Selasa, Mei 27, 2008

Mengenang dengan Yang Baru

Bismillahirrahmanirrahim.

Masya Allah :)
[Sangat suka hati bila berfikir tentang ciptaan al-Khaliq]

Bisakah hanya dengan senyuman semuanya tampak sempurna?
Bisakah hanya dengan redup mata semuanya tampak tiada yang cela?
Huh. Buta. Buta mata hati. Tertipu dan ditipu.

Sudahlah. Buang masa berharga.

al-wajibat aktharu min-al awqat.

---------------

Kira-kira sebulan yang lepas, masa pesta buku antarabangsa, ana dapat peluang dan mimpi ana jadi kenyataan bila dapat ketemu sasterawan negara (SN) A. Samad Said di gerai Wira Bukit.

Ada ambil gambar tapi, Abah letak kat mana entah. Tak ada daya pula nak mencari.

Alhamdulillah. Dapat ketemu. Dapat autografnya. Dapat berfota-fotoan. Hehe.


Petang tadi, dapat rahsia kemuliaan; Mesti rajin membaca al-Qur'an! Rajin mentadabbur dan memahamkan firman Allah dan sebab nuzulnya ayat. Ana mesti rajinkn diri!
Rahsia jati diri utuh, hati yang teguh!

Allah mengingatkan dalam al-Qur'an:
Patutkah mereka (bersikap demikian), tidak mahu memikirkan isi Al-Quran?
Kalaulah Al-Quran itu (datangnya) bukan dari sisi Allah,
nescaya mereka akan dapati perselisihan yang banyak di dalamnya.
[An-Nisaa': 82]

[Kadang-kadang entah kenapa al-Qur'an ditinggalkan dengan sengaja atau tidak sengaja. Menipu diri sendiri lagi. Apa yang kucinta? Rasa sedih... Serasa hamba terhina yang Allah tetap angkat maruahnya.. Segala puji bagi Allah...]

Aslim taslam.

Sekadar Ingatan


Bismillahirrahmanirrahim.


Mafhum firman Allah Ta'ala:

"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebaikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar."

[An-Nisaa': 40]


Rehlah Fillah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Oh ya, sekarang pukul 5.44 PM.

Akan ke Kelantan untuk 4 hari, insya Allah.

Niat di hati, rehlah fillah ma'a usrati al-mahbubah.

^____^

Aslim taslam.

P.S: Lega sudah bercat baru. Simple. Mumkin ba'da rehlah & jaulah ini, ana tambahlah bunga-bunga yang patut di ujana (maksudnya taman) ini. Uhibbukum fillah!
Salam sayang,
Qurrah

Isnin, Mei 26, 2008

Lek Jemi Bertunang!

Bismillahirrahmanirrahim.

Ehem, inilah agenda terulung selepas tamatnya imtihan pertengahan tahun.
Pertunangan Lek Jemi atau namanya Muhammad Najmi bin Ahmad Zabidi.
Bertunang dengan siapa? Dengan orang Ampang, Masniza namanya.
Comel sangat, kalau nak padan dengan Lek Jemi, hmm... Entahlah ye!
Khas untuk tatapan semua khususnya Lek Rina yang sekarang lagi di Mesir.


Hantaran untuk pihak perempuan ada 7

Inilah tepak sirehnya. Ada rahsia dalam tepak sireh ni tau...

Suka sangat foto ini. Cuba kalau bekas cincin tu terbuka, lagi hidup gambarnya. Salma.. Salma.

Mak Cik Mas to-be. Hehe.

Intro oleh jurucakap daripada pihak lelaki dan pihak perempuan. Senyum je la...

Kejap! Ni cincin merisik ke, cincin bertunang? Huhu...

Alhamdulillah...

Dan yang berbaju merah itulah Lek Jemi. Duduk di sampingnya ialah Abah.

Di depan hantaran. 7 berbalas 9. Kaya...


Komentar saya: Prosesnya? Rumit! Acara pertunangan ni didahului dengan merisik, lepas tu bertunang. Sebab tu ada 2 cincin. Mama cakap, dulu Mama satu cincin je. Masa nikah tu jelah satu-satunya cincin Mama. Sebenarnya, tidaklah rumit sangat, tapi rasa macam tak betah duduk lama-lama mendengarkan celoteh jurucakap perempuan. Dah lah tu orang Johor. Sampaikan..

Opah: Tu orang Johor tu. (Macam nak sindir ana yang duduk Johor)
Saya: Otu bukan orang Johor, Otu orang KL.
Opah: (ketawa)

^____^

27 Oktober 2008, bakal berlangsung pernikahan antara duanya. Excited sungguh nak dapat mak cik baru! Hehe... entah atas dasar apa entah. Oh.. oh.

Apa yang ana dapat? Jujurnya, ana rasa agak leceh sikit untuk adakah pertunangan yang harinya berbeza dengan pernikahan. Teringat cara ustazah Muhaini & akh 'Umayr. Tunang & nikah on the same day. Tapi tak apa. Terserah pada siapa pun. Asalkan yang terbaik menjadi pilihan. (Cakap macam ana ni siapa saja...)

Dan lagi, ana rasakan yang adat tetap mengalir dalam derasnya waktu yang memburu.
Ana ingat lagi, masa nak bawa keluar bekas tepak sireh tu, bakal mertua Lek Jemi tahan ana. Dia cakap beras yang ada di dalam bekas tepak sireh itu mesti digant dengan gula. Lalu, kelopak mawar mesti ditabur di bahagian paling atas sebelum ditutup dengan penutup. Siapa suruh buat? Opah. Ana yang pegang tepak sireh tu, hanya mampu tersenyum.

Ye lah kan, siapa sajalah anak saudara Lek Jemi yang paling suka mengacaunya dengan penuh bahagia kalau bukan ana! Maaf ye, Lek. Hari bahagia mesti ceria-ceria! :D


Baiklah, itu sajalah catatan malam ini. Esok, insya Allah, kalau ada masa, ana update lagi.


Ilalliqa'! Aslim taslam.

Jumaat, Mei 16, 2008

Eidul Mu'allimin!

Bismillahirrahmanirrahim.


Selamat Hari Guru ayyuha-l mu'allimin! ^____^

Hari guru yang indah. Walaupun tiada hadiah untuk dihadiahkan buat mu'allimin, tetapi mereka rasa bahagia sangat bila anak murid mereka mengingati mereka. Ana jumpa juga guru-guru ana.
Ada yang memberi kata-kata semangat (hehe.. Ustazah Kartini mewakili guru add maths ana), ada yang membekalkan du'a (Ustazah Fauziah: 12 A1... amiin!). Ada juga yang mulka bercahaya, berseri-seri sebab masih ada upaya mengingati jasa memdidik mereka (Ustazah Hamidah yang baik hati!). Ada yang mebalas ucapan "Selamat Hari Guru" dengan bekata: "Selamat Hari Murid!" (Ustazah Suzana tak pernah lekang dengan senyuman!)

Alhamdulilah... Du'a mereka yang sering bercahaya dan tak kunjung malap saban waktu.
Siapa yang mampu gantikan du'a para murobbi kita kan?

Eidul Mu'allimin!

Kini Aku Kernamu
Munsyid: Firdaus

Bertanya tentang segala hal yang aku buta
Kau bukakan cakrawala
Curahkan tulus ilmu membimbing langkahku
Menggapai tinggi bintang ku

Tidak pernah berhenti
Dengan sabar cuba buat ku mengerti
Tiada harga yang mampu mambalas jasa mu
Terima kasih ku

Kau abdikan dirimu 'tuk semua
Menerangi gelapnya dunia
Ikhlas hatimu bicara, kau lakukan demi cinta
Yang kan membawa mu ke syurga
Oh guru ku, di hati ku, doa ku untuk mu, selalu

Bersinarnya mata mu saat berjaya ku
Fahami segala maksud mu
Semagati ku berdiri bila sedih hati
Hingga ku tesenyum lagi


Aslim taslam! ^____^

P.S I: Oh, sayangnya! Buku nota yang ana tuliskan sajak untuk hari guru hilang pada pagi hari guru. Rasa macam nak menangis cari tapi belum ketemu jua. Nanti ya, insyaAllah, kalau ketemu.
P.S II: Imtihan masih berlangsung. Du'akan keberhasilan dan kecemerlangan ana dan rakan-rakan! Gambatte kudasai!

Sabtu, Mei 10, 2008

Khabar Untukmu

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah, syukur kepadaNya kita masih memeluk nikmat Iman dan Islam. Satu kebahagiaan.

Oh ya, sekarang tingkatan 4 lagi imtihan pertengahan tahun. Imtihan Semester 1.

Alhamdulilah, setakat ni semuanya baik-baik saja jawapan dan kertas dan apa-apa yang berkaitan dengan imtihan. Moga terus-terusan menjadi yang terbaik buatku dan diredhai Allah. Insya Allah.

Pada 6 Mei 2008, ana yang menaiki bas Sabar 1, telah ditimpa kemalangan yang sangat memberi peringatan. Bas tergolek. Dekat Jalan Kempas di simpang menuju Taman Impian Emas. Alhamdulillah, semuanya selamat. Ana nasihatkan semua, jangan salahkan pak cik drebar bas. Syukur pada Allah, dia diberi ilham untuk selamatkan murid-murid dalam bas tu supaya selamat. Alhamdulillah.

Imtihan. Dari 8 Mei sampai 23 Mei 2008. Du'akan yang terbaik buat ana dan sahabat yang lain, ya!

Ma'at taufiq wan najah!

P.S 1: Blog mungkin tak akan dikemaskini sampai tamat imtihan. Maaf.
P.S 2: Di blog Batchsebelas, ada spekulasi timbul antara saya dan cik pulasari. Hebat! Entah siapa nazrul tu. Moga Allah hindarkan ana dan pulasari daripada sebarang fitnah duniawi. Moga nazrul itu pun diingatkan Allah agar tidak menuduh sembarangan.


Aiwah, cukup dulu di sini. Masih dalam mood imtihan. Mood nak berjaya. Mood difitnah. Na'uzubillahi min zalik. Mood mesti-bersabar-lagi-puisi-masih-tak-keluar-di-dewan-siswa :D

^____^ Ceria-ceria selalu!
'Alayna bitafawwuq ad-da'im! Moga kita cemerlang sentiasa!

Yang sedang memerah otak,
Qurrah :)

Isnin, Mei 05, 2008

Teriaknya Sebuah Debar

Bismillahirrahmanirrahim.


Tik tak tik tak.

Pantasnya masa berlalu meninggalkanku. Bagai mimpi.

Imtihan! Imtihan! Imtihan!

Mulanya Khamis ini. Diawalkan mungkin sebab tingkatan 4 kertas-kertasnya lagi super! Hehe...

Oklah, debarannya kian memuncak. Sorakan emosi dalam sukma bertalu-talu.

Huuhhh~ (tarik nafas, lepas...)

Alhamdulillah, buletin Batchsbelas dah siap untuk ditampal dan mendapat tandatangan PK HEP. Tinggal fotokopi dan hias saja. Hias? ;)

Oh, rindu abah. Abah balik Sabtu nanti, insya Allah. Abah pergi Indonesia tak ajak kita kan?
Moga abah selamat dalam perjalanan dan selamat dalam perjalanan pulang. Fi amanillah.

Itu saja. Haza faqat.

Salam.

Ahad, Mei 04, 2008

Sedia


Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Baru usai kem tahfiz. Banyak buah pengajaran yang dapat ana petik bila semuanya ranum dalam ladang kehidupan.

Lagi seminggu nak imtihan.

Hal ana musta'iddah?

Saat inilah ana harus mentanbih diri ana sendiri. 

Bangkit Qurrah Bangkit!

Aslim taslam.

P.s: Du'akanlah ana dapat melunaskan janji ana sebelum imtihan.