Rabu, April 30, 2008

Kemuncak!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah-il lazi bini'matihi tatimmu-s solihat...

Huu... hari ini adalah kemuncak untuk bulan April. Peleraian sekali kot. Sebab hari ni dah mencecah 30 April 2008. Betul tak?

Wait!

30 April?

Bukan ke hari ni birthday kak Raihana?

Wahh, sanah helwah ya ukhti!

Oklah, memang kemuncak pun.

Hari ni birthday kak Raihana ex-naqibah ana.
Hari ni ada jamuan (& post mortem kot) untuk Choral Speakers SMIH :)
Hari ni ada post-mortem Pro AIR. Tidak. [Dah tekad tak nak pergi]
Hari ni bermulanya Kem Tahfiz untuk semester I. Paling dinantikan. Hehehe..


Saya bangun pukul 2 nak kemas barang untuk kem disebabkan ana tertidur awal. Biasa tidur pukul 12 lebih.

Oh ye, ana nak ajak antum, especially sahabat-sahabat ana untuk melukis lorong hidup anda macam yang ustaz Abdul Rahim dah ajarkan semalam.

Hehe. Ada ke ana jawab "cita-cita ana ada banyak" bila ustaz tanya apa cita-cita ana.

Yep, ana ada bayak cita-cita.

Ana nak jadi pensyarah bahasa atau veterinar haiwan liar yang sentiasa merasakan dekat dengan Allah bila dekat dengan ilmu. Mungkin juga ana akan menjadi sebahagian daripada redaksi penerbitan ilmiah. Ana ingin juga menjadi karyawan kreatif mewakili Islam dan tanah air. Yang paling utama, ana tetapkan matlamat, sebelum ana menghadapi saat-saat terakhir, ana harap waktu itu ana menjadi hamalatul qur'an. Pembawa al-Qur'an dalam hati sentiasa.

Aiwah, cukuplah dulu. Ana perlukan rehat. Jam sekarang pukul 3.29 AM.

Aslim taslam!

1 ulasan:

p u l a s a r i berkata...

salam 3laik

oh, itu ke cita2 nya, ana d sini msih mncari ape yg nk jadi bila dh besar nnt

humm...ana punya cite2 yg agk byk
mgkin mnjadi jrutera mslim yg prfsionnal...oh nk reka byk bnde, Ya Allah...best nyer, mnyumbg kpda pmbgnn org islm sdunia...hoho

aigooo...ok salam

ikhlas,
msih dgn imthan