Jumaat, Februari 29, 2008

Sini

Bismillahirrahmanirrahim.

Alhamdulillah bini'matihi-l lazi tatimmu-s solihat.
Ini seharusnya diucapkan bila terjadinya sesuatu yang kita senang hati.
Kalau yang kurang kita senangi, mudah saja.
Alhamdulillah 'ala kulli hal.

Kepada Allah dikembalikan setiap sesuatu itu.

MDP a.k.a usrah hari ini sangat ana nantikan. Tafsir hari ini keren amet!

Surah al-'Adiyat.

Tentang sumpahan Allah dengan kuda kencang yang menyerang tika waktu subuh dengan hentak kakinya yang berladam mengeluarkan percikan-percikan api dikaitkan dengan hati manusia yang kosong, huru-hara tiada indahnya lantaran menolak kuasaNya dan menumbuhkan keangkuhan dalam hati. Hati manusia menjadi sangat angkuh dan menjadi terlalu cintakan harta. Segalanya pasti kan terdedah dan terbongkar jua pada hari itu. Allah al-Khabir. Allah Maha Mengetahui dalam sedalam-dalam hatimu yang terkecil, dipanggil sonubari.

Bila kaitkan dengan surah ini, ana teringat ayat 16 surah Qaaf yang dulunya, ada lah seorang hamba Allah ni selalu ingatkan ana mengenainya. Berkisar tentang Allah al-Khabir.

وَلَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنسَانَ وَنَعْلَمُ مَا تُوَسْوِسُ بِهِ نَفْسُهُ وَنَحْنُ أَقْرَبُ إِلَيْهِ مِنْ حَبْلِ الْوَرِيدِ

And certainly We created man,

and We know what his mind suggests to him,
and We are nearer to him than his life-vein.
[50:16]


Hari tu ana ada dengar ceramah ustaz Zahazan dalam IKIM.fm sebelum pergi sekolah. Ana suka sangat kisahnya dan tak jemu pun bila ustaz Zahazan cerita balik. Sangat berhikmah. Cerita tentang seorang 'ulama yang juga seorang guru mengisahkan betapa dia amat menyayangi seorang daripada ramai-ramai muridnya kerana sesuatu sebab.

Murid-murid si guru itu berasa sangat cemburu dan rasa curious kenapalah tok guru mereka ni sayang sangat pada budak lelaki yang satu itu.

Satu hari, guru mereka ingin membuktikan kerana apa dia begitu sayangkan budak lelaki yang satu itu. Tok guru memberikan burung [eh, betul kan? seingat analah] dan pisau kepada setiap muridnya.

Kemudian tok guru itu berkata:
"Bawalah burung itu dan sembelihlah ia di tempat tiada siapa pun yang melihatmu"

Murid-muridnya semua teruja nak sembelih burung yang mereka ada di tempat yang tiada siapa nampak. Tetapi, murid kesayangan guru itu tadi langsung tidak berganjak pergi. Yang lain semua dah pergi ke destinasi masing-masing. Sampailah kawan-kawannya semua dah kembali dia masih tidak berganjak.

Kawan-kawan si budak lelaki ini hairan metah.

"Kenapa awak tak pergi sembelih burung awak?"

Lalu menjawablah budak lelaki itu,

"Bagaimana mungkin saya dapat menyembelih burung ini sedangkan Allah melihat saya setiap masa. Tiada suatu tempat pun yang tersembunyi dari pengetahuanNya"

Setelah budak lelaki berbicara sedemikian, barulah kawan-kawannya yang lain faham kenapa guru mereka itu sangatlah menyayangi kawan mereka yang satu itu.

Allah al-Khabir. Subhanallah.

[dialog mungkin tidaklah setepat yang ditulis]

------

Esok ana akan ikut R.E.U.N.I.O.N Keluarga Penyayang Ustazah Wan Noraini 2005-2007. Sadis sangat bila tahu kami akan berpecah-pecah. Terpisah setelah rasa ikatan antara kami memang rapat sangat macam adik-beradik. Ustazah Wan digelarkan Ummi Wan. Sangat rindu. Ana akan dicampakkan dalam KP Ustazah Nurul Huda bersama dengn Hani kalau tak silap. Bayangkanlah, kami sekeras-kerasnya membantah tak mahu dipisahkan. Walakin, Allah Maha Tahu yang terbaik. Ustazah Wan jadi PK HEM. Dah tak dapat pegang kami lagi.

Kalau tukar ustazah tak apalah juga tapi ni tidak. Kami berpisah.

Aaeshah, Aishah Alia, Alifah, Fathimah, Hanan, Hanani, Nidaa' Ul-Hani, Hazirah, Maziah, Sakinah, Afiqah, 'Iffah [dah pindah sekolah], Aisyah, Maryam Rufaidah, Qurrah, Maziah.

Sedih.

And that He it is Who makes (men) laugh and makes (them) weep [53:43]

Esoklah reunion kami. Di suatu tampat yang tak begitu asing lagi bagi ana. Sebabnya banyak kali fakulti abah buat Family Day kat situ. Hehe.

Tabtasim 'indama tabki!
Senyumlah di kala kau menangis!

Semuanya bermula di sini...

aslim taslam~

Khamis, Februari 28, 2008

Bebelan

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah, siap juga kerja-kerja ana! :D

hehe.. ana ada blog rahsia.... rahsia tapi boleh dicari dibaca.

ana tak beritahu kat mana.

ana cakap, memang ana tabiklah siapa yang jumpa blog ana tuh.

blog ni mcam sunyi2.

analah yang sunyikan.

blog yang tu kan, lagi selalu ana update.

hua... PEKA chem.

oh, x sabar nak esok- ada MDP!

moh ler kite bersiap skarang ye!

aslim taslam!

Dihambat Waqt!

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini hari yang bitter-sweet [sorta]...
Latihan sukan. Ada larian.
Saya tak tahu sama ada saya yang kecewakan diri sendiri atau tidak. Hmm...

C'mon Hijau you can do it
More than more than you can do it.

S.A.F
Nahnu jundullah soffan soffa!

Lepas tu bertugas bentar di maktabah. Menyapu. Ana, Safiah dan Maryam je yang bertugas.

BAT tak dapat natijah lagi. Tragis sikit bila tahu sebabnya.

Natijah add maths tak tahu nak cakap pada siapa. Ana cakap pada cik Penguin sebelah ana.
Dia dapat 92.

Bayangkanlah.. 92. lagi sikit je dia nak dapat 100.

Ana.. lagi sikit je nak dapat....... 'Ala kulli hal, alhamdulillah. Allah tahu apa yang terbaik buat hambaNya.

Ana pergi musolla. Inilah masanya. Rindu sangat. Dahlah tak terkejar waktu nak solat dhuha.

Ana jumpa seorang ukht. Dibingkiskannya serangkap madah buat ana. Jazakillah, ukhti-l mahbubah!~

"Moga nti tabah & kuat. InsyaAllah, ana doakan nti"

Rawan rindu ana.

Kamu tahu, saya ada komitmen lagi ni. Sebab tu tulisnya sedikit amat. [Eh, ye ke?]

Aslim taslam! :)

Ahad, Februari 24, 2008

Keindahan BersamaMu

Bismillahirrahmanirrahim..

Ehem2... Tengahari tadi tamatlah sudah program Keindahan BersamaMu SRIH khusus untuk murid2 darjah 6. Sweet~

Ramai kakak2 R2J2 jadi fasilitator. Hehe.. Tanpa disangka-sangka, jumpalah saya Kak Nadhirah.

-----

Saya: Hehe..
Kak Nad: [pelik kejap] Eh, kejap! Nti... Qurratu'Aini kan?
Saya: Hehe.. [senyum je memanjang]
Kak Nad: Tingginya nti! [macam sangat teruja]
Saya: Hehe.. Takdelah..
Kak Nad: Nti sedar tak nti tinggi? Ke biasa-biasa je?
Saya: Entah, biasa je. [senyum lagi]
Kak Nad: Ke nti rasa ana yang rendah? [macam bergurau. ehhe..]
Saya: Eh, mana ada! [gelak kecil.. ]
Kak Nad: Nti tahu tak.. [Kak Nadhirah cerita balik macam mana dia boleh tersilapkan Amnah itu ana.. Ana pun dengar dengan kesetiaan]
Saya: Hehe..
Kak Nad: Oklah. Akak nak balik dulu. [macam tergesa-gesa, tapi tak sangat]
Saya: Ok. Assalamu'alaikum.
Kak Nad: [toleh kejap, senyum] Wa'alaikumussalam.


-----

Tak sangka! Jumpa Kak Nad. Yelah, saya ni siapa sajalah kan. Bukannya orang kRj. Mumkin kalau najihah ke, fathimah ke, selalulah jumpa akhowat macam nih. Alhamdulillah.


Ana baca buku KBM adik ana, Shifa'. Macam2 dia conteng. Sangat sweet bila Shifa' ni dia lukis kartun sebuah family. Ada abah, mama, 4 orang adik beradik, 3 perempuan, 1 lelaki. Hehee.. Hampir setiap ruang untuk menulis dia lukiskan kartun. Apa-apa sajalah ;D


Ukhti *Shifa' Ul-Laila.. Ma'akiLlah..

*Itu nama yang saya sangat suka sekali letak pada dia. ^____^

aslim taslam.

Jumaat, Februari 22, 2008

Imtihanku

Bismillahirrahmanirrahim.

Intahal imtihan. Sangat bahagia dengan warqah al-akhirah. Sejarah.

Alhamdulillah-il lazi bini'matihi tatimmu-s solihat...

Chemistry ana dapat.. ehem2.. ;)


Imtihan kali ini mumti'ah jiddan! alhmdulillah..

minggu depan dah start musim sukan! hehe..

unggul SMIH!

doakanlah ya ana harap sangat boleh sertai acara yang betul2 acara sukan dalam sukan tahun ni. insyaAllah..

aslim taslam! :)

Rabu, Februari 13, 2008

Jadi Saya

Bismillahirahmanirrahim...


Dalam masa tak sampai 24 jam, ana pos baru lagi. Hehe..

Hari ini ana dan kelas ana, tingkatan 4 Imtithal melaksanakan satu eksperimen hebat!

Napathelene yang cair. Berbau seperti ubat gegat. Keras menjadi seperti lilin. Melekat pada termometer pulak tu! Tapi rasa sangat best pula Chemistry hari ni. Tak ada kira-kira nombor... Heehee.. [tak dapat bayangkan kalau jadi pelajar sains ikhtisas yang banyak bergelit dengan ekonomi. huu!~]

Selingan al-yaum.




What Your Handwriting Says About You



You are a fairly energetic person. You know how do pace yourself, and you deal well with stress.



You are reserved and not very outgoing. You are deeply thoughtful and introspective. You have a lot of control over your actions and emotions.



You are balanced and grounded. You know how to get along well with others.



You need a bit of space in your life, but you're not a recluse. You expect people to give you a small amount of privacy, and you respect their privacy as well.



You are somewhat traditional, but you are also open to change. You listen to your head and your heart.



You are a decent communicator. You eventually get your point across, but sometimes you leave things a bit ambiguous.




Esok ana balik lambat. Tugasan Add Maths masih dalam proses. Karangan BM mesti hantar hari Jumaat. Biology siapkan worksheet itu. Chemistry siapkan report.

Siapa kata tingkatan 4 tahun ber'honeymoon' eh?

Dah, dah! Minggu depan ada imtihan syahriy.. Hal ana muta'iddah? Hal antum must'iddun? Oh, Qurrah.. ana mutamakkinah!~ InsyaAllah. Ehem2, minggu depannya lagi.. *hehehe*

Aslim taslam..
^______^

Selasa, Februari 12, 2008

Kembali

Bismillahirrahmanirrahim...


Alhamdulillah. Kembali jua ana akhirnya. Setelah penantian 14 hari yang serasa tak berkesudahan. Allah kan ar-Rahman ar-Rahim. Nak suruh ana belajar sabar ni sebenarnya. Tahu jelah kan, ana ni kurang penyabar orangnya. Allah tarbiyah tanpa ana sedar. ^____^ Allah as-Sobur mahu didik hambaNya jadi manusia yang sabar.

Banyak yang telah berlaku sejak hari lahir ana 21 Muharam itu. Sangat banyak.

Ada majlis syura pengawas peprpustakaan pertama untuk tahun 2008. Penat buat memo. Ada yang tak datang tapi ana redha jelah.

Ada Kursus Kepimpinan Organisasi SMIH 2008. SU PerBayu ini menurut titah sekolah. Huhuu..
[ teringat game Pulau Impian, modul istimewa Ustaz Shahrudin! ;) ]

Ada kelab sukan & permainan. Kelab sukan saya ialah ar-Rimayah! Memanah tuuu~ Alhamdulillah. Ana baru. So, hanya melhat dan mentafsir.

Ada perpisahan maya. 'Izzati ke InterSaBer. Ya laki min najihah wa mumtazah, ya wardah!

Ada majlis perpisahan dengan Nur Amirah. Sangat sedih! Dia kawan sekelas, seusrah, sebas, sebatch, sesekolah, se... apa lagi? Ana sangat sedih dan pasrah dengan pemergiannya dari SMIH. Moga langkahmu mujahidah gemilang, ukhtiy!

Ada peristiwa yang merobek sukma dan mencalar hati kecil ana. Sedang dalam proses memberikan syifa' buat hati ini. Ana perlukan sedikit masa. Allah al-Khobir.. PengetahuanNya meliputi hingga ke dasar-dasarnya segala sesuatu.

Akhirulkalam...

Ana sangat rindu blog ini dan siapa saja yang bertanyakan khabarku di cbox itu. Sangat sweet.

Sangat tercalar tapi mahu mengubatinya.

Ikrimah r.a ada berkata :
Setiap orang ada suka dan duka. Tetapi suka itu adalah
kesyukuran dan duka itu adalah kesabaran.

Dapat itu setelah membaca Fi Zilalil Qur'an sebantar di maktabah, membelek surah al-Hadid.

Alhamduliullah bini'matihi tatimmus solihat...

Sekian sahaja. Pos blog yang pendek untuk penantian jangka masa panjang. Adil tak? Hehe :D


Aslim taslam! ^_____^

P.s: Sedang menanti surat kQ Wani. Sedang merujuk surah al-hadid : 22 - 23. Sedang memikirkan kejadian yang lalu.