangat. Saya tak dapat nak 'enjoy' kerana rasa sangat jauh dengan abang-abang dan kakak-kakak.

AzreeAriffin betul tu. saya sgt setuju. berdasarkan mpr05, saya mendapati kbykan mantan yang telah 'hilang' adalah yang masih di bangku sekolah.

qurratu'aini wah. ada banyak bantahan... ok, sekarang dah bingung. cuba kalau nak pergi mpr 2009, berlanggar masa dgn SPM.

haniesalwah Dik Qurratu'aini, cuba hubungi DBP. Cuba minta jasa baik. Mana tahu mereka terima anda!

FahdRazy Oh, bukan bantahan.Sebenarnya 'advantage' juga masuk awal.Ini sekadar 'concern'. Jadi kalau terpilih nanti kena diambil perhatian hal ini :)

FahdRazy Nanti pastikan adik-adik yang kecil kena aktif,tak boleh tersipu-sipu.Guna peluang interaksi dan timba pengalaman sepenuhnya.Cubalah apply, dapat kot

Rai Semuanya baik pd kesungguhan kita.ada juga pljr U jurusan sastera/media tulen sertai MPR.Tp tak aktif juga.Baguslah abg fahdrazy prihatin tu.Heheh!


------------

Mungkin bual bicara ini membekalkan ruh kekuatan buat ana.

Lampu hijau qamarain sudah menyala.

Walau di balik keyakinan yang sengaja diteguhkan di sebalik ketidakpastian, masih terasa debarannya.

Sekarang, ana hanya perlu beremosi sederhana. 50-50. Jangan terlalu mengharap dan over-confident dan jangan juga terlalu putus asa dan lemah semangat.

Jadikan ayat-ayat cintaNya sebagai manifestasi janji terbaik!

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu;
Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui." [2:216]

Mohon jasa baik kalian dan sahabatku untuk mendu'akanku agar bisa merealisasikan impian kecilku ini!

Allahumma najjihni fi kulli imtihan fid dunya wal akhirah.

Rabbi yassir wa la tu'assir. Rabbi yassir li amri.

Amiin~

Aslim taslam.

Sabtu

Bismillahirrahmnirrahim.

Alhamdulillah.

Saya suka lampu hijau ;)

Lagi beberapa jam ana akan kembali ke sekolah dengan niat yang sama: menuntut ilmu liLlahi ta'ala!

Namun, tak tersedar ada kebimbangan menyusup dalam hati.

Takut sikit. Keputusan imtihan akan keluar.
Chemistry selamat; syukru liLlah dapat 2A. ^_^

Mesti yakin! Dan hanya kepada Tuhanmu lah kamu meminta dan mengharap.

Ma'at taufiq wan najah.

-------


Misteri.

Spekulasi.

Kontroversi.

Provokasi.

------

P.s: Penat shopping. Tak suka. Tak suka. Suka kalau shopping buku dan alat-alat berteknologi tinggi. Huhu.

Aslim taslam.

Khamis, Jun 05, 2008

Monolog

Bismillahirrahmanirrahim.


Bermonolog dalam hati.

-------

+ Uhh~

- Kenapa?

+ Susahnya nak memilih...

- Nak pilih apa?

+ (termenung) terlalu indah dan terlalu sempurna boleh membutakan, kan?

- Setuju! Tapi...

+ Manusia takkan bisa menyentuh nikmatNya tanpa ikhlas di hatinya...

------

Saya perlu buat pilihan. Dan untuk membuat pilihan, itu perkara yang sangat sukar. Lebih-lebih lagi bila pilihan itu meletakkan jatuh bangunnya kita. Ini soal MPR? Tidak. Saya ada soal yang lebih hebat daripada itu.

Bila dilema, bila dah hilang punca arah, kadangkala kita lupakanNya.

Kita lupa, bila kita berjalan kepadaNya, sebenarnya, Allah akan berlari kepada kita.

Dia selalu ada untuk kita. ^ ^

"Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah
engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). "[94:8]

Aslim taslam.

Cita-cita Kecil

Bismillahirrahmanirrahim.

MINGGU PENULIS REMAJA 2008



Tarikh :
20 - 26 November 2008

Tempat :
Dewan Bahasa dan Pustaka


Syarat dan Peraturan Penyertaan:

v Peserta hendaklah warganegara Malaysia yang berumur 17 – 21 tahun.

v Peserta mestilah pernah menghasilkan karya kreatif dalam mana-mana media tempatan, dengan syarat menyertakan salinan karya yang pernah tersiar kepada urus setia.

v Peserta mestilah mempunyai minat yang mendalam dalam bidang penulisan kreatif.

v Bayaran RM30.00 seorang dikenakan bagi setiap penyertaan.

Urus setia:

Untuk mendapatkan borang penyertaan dan keterangan lanjut, sila hubungi:

Urus Setia,

Minggu Penulis Remaja (MPR) 2008,

Pusat Penyelidikan dan Pengembangan Sastera Kanak-kanak dan Remaja (PURNAMA),

Jabatan Sastera,

Tingkat 21, Menara DBP,

Jalan Dewan Bahasa,

50460 Kuala Lumpur.

(u.p.: Puan Nawal Hanim Haji Lope Zainal Abidin)

Tel. : 03-21481148/013-3332808

E-mel : nawal@dbp.gov.my

Laman DBP : http://www.dbp.gov.my

Faksimile : 03-21414109

Tarikh tutup penyertaan:

1 Ogos 2008



Hmm... Ana sudah mencuba untuk e-mail dan ajukan soal umur untuk pertanyaan. Nak telefon tu memang nak, tapi macam tak nak pula. Oh.

Ana takut kalaulah dapat pergi MPR, nanti clash dengan Kem Tahfiz. Hmm..

'AlaLlahi tawakkaltu.

Rabu, Jun 04, 2008

Untai Bicaraku Buat Murobbi

Bismillahirrahmanirrahim.

Ana tak lupa janji ana yang satu ini. Alhamdulillah, Rufaidah menjumpai fail ana yang terisi infiniti khazanah. Jazakillah!~

---

.Sebermulanya Semua
.

Nubariku mengutus hamdalah
menyeluruhi purnama ilmu jua cita
kerana tersuluhkan padaku
gerbang hikmah termulia
lalu dipancarkan di hadapanku
singgahsana kebijaksanaan terulung
adapun bisalah aku ini
menjebak kepalsuan serpihan kaca
dalam zulmat lail
mentafsir ketulenan butiran sesoca
dalam mega syafak

Sungguh
dia tuntun aku menuju puncak wijaya
lantaran aku
diajar menyulam nikmat
dididik mencantas waktu
diasah mempertajam maruah
oleh seorang manusia biasa
hingga Rabb mengangkat mulia darjatnya

Kerana dia seorang guru
kerana doanya sang murobbi aku di sini
sebermulanya semua
di sini...

© Raehan Intisor 2008

Aslim taslam!

Selasa, Jun 03, 2008

Musafir.

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah,selamat pergi dan selamat kembali.

Memang terasa lagi aura yang menyebarkan rasa penat selepas bermusafir hampir seminggu.

Johor-Pahang-Terengganu-Kelantan-Perak-Selangor-KL-Selangor- Negeri Sembilan-Melaka-Johor.

Segala puji bagi Allah!

Paling indah malam tadi, punyalah menunggu untuk Nukilan di IKIM.fm.
Terlihat juzuk alam di langit bertebaran indah! Subhanallah...
Sangat-sangat teringat pada malam pertama mukhayyam form 3 tahun lepas. Rindu!

Mafhum firman Allah:

"Demi langit yang mempunyai gugusan bintang, dan demi hari yang dijanjikan. Demi yang menyaksikan dan yang disaksikan."
[Al-Buruj: 1-3]

^____^

Aslim taslam.

P.s: Catatan musafir tidak dijanjikan memandangkan banyak lagi tuntutan lain yang harus terlaksana dengan segera. Cukuplah ana berdoa, agar Allah menetapkan ana untuk terus bisa bermusafir di bumiNya selagi hayat masih tersisa.
Semakin aku ke hadapan, semakin dekat aku dan kematian.