Selasa, Mac 11, 2008

Merasa dengan Nubari


Bismillahirrahmanirrahim.


Alfu mabruk! Ehem-ehem...

Ana rasa macam terawang-awang je masa cuti ni. Design laman ini pun dah bertukar seiring citarasa. Hehe.. Apa-apa pun, semalam ana 'ter'buat planning peribadi secara rambang untuk tahun ni. Apa dia? Rahsiyer :D



Macam tinggi sangat je cita-cita ana tu semua, tapi insyaAllah, kalau disertai usaha penuh iltizam dan doa yang mustammir, pasti akan berbuah cita-cita itu semua, kan?

Hmm, ana ingat lagi. Masa di blog lama, ana tak rasa segan-silu nak ceritakan cita-cita jangka pendek ana. Pengawas, KM? Hahah, kelakar sangat. Semua tu buat ana jadi terus memikirkan perihal diri yang memang penuh lompang khilaf dan kekurangan. Sampai kena rujuk-rujuk orang itu dan orang ini, barulah ana kembali 'pulih'. Lama tu, setahun...~

Tapi pengalaman seiring usia itulah yang mengajar kita menjadi manusia, kan?


Oklah, secara rambang daripada apa yang ana senarairambangkan [macam betul je bahasa ana ini :D] tahun ini planning ana menjurus kepada minat dan segala tanggungjawab ana. Hmm, kenal ana, tahulah minat ana.

Lagi satu, ana mengharap juga untuk dipilih dan terpilih sebagai ahli dalam kumpulan choral speaking SMIH. InsyaAllah, Allah akan tentukan yang terbaik dalam perancanganNya yang serba sempurna!

Sekarang hanya mampu berdoa sementara menanti natijah. Doakan ana berjaya ya! Hehe, ada gaya macam senior yang tengah tak boleh diam diam dan rasa dup dap dup dap tunggu natijah SPM 2007 keluar esok. Bittaufiq wan najah! ^____^


Oh ya! Sekarang ana tengah jakun sangat-sangat sebab semalam Abah belikan Dewan Sastera. Banyak tu ana nak kena ladeni. Tak terlarat rasanya nak telaah semuanya masa cuti ni.

Tapi tetap : Best best best! Alhamdulillah :)


Sebenarnya rasa macam banyak sangat benda nak dikongsikan, tapi tak tercurah pula. Entah kenapa entah. Huhu..

Salam manis daripada Qurrah dan aslim taslam!

1 ulasan:

p u l a s a r i berkata...

salam 3laik...

oh prnacangan ana msih dalam dilema...ana pun tk tahu apa mslahnya...

hummm...ada mslah dalam diri yg perlu dibuang supaya peranagn brlajan...oh diri masih tegar T_T

ikhlas,
ana yang msih dlam dilema