Jumaat, Februari 29, 2008

Sini

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bini'matihi-l lazi tatimmu-s solihat.
Ini seharusnya diucapkan bila terjadinya sesuatu yang kita senang hati.
Kalau yang kurang kita senangi, mudah saja.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kepada Allah dikembalikan setiap sesuatu itu.

MDP a.k.a usrah hari ini sangat ana nantikan. Tafsir hari ini keren amet!

Surah al-'Adiyat.

Tentang sumpahan Allah dengan kuda kencang yang menyerang tika waktu subuh dengan hentak kakinya yang berladam mengeluarkan percikan-percikan api dikaitkan dengan hati manusia yang kosong, huru-hara tiada indahnya lantaran menolak kuasaNya dan menumbuhkan keangkuhan dalam hati. Hati manusia menjadi sangat angkuh dan menjadi terlalu cintakan harta. Segalanya pasti kan terdedah dan terbongkar jua pada hari itu. Allah al-Khabir. Allah Maha Mengetahui dalam sedalam-dalam hatimu yang terkecil, dipanggil sonubari.

Bila kaitkan dengan surah ini, ana teringat ayat 16 surah Qaaf yang dulunya, ada lah seorang hamba Allah ni selalu ingatkan ana mengenainya. Berkisar tentang Allah al-Khabir.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

And certainly We created man,

and We know what his mind suggests to him,
and We are nearer to him than his life-vein.
[50:16]


Hari tu ana ada dengar ceramah ustaz Zahazan dalam IKIM.fm sebelum pergi sekolah. Ana suka sangat kisahnya dan tak jemu pun bila ustaz Zahazan cerita balik. Sangat berhikmah. Cerita tentang seorang 'ulama yang juga seorang guru mengisahkan betapa dia amat menyayangi seorang daripada ramai-ramai muridnya kerana sesuatu sebab.

Murid-murid si guru itu berasa sangat cemburu dan rasa curious kenapalah tok guru mereka ni sayang sangat pada budak lelaki yang satu itu.

Satu hari, guru mereka ingin membuktikan kerana apa dia begitu sayangkan budak lelaki yang satu itu. Tok guru memberikan burung [eh, betul kan? seingat analah] dan pisau kepada setiap muridnya.

Kemudian tok guru itu berkata:
"Bawalah burung itu dan sembelihlah ia di tempat tiada siapa pun yang melihatmu"

Murid-muridnya semua teruja nak sembelih burung yang mereka ada di tempat yang tiada siapa nampak. Tetapi, murid kesayangan guru itu tadi langsung tidak berganjak pergi. Yang lain semua dah pergi ke destinasi masing-masing. Sampailah kawan-kawannya semua dah kembali dia masih tidak berganjak.

Kawan-kawan si budak lelaki ini hairan metah.

"Kenapa awak tak pergi sembelih burung awak?"

Lalu menjawablah budak lelaki itu,

"Bagaimana mungkin saya dapat menyembelih burung ini sedangkan Allah melihat saya setiap masa. Tiada suatu tempat pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya"

Setelah budak lelaki berbicara sedemikian, barulah kawan-kawannya yang lain faham kenapa guru mereka itu sangatlah menyayangi kawan mereka yang satu itu.

Allah al-Khabir. Subhanallah.

[dialog mungkin tidaklah setepat yang ditulis]

------

Esok ana akan ikut R.E.U.N.I.O.N Keluarga Penyayang Ustazah Wan Noraini 2005-2007. Sadis sangat bila tahu kami akan berpecah-pecah. Terpisah setelah rasa ikatan antara kami memang rapat sangat macam adik-beradik. Ustazah Wan digelarkan Ummi Wan. Sangat rindu. Ana akan dicampakkan dalam KP Ustazah Nurul Huda bersama dengn Hani kalau tak silap. Bayangkanlah, kami sekeras-kerasnya membantah tak mahu dipisahkan. Walakin, Allah Maha Tahu yang terbaik. Ustazah Wan jadi PK HEM. Dah tak dapat pegang kami lagi.

Kalau tukar ustazah tak apalah juga tapi ni tidak. Kami berpisah.

Aaeshah, Aishah Alia, Alifah, Fathimah, Hanan, Hanani, Nidaa' Ul-Hani, Hazirah, Maziah, Sakinah, Afiqah, 'Iffah [dah pindah sekolah], Aisyah, Maryam Rufaidah, Qurrah, Maziah.

Sedih.

And that He it is Who makes (men) laugh and makes (them) weep [53:43]

Esoklah reunion kami. Di suatu tampat yang tak begitu asing lagi bagi ana. Sebabnya banyak kali fakulti abah buat Family Day kat situ. Hehe.

Tabtasim 'indama tabki!
Senyumlah di kala kau menangis!

Semuanya bermula di sini...

aslim taslam~

Tiada ulasan: