Selasa, April 29, 2008

Mencoret-coret

Bismillahirrahmanirrahim.


Tadi petang, masa belajar Maths.

Tiba-tiba...

Amir batchsebelas mampir di kelas ana. Ana macam errr.... macam ada apa-apa je.

Kemudian amir kami tu cakap nanti ada rehlah. Ana macam tak minat sangat. Tapi, masih ada keinginan untuk menikmati rehlah juga dikenali sebagai rombongan mendekati alam ciptaan Ilahi. Kan?

Sekali, amir ni cakap...

"Insya Allah, kita juga akan adakan buletin. Insya Allah keluar Mei..."

Gulp.. Amir sendiri yang bagi peringatan ni. Terasa betapa...

...teruknya ana. Ana baru jumpa partner ana hari ni. Dia macam bagi motivasi jugaklah suruh ana siapkan buletin. Rabbi, yassir li amri.

'Ala aqal, dia lagi baik daripada zaman silam ana, kena kerja dengan banin. Oh, faham ke anda apa yang saya tulis ni?

Yang ana tahu, esok ana akan ikut serta kem tahfiz untuk 4 hari 3 malam. Bestnya!
Macam nilah rasanya setiap kali nak kem. Allahu a'lam. Bercinta dengan kalam Allah, tau.

Esok kena tasmi' juz 3 depan ustazah :) Rabbi yassir wa la tu'assir.

Ohh... Buletin... Kalau nak tahu, buletin ialah terbitan berkala bagi sesebuah organisasi.

^_______^

Aslim taslam!

Tiada ulasan: