Khamis, Januari 10, 2008

Sanah Jadidah

BismiLlahirrahmanirrahim..

AlhamduliLlah.. Allah kurniakan ni'mat untuk kita semua bersyukur padaNya untuk semuanya! Ya, sekarang dah masuk 1 Muharram. Dan ini bermakna, kita sudah menjejakkan diri kita dalam tahun baru Islam. Tahun baru? Mestilah! Dari 1428H ke 1429H, bukan tahun baru ke?

Sooooo...

Mari pindahkan diri kita. Eh, eh, bukan! Mari kita buat satu penghijrahan. Anda tak nak jadi orang-orang yang merugi kan? Penghijrahan agar kita terus soleh dan mudah-mudahan musleh ^____^


Suka ana ingatkan tentang konsep amar maa'ruf nahi munkar. Ingatlah baik-baik hadis RasuluLlah ini.

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;
jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;
jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,
yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."

(H.R. Muslim)


Mencegah dengan tangan tu memberi erti kepada mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada pada kita. Mencegah dengan lisan itu merupakan kalimah nasihat dan dorongan kita. Dan mencegah dengan hati tu, kita tidaklah merelakan saja kemungkaran yang kita sendiri melihat dan meyedarinya, tetapi kita mestilah jauhlan diri kita daripada ma'siat tu, jauhkan diri daripada tempat ma'siat dan mestilah mendu'akan orang yang membuat ma'siat sedemikian diberikan hidayah oleh Allah satu ketika nanti. Itulah caranya kalau memang dah tak boleh nak mencegah dengan kuasa dan juga dengan kalimah. Itulah yang ana belajar di sekolah. Khususon dalam matapelajaran Pendidikan Islam. ^______^


Dan kita mestilah ingat, kalau kita buat ma'siat, nanti ilmu milik Allah susah nak masuk dan terserap dalam hati kita..

al-'ilmu nur, wa nuruLlah la yuhda lil 'aasi

Ilmu itu nur, dan nur Allah itu tidak ditunjukkan buat mereka yang berbuat ma'siat.


Moga apa yang ana tulis kali ni bermanfaat buat semua dan juga diri ana sendiri. insyaAllah..

Sebelum mengakhiri post Maal Hijrah ni, mari renungi mafhum firman Allah ini, janji Allah buat kita semua. Setiap daripada kita. ^_____^

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik)
untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga
yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya;
yang demikian ialah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

[57: 21]



SubhanaLlah walhamduliLlah...


fi amaniLlah...
Salam 1429 H.

P.s: Sudah baca kan doa akhi tahun dan awal tahun? ^___^

3 ulasan:

-ilisyazwani- berkata...

Salam ma'al hijrah kq Qurrah! Introspeksi & Istighfar selalu!

[59:18]

Syakirah Al-Hafizah berkata...

Salam Ma'alhijrah untuk Otu daripada Lek Rina.

Nak betulkan sikit ayat dalam entry ni ;sepatutnya "Wa nurullah la YUHDA lil'aasi". YUHDA sebab fi'il mudhori' mabni lil majhul, maksudnya dihidayahkan. kalau yahdi maksudnya memberi hidayah.

Ni kata-kata Imam Waqie' kepada Imam As-Syafie.ok teruskan menulis.

Raden Qurratu'Aini berkata...

oh ye ke?

Otu silap dgr kot ustaz ckp kat sini YAHDI.

ok..ok..

jazakiLlah lek sebab membetulkan! :)