Selasa, Februari 12, 2008

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah. Kembali jua ana akhirnya. Setelah penantian 14 hari yang serasa tak berkesudahan. Allah kan ar-Rahman ar-Rahim. Nak suruh ana belajar sabar ni sebenarnya. Tahu jelah kan, ana ni kurang penyabar orangnya. Allah tarbiyah tanpa ana sedar. ^____^ Allah as-Sobur mahu didik hambaNya jadi manusia yang sabar.

Banyak yang telah berlaku sejak hari lahir ana 21 Muharam itu. Sangat banyak.

Ada majlis syura pengawas peprpustakaan pertama untuk tahun 2008. Penat buat memo. Ada yang tak datang tapi ana redha jelah.

Ada Kursus Kepimpinan Organisasi SMIH 2008. SU PerBayu ini menurut titah sekolah. Huhuu..
[ teringat game Pulau Impian, modul istimewa Ustaz Shahrudin! ;) ]

Ada kelab sukan & permainan. Kelab sukan saya ialah ar-Rimayah! Memanah tuuu~ Alhamdulillah. Ana baru. So, hanya melhat dan mentafsir.

Ada perpisahan maya. 'Izzati ke InterSaBer. Ya laki min najihah wa mumtazah, ya wardah!

Ada majlis perpisahan dengan Nur Amirah. Sangat sedih! Dia kawan sekelas, seusrah, sebas, sebatch, sesekolah, se... apa lagi? Ana sangat sedih dan pasrah dengan pemergiannya dari SMIH. Moga langkahmu mujahidah gemilang, ukhtiy!

Ada peristiwa yang merobek sukma dan mencalar hati kecil ana. Sedang dalam proses memberikan syifa' buat hati ini. Ana perlukan sedikit masa. Allah al-Khobir.. PengetahuanNya meliputi hingga ke dasar-dasarnya segala sesuatu.

Akhirulkalam...

Ana sangat rindu blog ini dan siapa saja yang bertanyakan khabarku di cbox itu. Sangat sweet.

Sangat tercalar tapi mahu mengubatinya.

Ikrimah r.a ada berkata :
Setiap orang ada suka dan duka. Tetapi suka itu adalah
kesyukuran dan duka itu adalah kesabaran.

Dapat itu setelah membaca Fi Zilalil Qur'an sebantar di maktabah, membelek surah al-Hadid.

Alhamduliullah bini'matihi tatimmus solihat...

Sekian sahaja. Pos blog yang pendek untuk penantian jangka masa panjang. Adil tak? Hehe :D


Aslim taslam! ^_____^

P.s: Sedang menanti surat kQ Wani. Sedang merujuk surah al-hadid : 22 - 23. Sedang memikirkan kejadian yang lalu.

Tiada ulasan: