Sabtu, Mac 15, 2008

Tak Puas!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dua hari lepas ana balik kampung. Perak dah bertukar kerajaan? Alamak, mana boleh sebut kat sini! Tak kisah... Perak lah negeri paling best! Sebab kat situ ada kampung-kampung ana yang truly kampung ;)


Best.
Kita kerat tebu guna parang.
Kita buang kulit dia.
Kita potong bagi ada ruas.
Kita gigit ruas dia sebab manis.
Kita makan dengan adik-adik.
Banyak sangat sampai tak habis.

Kita jolok mempelam.
Mempelam tinggi nun di atas.
Mempelam muda terjatuh sekali.
Kita jolok guna galah panjang sangat!

Kita keringkan ikan masin.
Ikan masin bau dia sedap.
Lalat suka ikan masin.

Rumah Opah ada banyak buku.
Kita baca novel 1515.
Novel cinta pertama kita dengan sastera.
Tak sempat nak habiskan.
Sedih.

Opah masak banyak lauk.
Semua lauk ikan.
Ikan masak cili api.
Ikan goreng.
Ikan sambal.
Ikan masin tak sempat nak makan.
Sedih lagi.

Kenapa balik kampung dua hari satu malam je?

Huhu..

Aslim taslam.

Tiada ulasan: