Khamis, Januari 03, 2008

Al-Muntholaq

BismiLlahirrahmanirrahim...


AlhamduliLlah... Allah permudahkan ana buat pilihan. Pilihan yang terpilih dalam memilih yang ingin dipilih. Moga Allah tetapkan hati ini terus tegar, kekar dan kuat menempuhi waktu-waktu hidup yang kian berbaki.

Sains Tulen? Insya Allah, itu jurusan yang ana ambil. Berapa subjek? Tak perlu cakap lagilah ya. Tunggu hingga masanya akan ana beritahu.

Taklimat pemilihan subjek berjalan lancar. Mulanya sukar memilih tapi syukru liLlah, Allah permudahkan. Dan ustazah Suhana sempat memberikan talk tentang persiapan melangkah ke alam tingkatan 4 dengan personaliti yang lebih kental harapnya, insya Allah. Apa itu al-muntholaq? Ustzah terangkan, al-muntholaq itu adalah langkah permulaan. Lalu, langkah permulaan apa buatku? Langkah permulaan bagimu menjadi khalifatuLlah yang lebih ikhlas dan kuat hatinya... Mudah-mudahan.

Ana masih ingat lagi, ustazah Muhaini kata, kalau kita ingin buat pilihan, dan kemudiannya kita rasa sukar memilih, ustazah kata, pilihlah yang mana pilihan itu buatkan hati tenang. Itulah pilihan yang tepat, insya Allah...

Pilihan tepat apa? Jurusan ana tahun ini juga kelab sukan permainan yang ana akan masuk serta. Untuk sukan dalam sekolah, nombor satu ana letakkan pada ping pong (huhu, sejak bila ana pernah main ping pong, eh?) dan untuk sukan luar sekolah, pilihan pertama pada sukan memanah. Ada lagi pilihan lain tapi sebut yang itu sajalah. Moga Allah tempatkan ana dalam kelab sukan permainan yang terbaik buat ana! (Ana tak nak masuk renang lagi....)

Waktu ini, ana rasa sakit kaki. Duduk terlalu lama dalam posisi yang boleh tahan sempitnya dalam Dewan al-Qadisiyyah di sekolah tadi. Sebelum kesakitan terasa, dan ketika riuh mengusai dewan, sempat ana mencoret sesuatu... ^____^ Moga dapat dihayati bersama!

Bicara Hati yang Leka

lisanmu bak seorang nasionalis terbilang
ucapmu bak seorang pendebat handalan
lancar katamu seiring lisan menyatu
kalimah terluncur menurut hati
akal tiada peluang mendominasi
nafsu sewenangnya menguasai
walau umpama madah yang terucap mesra
namun ketahuilah bicaramu sia-sia
sungguh sia-sia!
mengungkap fitnah tanpa sedar
umpatan dilempar menikam saudara
diterap sukma anasir lagha

bicaramu tiada gunanya
hanya memperbesar takah dosa
hampir dirimu pada hati nan mazmumah
noda terus menyelimuti kalbumu
tanpa kau sedari...

lisanmu nikmat pemberianNya
andai esok tiada lagi bisa bicara
pada siapa pula kau ingin persalahkan?
walhal kau sendiri tahu
mensyukuri nikmatNya itu tuntutanNya
dan jangan pernah kau kufur padaNya...
pada nikmatNya...

Minni mukhlisah,
Raehan QA
030108
Copyright

Moga tulisanku jua kalimahku selama ini jua di waktu yang mendatang memanfaatkan diri ini dan semua yang membaca. ^_____^

Khairun naas anfa'ahum linnas
(Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat buat manusia lain.. -hikamul 'arabiy)

aslim taslam!~

5 ulasan:

-['_']- berkata...

salam...oh...sempat juga ya mnulis "Bicara Hati yang Leka"...oh...ana juga smpt mnulis "Tajuk pun xda lagi" sms tgk citer P.ramleee semalam...hohohoh...

ok la tu dh buat plihan utk aliran...sume A1 ya...hehehe..insyaAllah...

kieyna berkata...

salam...

kenapa xmau renang?
renang sgt sronok..sini kt mesir da susah nak dpt tempat renang...sikit sgt tempat yg disediakan tapi memang terjage la antara laki dan pompuan..cuma kemudahan tu sikit..

amek la dek renang..huhu ke ade kenangan pahit..?

memanah sgt bagus..teringin gak...tp lg teringin naik kuda...hehe menunggang binatang jinak tu..~

Raden Qurratu'Aini berkata...

akh reza: hehe.. teruskan berkaraya! ;p 12 A1 insya Allah untuk SPM 2009!

ukht kieyna: xmo deh, renang x konsisten kelasnye. kalau renang tiap minggu at least 3 perjumpaan. baru betul2 sukan! tapi kos tinggi sket lar.. huhu..kalau menunggang kuda xde lagi lorh.. klu ade, ana jadi org FIRST yang mintak asatizah, bg ana masuk! heheh.. do'akan ana dpt masuk sukan permainan memanah ye~


^__________^ (haha, akh reza marah saye sbb pnggl *tuuuut*)

hahaha... gurau jer..

mon amie? heheh...

Raden Qurratu'Aini berkata...

eh tersilap! kalau MEMANAH yg ada 3 perjumpaan tiap minggu.. hehe

-['_']- berkata...

salam...insyaAllah trus berkarya? :P
gmbr2 dari prncis juga akan berkarya...hohoho

hohoh..hrap jgan dpggil bgitu lagi...aduih (tepuk dahi)

kak keiyna...apekah yg dperkatakan?