Isnin, Mei 26, 2008

Lek Jemi Bertunang!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem, inilah agenda terulung selepas tamatnya imtihan pertengahan tahun.
Pertunangan Lek Jemi atau namanya Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi.
Bertunang dengan siapa? Dengan orang Ampang, Masniza namanya.
Comel sangat, kalau nak padan dengan Lek Jemi, hmm... Entahlah ye!
Khas untuk tatapan semua khususnya Lek Rina yang sekarang lagi di Mesir.


Hantaran untuk pihak perempuan ada 7

Inilah tepak sirehnya. Ada rahsia dalam tepak sireh ni tau...

Suka sangat foto ini. Cuba kalau bekas cincin tu terbuka, lagi hidup gambarnya. Salma.. Salma.

Mak Cik Mas to-be. Hehe.

Intro oleh jurucakap daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Senyum je la...

Kejap! Ni cincin merisik ke, cincin bertunang? Huhu...

Alhamdulillah...

Dan yang berbaju merah itulah Lek Jemi. Duduk di sampingnya ialah Abah.

Di depan hantaran. 7 berbalas 9. Kaya...


Komentar saya: Prosesnya? Rumit! Acara pertunangan ni didahului dengan merisik, lepas tu bertunang. Sebab tu ada 2 cincin. Mama cakap, dulu Mama satu cincin je. Masa nikah tu jelah satu-satunya cincin Mama. Sebenarnya, tidaklah rumit sangat, tapi rasa macam tak betah duduk lama-lama mendengarkan celoteh jurucakap perempuan. Dah lah tu orang Johor. Sampaikan..

Opah: Tu orang Johor tu. (Macam nak sindir ana yang duduk Johor)
Saya: Otu bukan orang Johor, Otu orang KL.
Opah: (ketawa)

^____^

27 Oktober 2008, bakal berlangsung pernikahan antara duanya. Excited sungguh nak dapat mak cik baru! Hehe... entah atas dasar apa entah. Oh.. oh.

Apa yang ana dapat? Jujurnya, ana rasa agak leceh sikit untuk adakah pertunangan yang harinya berbeza dengan pernikahan. Teringat cara ustazah Muhaini & akh 'Umayr. Tunang & nikah on the same day. Tapi tak apa. Terserah pada siapa pun. Asalkan yang terbaik menjadi pilihan. (Cakap macam ana ni siapa saja...)

Dan lagi, ana rasakan yang adat tetap mengalir dalam derasnya waktu yang memburu.
Ana ingat lagi, masa nak bawa keluar bekas tepak sireh tu, bakal mertua Lek Jemi tahan ana. Dia cakap beras yang ada di dalam bekas tepak sireh itu mesti digant dengan gula. Lalu, kelopak mawar mesti ditabur di bahagian paling atas sebelum ditutup dengan penutup. Siapa suruh buat? Opah. Ana yang pegang tepak sireh tu, hanya mampu tersenyum.

Ye lah kan, siapa sajalah anak saudara Lek Jemi yang paling suka mengacaunya dengan penuh bahagia kalau bukan ana! Maaf ye, Lek. Hari bahagia mesti ceria-ceria! :D


Baiklah, itu sajalah catatan malam ini. Esok, insya Allah, kalau ada masa, ana update lagi.


Ilalliqa'! Aslim taslam.

6 ulasan:

p u l a s a r i berkata...

salam...

hehe...ok ana tergelak juga...ntah la...tergelak sebab prkara lain masa mnatapkan mata ana depan blog nti nih

exam fizik tadi alhamdulillah, tp...adus tertinggal skit soalan...otak jam masa tuh

esok exam french...francias..adus risau juga

ok...salam

nemO berkata...

ahah, teringat plak kks tahun lepas ;) boleh jd bhn sumber!

Qausuquzah berkata...

hehehe..


ana senyum jer!

syakirah al-hafizah berkata...

Assalamualaik,Otu.

Jazakillah khairan sebab 'tempek' gambar pertunangan Lek Jemi kat blog ni.Tunggu Lek Rina balik akhir tahun ni.Insya-Allah, panjang umur Lek ada masa kenduri Lek Jemi kat Sungai Nipah.Hehe..jangan banyak komen, silap hari bulan dapat orang yang keluarganya sangat beradat.Adat itu tidak salah andai bersendikan sunnah, dan tidak bercanggah dengan syara'.Tetapi memudahkan perkara baik itu lebih utama.Selamat bercuti. Salam rindu dari Lembah Nil.

mnajem berkata...

salam.. oh.. mengumpat ye...

"Dengan orang Ampang, Masniza namanya.
Comel sangat, kalau nak padan dengan Lek Jemi, hmm... Entahlah ye!"


-btw baru pi kursus kawin semalam. dah concentrate study,jgn nak sebuk OK :p

Qausuquzah berkata...

sorry.. hehe..

alamak, lek jemi dah terjumpa!

hahaha...
sowi..

Otu-chan takkan buat lagi..

hehe