Rabu, April 30, 2008

Kemuncak!

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah-il lazi bini'matihi tatimmu-s solihat...

Huu... hari ini adalah kemuncak untuk bulan April. Peleraian sekali kot. Sebab hari ni dah mencecah 30 April 2008. Betul tak?

Wait!

30 April?

Bukan ke hari ni birthday kak Raihana?

Wahh, sanah helwah ya ukhti!

Oklah, memang kemuncak pun.

Hari ni birthday kak Raihana ex-naqibah ana.
Hari ni ada jamuan (& post mortem kot) untuk Choral Speakers SMIH :)
Hari ni ada post-mortem Pro AIR. Tidak. [Dah tekad tak nak pergi]
Hari ni bermulanya Kem Tahfiz untuk semester I. Paling dinantikan. Hehehe..


Saya bangun pukul 2 nak kemas barang untuk kem disebabkan ana tertidur awal. Biasa tidur pukul 12 lebih.

Oh ye, ana nak ajak antum, especially sahabat-sahabat ana untuk melukis lorong hidup anda macam yang ustaz Abdul Rahim dah ajarkan semalam.

Hehe. Ada ke ana jawab "cita-cita ana ada banyak" bila ustaz tanya apa cita-cita ana.

Yep, ana ada bayak cita-cita.

Ana nak jadi pensyarah bahasa atau veterinar haiwan liar yang sentiasa merasakan dekat dengan Allah bila dekat dengan ilmu. Mungkin juga ana akan menjadi sebahagian daripada redaksi penerbitan ilmiah. Ana ingin juga menjadi karyawan kreatif mewakili Islam dan tanah air. Yang paling utama, ana tetapkan matlamat, sebelum ana menghadapi saat-saat terakhir, ana harap waktu itu ana menjadi hamalatul qur'an. Pembawa al-Qur'an dalam hati sentiasa.

Aiwah, cukuplah dulu. Ana perlukan rehat. Jam sekarang pukul 3.29 AM.

Aslim taslam!

Selasa, April 29, 2008

Mencoret-coret

Bismillahirrahmanirrahim.


Tadi petang, masa belajar Maths.

Tiba-tiba...

Amir batchsebelas mampir di kelas ana. Ana macam errr.... macam ada apa-apa je.

Kemudian amir kami tu cakap nanti ada rehlah. Ana macam tak minat sangat. Tapi, masih ada keinginan untuk menikmati rehlah juga dikenali sebagai rombongan mendekati alam ciptaan Ilahi. Kan?

Sekali, amir ni cakap...

"Insya Allah, kita juga akan adakan buletin. Insya Allah keluar Mei..."

Gulp.. Amir sendiri yang bagi peringatan ni. Terasa betapa...

...teruknya ana. Ana baru jumpa partner ana hari ni. Dia macam bagi motivasi jugaklah suruh ana siapkan buletin. Rabbi, yassir li amri.

'Ala aqal, dia lagi baik daripada zaman silam ana, kena kerja dengan banin. Oh, faham ke anda apa yang saya tulis ni?

Yang ana tahu, esok ana akan ikut serta kem tahfiz untuk 4 hari 3 malam. Bestnya!
Macam nilah rasanya setiap kali nak kem. Allahu a'lam. Bercinta dengan kalam Allah, tau.

Esok kena tasmi' juz 3 depan ustazah :) Rabbi yassir wa la tu'assir.

Ohh... Buletin... Kalau nak tahu, buletin ialah terbitan berkala bagi sesebuah organisasi.

^_______^

Aslim taslam!

Rabu, April 23, 2008

Sebuah Rasa

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari Sukan 2008. Sudah berlalu. Alhmdulillah 'ala kulli hal.

Keputusan secara keseluruhan:

Pertama: Salahuddin al-Ayubi (Merah)
Kedua: Salman al-Farisi (Hijau)
Ketiga: Jaa'far at-Thoyyari (Kuning)
Keempat: Abu Ayub al-Ansori (Biru)


Hmm, Hijau mendapat tempat kedua setelah tiga tahun berturut-turut menjadi juara.

Kecewa? Terlalu subjektif ana kira.

Sejujurnya, jiwa rasa redha. Memang terang lagikan bersuluh siapa akan menang.
Kami tak menyalahkan bilangan kami yang mungkin sengaja disikitkan, tapi bila tengok balik, semua ni kira satu nikmat penuh keajaiban.

Dan langsung, bila Hijau diumumkan tempat kedua, ana terfikir.

Badar 313.

Badar 313.

Badar 313.


Ada apa dengan Badar 313? Ingat tak bila peperangan pertama umat Islam iaitu perang Badar, bilangan umat Islam hanya 313 orang saja.

Tapi umat Islam tetap diberikan kekuatan oleh Allah untuk menumpaskan tentera musyrikin berjumlah 1000 orang. Subhanallah.

Ana kira seperti itu jugalah rumah Hijau, sedikit tapi mantop!
Ana yakin, Allah berkati usaha mereka yang tetap berusaha macam burung kecil di zaman nabi Ibrahim yang cuba memadamkan api yang menenggelamkan nabi Ibrahim dengan menggunakan paruhnya yang kecil untuk membawa air. Lihatlah kesungguhan burung itu. Walaupun dia tahu mustahil, tetapi dia tahu, dia ada usaha untuk menyelamatkan nabi Ibrahim itu. Subhanallah.


Oklah, ada satu lagi hal yang menyedihkan.

Ana tak dapat pun masuk larian tu. MEREKA tukar nama di saat-saat akhir.

T_T

Seperti yang telah ana dapat rasakan dengan intuisi ana semenjak malamnya lagi.

Perasaan? Lumrahnya apa bila manusia tidak mendapat apa yang diharapkan dan dijangkakan pasti? Alhamdulillah 'ala kulli hal.

"...dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa-peristiwa kemenangan atau kekalahan), Kami gilirkan dia antara sesama manusia, (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang tetap beriman (dan yang sebaliknya)..." [Ali Imran:140]

Ana dan Rufaidah terus berjanji untuk ikut serta acara larian WALAU APA PUN HALANGANNYA untuk hari sukan tahun depan. Hmm, kenapa tak untuk lontar peluru sekali kan? ;)

Alfu mabruk buat semua! Juga buat diri sendiri yang penat tengok orang lari dari pagi ke tengahari. Ana menyalurkan semangat untuk mereka, insya Allah! :)

Sekian.

Aslim taslam.

Lari!!!

Bismillahirrahmanirahim.



Hari ni nak sukan. Hari ni ada hari sukan sedunia untuk Sek. Men. Islam Hidayah yang sangat ana cintai.

Ana masuk acara larian, insya Allah, jika ttiada aral melintang sana sini.

Lari berapa meter?

Berapa???

Alaa.. bagitahu la.

100m eh?

Tak?

Oh, 4 X 100m eh?

4 X 200m??????

200m kan?

Ye ke? Barakallahu fiki, Qurrah. Moga dipermudahkan :)

P.s: Membayangkan kalau ada orang cakap macam tu kat ana.. Fuhh! Mesti bahagia dan takkan lupa orang tu punya. Hehe..

Sekian. Jumpa lagi nanti - petang.

Aslim taslam.

Isnin, April 21, 2008

Lamanyaaaa...

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Syukru lillah akhirnya dapat juga beramah mesra dengan komputer lagi, setelah sekian lama.

Ana tahu ramai yang dah malas nak buka lagi blog ni, dok tak berupdate je. Buat apa nak tengok kan? Sampai penuh dengan sesawang pelangi kat blog ini. Fuhh! Dah lah sekarang tengah tak sihat. Adeyh...

Ini adalah tulisan santai. So, marilah ikut ana putar kembali aka rewind apa yang terjadi dalam akhir Mac dan April.

30 MAC 2008

Ada Ihtifal. Not much. Ada penyampaian anugrah gemilang PMR iaitu untuk mereka yang dapat semua A dalam PMR 2007. Alhamdulillah, dapatlah juga membahagiakan diri sendiri dan orang lain juga. Dan ada persembahan Choral Speaking yang tak berapa jadi tapi menjadi juga.

5 APRIL 2008

Choral Speaking Competition at Melaka. Private Schools only! Hehe.
Alhamdulillah 'ala kulli hal. Paduan banat tingkatan 4 seramai 20 orang dan banin tingkatan 2 seramai 10 orang menyatukan suara (namanya pun Choral Speaking) dan tenaga. Walaupun tak menang apa-apa, rasa bahagia sangat. Allahu a'lam. Sangat teruja dengan persembahan sekolah lain la siyyama Kolej Yayasan Saad. They deserved it. They deserved to be the winner! Ana rasa banyak lagi yang perlu kami belajar untuk hantar wakil lagi tahun depan. Harap sangat tahun depan lebih baik dari tahun ini. Insya Allah.

Apa lagi yang important ya?

Oh ya!

18 APRIL 2008

Majlis penutup Pro-AIR. Allah sahajalah yang Maha Tahu kenapa ana bahagia sangat. Tak sanggup nak tunggu lama-lama. Tapi bagi ana masih belum berpenghujung dilema ana ini. Tak apa. Allah as-Sobur. Ana hamba Allah yang Maha Sabar. Ana juga harus berusaha jadi hamba yang bersabar. Kan? Kan?


Untuk pengetahuan sesiapa yang masih lagi membaca entri ini, ana sebenarnya rinduuu sangat nak guna komputer setelah sekian lama masalah ana dengan komputer asyik timbul saja.

Aiwah. Ana rasa takat tu saja dulu. Insya Allah, ada jodoh ada umur ada rezeki, ketemulah lagi ya kita.

Barakallahu fikum!

Aslim taslam.

P.s: Maaf sangat kalau entri ini pendek metah. Itulah saja yang terdaya buat masa yang tersedia. ^____^