Sabtu, Mei 10, 2008

Khabar Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kita masih memeluk nikmat Iman dan Islam. Satu kebahagiaan.

Oh ya, sekarang tingkatan 4 lagi imtihan pertengahan tahun. Imtihan Semester 1.

Alhamdulilah, setakat ni semuanya baik-baik saja jawapan dan kertas dan apa-apa yang berkaitan dengan imtihan. Moga terus-terusan menjadi yang terbaik buatku dan diredhai Allah. Insya Allah.

Pada 6 Mei 2008, ana yang menaiki bas Sabar 1, telah ditimpa kemalangan yang sangat memberi peringatan. Bas tergolek. Dekat Jalan Kempas di simpang menuju Taman Impian Emas. Alhamdulillah, semuanya selamat. Ana nasihatkan semua, jangan salahkan pak cik drebar bas. Syukur pada Allah, dia diberi ilham untuk selamatkan murid-murid dalam bas tu supaya selamat. Alhamdulillah.

Imtihan. Dari 8 Mei sampai 23 Mei 2008. Du'akan yang terbaik buat ana dan sahabat yang lain, ya!

Ma'at taufiq wan najah!

P.S 1: Blog mungkin tak akan dikemaskini sampai tamat imtihan. Maaf.
P.S 2: Di blog Batchsebelas, ada spekulasi timbul antara saya dan cik pulasari. Hebat! Entah siapa nazrul tu. Moga Allah hindarkan ana dan pulasari daripada sebarang fitnah duniawi. Moga nazrul itu pun diingatkan Allah agar tidak menuduh sembarangan.


Aiwah, cukup dulu di sini. Masih dalam mood imtihan. Mood nak berjaya. Mood difitnah. Na'uzubillahi min zalik. Mood mesti-bersabar-lagi-puisi-masih-tak-keluar-di-dewan-siswa :D

^____^ Ceria-ceria selalu!
'Alayna bitafawwuq ad-da'im! Moga kita cemerlang sentiasa!

Yang sedang memerah otak,
Qurrah :)

1 ulasan:

p u l a s a r i berkata...

salam 3laik...

hummm All the best, bonne chance...

- oh selamat dalam kemalangan, alhamdulillah

- bolg ana juga mungkin sukar untuk dikemaskini, oh kesibukan melampau

kepada nazrul: Salam, semua yang nta/nti katakan semuanya fitnah belaka, ingat azab Allah, lagi pedih dan menyeksakan. Jadi harap segalanya terang dan jelas tentang ana dan cik qausuquzah

salam...