Rabu, Mac 26, 2008

Rindu!

Bismillahirrahmanirrahim.

Qalbu ingin berwirama indah tapi tak punya masa.
Qalbu dihimpit desakan kepentingan diri berlandaskan manusiawi.

Diri sendiri.
Cukuplah Allah sandaranku, penolongku dan pelindungku!
Hanya punya Dia - abadi.

Pelajaran.
Alhamdulillah. Insya Allah, okay.
Doakan saya boleh catch up Add Maths & Chemistry.

Emosi.
Insya Allah, diletakkan pada tempatnya.
Alhamdulillah, ok.

Choral Speaking.
Alhamdulillah, menarik. Sedang menimba ilmu baru.
Allah Maha Luas ilmuNya! Subhanallah...
Insya Allah, kami akan buat yang terbaik
demi Allah kerana Islam ad-deen tercinta!

Internet.
Sebulan off.
Jangan tanya kenapa.

Sekian, saya rindu blog ini! Saya rindu orang-orang yang selalu ziarah blog ni. Do'akan ana sukses dan istiqamah selalu dalam pekerjaan yang ana lakukan. Insya Allah...

Salam manis daripada Qurratu'Aini ;)

Aslim taslam~

Ahad, Mac 23, 2008

Kerana Ujian

Bismillahirrahmanirrahim.


Choral Speaking. Alhamdulillah. I'm a part of Choral Speaking Team. Hehe. It's been like in dream.

"Sungguh kerana ujian manira kini lebih mengerti segalanya...Alhamdulillah..."

aslim taslam! ;)

Selasa, Mac 18, 2008

Ku Berlari


Bismillahirrahmanirrahim.


Senryu: Ku Berlari

Tinggal yang lalu
tegarnya nubariku
terus berlari!

raehanis
180308


Emosi yang meluap-luap bak larva gunung berapi yang dikaji vulkanologis.
Sukarnya menahan amarahku umpama anjing ketemu sama seterunya.
Oh qalbu! Dengarkanlah bisik 'aqal yang jitu.

Subhanallah wa bihamdih. Subhanllah-il 'adzim.

Isnin, Mac 17, 2008

Untaian Kalimahnya

Bismillahirrahmanirrahim.

Untaian kalimah. Sejarah tercipta. Hmm...

Dia tanya:

"Nti sedih x dengan diri nti?"

Saya jawab:

"Rasa2nya?"

Dia balas:

"Taklah, nti kan kuat :)"

Saya:

"...." (dalam hati saya rasa... luar biasa)

Untaian kalimahku mati di dalam duniaku sendiri.

Terima kasih buat orang itu.

Huhu.. saya yang tidak kenal diri saya. Saya yang mesti teguh hati dalam kembara ini!

Ingat ini selalu kata-katanya ['_'] :"taklah, nti kan kuat :)"

Jkkk. Barakallahu fik ^____^

Aslim taslam.

Sabtu, Mac 15, 2008

Masih Terpunyakan!

Bismillahirrahmanirrahim.



Masih Terpunyakan!


Besar jemala amanah terpikul
dan tinggi sekali
langit hasrat ciptaan jua impianmu
tangan yang kecil
dunia yang besar

Kau tahu esok hanya mimpi
cahaya esok yang belum pasti
kakimu masih terangkat tinggi
berpijaklah pada realiti...

Hari ini kau masih terpunyakan!


Minni mukhlisah,
Raehanis
150308
Skudai

P.s: Berjuanglah sahabat-sahabatku sekalian!
Allah tak mungkin mensesiakan usaha kita! :)
Moga 'ibadah kita sentiasa dalam perkiraanNya.
InsyaAllah..

Tak Puas!

Bismillahirrahmanirrahim.

Dua hari lepas ana balik kampung. Perak dah bertukar kerajaan? Alamak, mana boleh sebut kat sini! Tak kisah... Perak lah negeri paling best! Sebab kat situ ada kampung-kampung ana yang truly kampung ;)


Best.
Kita kerat tebu guna parang.
Kita buang kulit dia.
Kita potong bagi ada ruas.
Kita gigit ruas dia sebab manis.
Kita makan dengan adik-adik.
Banyak sangat sampai tak habis.

Kita jolok mempelam.
Mempelam tinggi nun di atas.
Mempelam muda terjatuh sekali.
Kita jolok guna galah panjang sangat!

Kita keringkan ikan masin.
Ikan masin bau dia sedap.
Lalat suka ikan masin.

Rumah Opah ada banyak buku.
Kita baca novel 1515.
Novel cinta pertama kita dengan sastera.
Tak sempat nak habiskan.
Sedih.

Opah masak banyak lauk.
Semua lauk ikan.
Ikan masak cili api.
Ikan goreng.
Ikan sambal.
Ikan masin tak sempat nak makan.
Sedih lagi.

Kenapa balik kampung dua hari satu malam je?

Huhu..

Aslim taslam.

Selasa, Mac 11, 2008

Merasa dengan Nubari


Bismillahirrahmanirrahim.


Alfu mabruk! Ehem-ehem...

Ana rasa macam terawang-awang je masa cuti ni. Design laman ini pun dah bertukar seiring citarasa. Hehe.. Apa-apa pun, semalam ana 'ter'buat planning peribadi secara rambang untuk tahun ni. Apa dia? Rahsiyer :D



Macam tinggi sangat je cita-cita ana tu semua, tapi insyaAllah, kalau disertai usaha penuh iltizam dan doa yang mustammir, pasti akan berbuah cita-cita itu semua, kan?

Hmm, ana ingat lagi. Masa di blog lama, ana tak rasa segan-silu nak ceritakan cita-cita jangka pendek ana. Pengawas, KM? Hahah, kelakar sangat. Semua tu buat ana jadi terus memikirkan perihal diri yang memang penuh lompang khilaf dan kekurangan. Sampai kena rujuk-rujuk orang itu dan orang ini, barulah ana kembali 'pulih'. Lama tu, setahun...~

Tapi pengalaman seiring usia itulah yang mengajar kita menjadi manusia, kan?


Oklah, secara rambang daripada apa yang ana senarairambangkan [macam betul je bahasa ana ini :D] tahun ini planning ana menjurus kepada minat dan segala tanggungjawab ana. Hmm, kenal ana, tahulah minat ana.

Lagi satu, ana mengharap juga untuk dipilih dan terpilih sebagai ahli dalam kumpulan choral speaking SMIH. InsyaAllah, Allah akan tentukan yang terbaik dalam perancanganNya yang serba sempurna!

Sekarang hanya mampu berdoa sementara menanti natijah. Doakan ana berjaya ya! Hehe, ada gaya macam senior yang tengah tak boleh diam diam dan rasa dup dap dup dap tunggu natijah SPM 2007 keluar esok. Bittaufiq wan najah! ^____^


Oh ya! Sekarang ana tengah jakun sangat-sangat sebab semalam Abah belikan Dewan Sastera. Banyak tu ana nak kena ladeni. Tak terlarat rasanya nak telaah semuanya masa cuti ni.

Tapi tetap : Best best best! Alhamdulillah :)


Sebenarnya rasa macam banyak sangat benda nak dikongsikan, tapi tak tercurah pula. Entah kenapa entah. Huhu..

Salam manis daripada Qurrah dan aslim taslam!

Ahad, Mac 09, 2008

Taggie

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah. Siap juga tag yang Nadia suruh buat ni. Huhu. Ingatkan susah sangat nak buat, rupanya senang je. Ok, inilah natijah kepada tag itu.

Bear with me. It's kinda weird. Caddo? Hehe... Ana siapkan guna picnic yang ada dalam flickr.


The instruction - here's what you've gotta do:
1. The first title on the page is the name of your band.
2. The last four words on the last quote is the title of your album.
3. The third picture, no matter what it is, is you album cover.
4. Use any graphics program of your choice to throw these three things together and make it into an album cover. POST IT IN YOUR JOURNAL.


Klik pada link itu dan ambil apa yang dia minta. Macam instruction yang pertama, meminta kita ambil tajuk dari page yang kita klik itu sebagai nama band. (band lah sangat~).

Wa akhiran, ana nak tag orang-orang ini (buat ye!) :

* Rufaidah
* Najihah
* Safiah
* Alifah
* Pulasari

Hehe, tak faham tanya ana ya. Atau tanya Nadia :D


Aslim taslam.

Sabtu, Mac 08, 2008

Mengenang Bentar

Bismillahirrahmanirrahim...

Dan tika aksara
mula mencetus bicara
dan kalimah itu sufi
memikat hati diam murni

saat lontaran kata
tiada senandung berlagu
dan hati tetap mengerti
memahami insan
mahu pasti janji yang dipateri

telak dipandang
warna-warna hati
dan saat itu
makin difahami
garisah dicorak riang

dan di pundak hati
pasti diingat
firmanNya nan agung
ni'mat Tuhan yang mana lagi
telah kau dustakan?

kepada Dia didetakkan
sebanyaknya zikir syukur
dekat Dia di hati
kian dekat hati dengan Dia

segala puji bagiNya atas ar-Rahman dan ar-Rahim milikNya..

Raehan QA - 311207

Sangat suka puisi ini. Ana tahu apa yang bestnya pada puisi ini. Hehehe...
[ketawa seorang diri ;D]
Best best best.

Hmm, malam ni bahagia saja alhamdulillah. Sebab natijah P*U yang sedikit sebanyak membuahkan kesyukuran dari hati. Alhamdulillah! Allahu Akbar!

Banyakkan baca surah al-Fill kata dia sampai habis natijah diumumkan. Hmm...

Sungguh hidup itu bermakna hanya bila kita memaknakannya dengan segala makna yang kita maknakan :)

Aslim taslam.

Jumaat, Mac 07, 2008

Haiku!

Bismillahirrahmanirrahim.

Nampak berkotak
Geram rasa nak tendang
Bulan tersenyum

(Haiku sempena sayembara pilihanraya esastera.com berjudul "Geram" oleh Raehan Intisor)

Perkenalkan, inilah contoh HAIKU!

Nanti ana perkenalkan lagi! :D

Aslim taslam.

Khamis, Mac 06, 2008

Usbu' Sa'ied!


Bismillahirrahmanirrahim.


Alhamdulillah. Minggu ini minggu yang amat bahagia! Seronok lagi tu!
Sa'ied wa mumti' jiddan! Hehe..

Isnin
: Ada apa ya? Oh ya, banat kecoh-kecoh sebab ada malam al-Qassam. Ana ingat nak pergi, tapi selepas memikirkan kerasionalan tahap tertinggi yang dapat dicapai, ana memutuskan untuk tidak pergi. Hehe...


Selasa: Hari ni best juga sebab ada perhimpunan rasmi kemudiannya pakai baju rasmi yang super-'best' itu! Kemudiannya, perhimpunan rasmi dipenuhi dengan acara perasmian Pro-AIR atau Program Akhlak Insan Rabbani dengan tema: CTRL nafs + SHIFT khuluq + DEL mazmumah. Sangat suka akan temanya. Hai, raehan intisor, raehan intisor... Uhuk3 ;) Dan World Maths Day mathletics bermula pada hari inilah! 7 malam 4 Mac 2008. Semangat, semangat!

Rabu: Ada latihan sukan yang paling ana suka selain lontar peluru - LARI! Haha.. Masa lari inilah ada hadithah yang sangat best bagi ana dan Maryam juga Fatimah. Sebab apa? Sebabnya, kami kena lari, dan dilepaskan serentak. Tapi, masa lari kami sebelah-sebelah je, sebab sama laju! Hehe.. Sampaikan senpai form 5 pun marah-marah kami sebab ingatkan kami main-main masa lari. Sebabnya masa lari, Maryam ada curi2 line ana dan Fatimah. So, kami pun hon-hon dia lah. Hehe...

Alhamdulillah,
tetap semangat,
pantang menyerah,
Allahu Akbar!

InsyaAllah, ana mahu sertakan diri dalam acara balapan pada Sukan Tahunan SMIH tahun ni. InsyaAllah... Bersama Maryam dan juga Fatimah! :D

Khamis: Dapat markah bahasa arab tinggi yang kecewa sikit saja. Qolil faqat. Alhamdulillah, tetap 1A :D
Kemudiannya ada sambungan untuk audition choral speaking yang hari sebelumnya. Kali ini, mesti disertakan denan gaya sesuai dengan perkara yang dilontarkan dari mulut. Ehem2! Sangat seronok! Dan hari Khamis iaitu hari inilah tamatnya W.M.D mathletics pada pukul 7 malam tadi. Doakan ana bisa memperoleh yang terbaik di sisNya, ya!

Kemudiannya, baru bentar tadi dapat bersembang sacara maya dengan 'Izzati. Musytaqah laki kathir2! Huhu..

Oh, rupanya hari ni hari Khamis. Esok sayabda'u yaumu-l 'utlah al-madrasiyyah! Qi anfusakum! Jaga diri elok2 ya~ Jangan lupa amanah dan tanggungjawabmu!!!


Aslim taslam. ^____^

Rabu, Mac 05, 2008

Masyghulah!

Bismillahirrahmanirrahim.

Minggu ini minggu yang sungguh sibuk.
Waktu serba segah. Hehe...
Hari ini belajar Biology - sangat menyeronokkan!
Belajar tentang tranportation of molecules - passive / active.

Ehem2.. Dan minggu ini juga pelajar SMI Hidayah JB sangat sibuk dan kecoh dengan World Maths Day Mathletics! Ana antara salah seorang peserta W.M.D ini. Sangat best! Mahu tahu lebih lanjut? Klik sini.

Kemudiannya, hari ini ana pergi ke audition untuk pemilihan ahli Choral Speaking SM Islam Hidayah JB. Untuk peringkat sekolah dan kebangsaan, kalau tak silap analah. Hmm.. doakan ana berjaya melepasi audition atau ujibakat ini ya?

Ana mumtazah! amiin! ;)

Sekian, hanya mahu singgah. Rindu mahu doddle di sini. Ehehe..

aslim taslam.

Ahad, Mac 02, 2008

Kuih


Bismillahirrahmanirrahim.


Mungkinkah?

  • Sangat seronok didampingi,
  • Banyak berahsia
  • Agak pendiam kecuali diransang.
  • Ada harga dan maruah diri,
  • Tak suka menyusahkan orang lain tapi marah apabila disusahkan
  • Mudah dipujuk dan bercakap terus-terang
  • Sangat menjaga hati orang lain,
  • Sangat peramah hanya dgn org yg dikenali
  • Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya,
  • Berjiwa sentimental,mudah memaafkan tapi sukar melupakan,
  • tidak suka benda remeh-temeh,
  • bimbing cara fizikal dan mental,
  • sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang,
  • tinggi daya simpati,
  • pemerhatian yg tajam,
  • suka menilai orang lain dengan pemerhatian,
  • mudah dan rajin belajar,
  • suka muhasabah diri,
  • suka megenangkan peristiwa atau kawan lama,
  • suka mendiamkan diri,
  • suka duduk di rumah,
  • suka tunggu kawan tapi tak cari kawan,
  • tak agresif kecuali terpaksa,
  • lemah dari segi kesihatan perut,
  • minta disayangi,
  • mudah terluka hati dan lambat pulih
  • terlalu mengambil berat,
  • rajin dalam membuat kerja
Mungkinkah? Hmm... Ada yang ana iyakan, ada juga yang ditidakkan. Kenalilah sahabat-sahabatmu ya!

-------

Kredit gambar Puteri Mandi untuk puan haryati. Tenkiu.

Hua.. kuih puteri mandi yang manis [uiks, nanti Hanan marah le makan manis2! Heheh..] Ana rasa kuih ni susah sikit nak jumpa. Susah sikit ke susah banyak? Entah la, tapi bila makan kuih ni, teringat kuih akok. Dua-duanya kuih dari Kelantan. Huhu..

Ana laparlah. Menyesal tak ikut Abah, Mama, Shifa' & Salma ke Melaka. Patutnya boleh pergi kedai DBP sekali. Situ senanglah nak cari buku dan majalah terbitan DBP. Hua...

Akhirulkalam, sobahul khair dan selamat pagi!

Ceria-ceria selalu!
[Pinjam kata2 akh reza. hehe..]

Aslim taslam.

Semua


Bismillahirrahmanirrahim.



Ini semua gambar ana jadikan collage dengan menggunakan Picasa 2 :D
Untuk gambar yang lebih jelas, silalah klik gambar di atas itu. Akan jadi lebih besar!

Hmm.. Kalau video, silalah minta pada ana. Sebagai langkah keselamatan supaya tiada pengeksploitasian berlaku. Hehe...

Ehem2!

Aslim taslam~

Sabtu, Mac 01, 2008

Reunion KP Ustazah Wan

R . . . . . N di [^^] [*]


bismillahirrahmanirrahim..

Siapa sangka. tak siapa pun menyangka. Kita rasa macam takde gunanya kita dipisahkan, tapi kita dipisahkan demi kebaikan, insyaAllah.

Tak nak tukar apa-apa pun sebenarnya.

Kami rasa terkejut, sedih sampai rasa nak menitis air mata kami. Tapi inikan demi kebaikan semua.

Rindu ummi Wan, rindu KP.

Dan masa berlalu pergi dan terus tinggalkan jejak rindu dalam hati.

Tabtasim 'indama tabki.

Senyumlah tika kau menangis. Semua ini pasti ada hikmahnya.

Betul tak?

Inilah kehidupan... Kita kian maju menerusinya! Hidup mesti ada semangat!

Allahu akbar!


Aslim taslam! Islam Taslim! :)