Sabtu, Januari 12, 2008

Bahasa

BismiLlahirrahmanirrahim...


AlhamduliLlah. Allah masih beri kudrat pada ana untuk menaip dengan sederhana-laju di atas keyboard ini ;)

Hari ni ana dipertemukan dengan majalah Dewan Siswa keluaran Januari 2008 yang dah lama ana nak baca dan hadam dan telan di MPH Jusco Taman U. Hehe~ Seperti biasa, dapat-dapat, ana buka bahagian Fokus dalam DS ini. Tentang remaja: kawallah emosimu! Oklah, ana pun baca secara rambang.

Ba'da zalik, ana baca bahagian puisi yang mana komentarnya khas daripada Faisal Tehrani. Beliau komen, bulan ni, puisi yang sampai ke meja editor kering. Oh, ana pun rasa macam gitu-gitu je nak baca. Tiba-tiba.. ana tertumpu pada satu syair. Syair Mungkir Janji??? Macam pernah dengar jek judul puisi ni. Ana baca, dan cuba me'recall' sesuatu.

Sah! Orang ni tiru dan salin bulat-bulat puisi tradisional dalam antologi Seuntai Kata untuk Dirasa yang merupakan teks kesusasteraan melayu bagi tingkatan 2! Uih, tak boleh jadi ni! Cadangnya, nanti ana nak hantar e-mel ke meja penerbitan DS. Perlu lebih prihatin lain kali. Oh, abang Faisal pun tak perasan (mungkin tak tahu...).

Entahlah ya. Dan lagi satu, topik hangat yang disuarakan dalam blog Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Tentang teks komponen kususasteraan melayu yang bakal digunakan oleh pelajar sekolah pada tahun 2010. Bila disemak-semak, tiada pun karya yang dihasilakan oleh Sasterawan Negara (SN). Guru-guru komen nanti anak murid susah nak faham sebab wadahnya berat. Kalau macam itu, memang senang dan terus senanglah generasi pelapis negara buatkan bahasa Melayu pupus. Bahasa yang satu masa dahulu pernah menjadi lingua franca perdagangan antarabangsa di Melaka. (Oh, teringat pula novel 1515!) Silakan membaca komentar Faisal Tehrani di sini.

Kasihan betul bahasa Melayu. Kian pudar dihanyutkan arus modenisasi. Tak sedar-sedar lagi ke, bahasa itu kan jiwa bangsa?

Peringatan buat semua dan diri ini yang hina-dina.

aslim taslam...

Tiada ulasan: