Rabu, Januari 30, 2008

Eid Milad

Bismillahirrahmanirrahim..

Singgah sebentar.

;)

Hari ini usia ana sudah menginjak 16 tahun.

Moga unggul manifestasi 'ibadah dan hijrah peribadi.

insyaAllah.

aslim taslam.

Selasa, Januari 29, 2008

U'trujah Si Bunga Indah

Bismillahirrahmanirrahim.

Sedang mencari-cari maklumat. Usaha kerajaan terhadap pertanian di Malaysia.
Tajuk yang agak payah bagi saya. Hmm, boleh tahanlah.

be committed
do what it takes
and you will HAVE what you want!

Entah kenapa, kebelakangan ini seringkali terfikirkan ayat 142 surah Ali Imran. Layakkah saya?

Adakah kamu menyangka bahawa kamu akan masuk Syurga padahal belum lagi nyata kepada Allah (wujudnya) orang-orang yang berjihad yang berjuang dengan bersungguh-sungguh) di antara kamu dan (belum lagi) nyata (wujudnya) orang-orang yang sabar (tabah dan cekal hati dalam perjuangan)?

Buka mata, buka hati, kan?

P.s: Ehem2, semalam, Nukilan IKIM.fm telah mempopularkan SMIH ;)
Citra KasihNya... Alhamdulillah. :)

aslim taslam.

Sabtu, Januari 26, 2008

Of Qiam and Myself

Bismillahirrahmanirrahim.


Penat. Kepala berat. Tidur lepas solat Zohor.


25 – 26 Jan 2008 ada qiamullail form 4.

250108

Sebenarnya, ana rasa tak semangat sangat pun nak pergi. Entah kenapa
ana rasa sesuatu yang ganjil dan dahsyat akan berlaku tapi, ana cuba untuk husnudzon. (macam seram…)


Ana jadi AJK. Hanya menguruskan hal makanan, bukannya apa. Lizalika, ana taklah tahu sangat programnya camni ke camtu ke sebab banyak pertukaran (yang sungguh tak dijangka-jangka).


Malam ada ust Shah (oh, sangat rindu!) berikan talk tentang membina keyakinan diri. Sambil tu mengulum gula-gula yang sebenarnya lolipop yang dah tercabut dari batangnya. Huhu..

Ada multimedia. Sangat bahagia dan seronok. Sangat rindu masa lalu yang mestilah super mustahil untuk diputar kembali. Gunung Ledang…

Supper, ana ni ajk makanan yang baru sekali ni pernah jadi AJK qiam. So, masih blurr lagi. Kesian encik Imran, si ajk makanan banin uruskan supper. Rasa bersalah jugaklah. Dahlah makan malam tu, 4 orang kawan ana tak dapat makan. Entah kenapa makcik kantin bawak lari makanan kami. Dan akhirnya ana terpaksalah blame diri sendiri sebab tak simpankan untuk derang. Maaf ya antunna!

Tidur. Bising sikit tapi Allah tetapkan ana boleh tidur juga. Alhamdulillah.

260108

Qiam dekat 5.20 pagi baru start. Tapi tetap sempat melaksanakan qiam. Tamam solat tahajud, terdengar kokokan ayam. *Eh, bukan ke kalau ayam berkokok tu maksudnya ada malaikat sedang turun ke bumi?* Ana tersenyum sendiri.

Lepas solat subuh & ma’thurat, ada pemilihan organisasi dalam batchsebelas. Adalah terpampang nama ini tapi buat dek je. Oh saya ni dahlah SU². Tapi teringat, kan Allah sebaik-baik Perencana buat kita?

Hasbiyallahu la ilaha illa huwa
‘alayhi tawakkalatu
wa huwa Rabbul ‘Arsyil ‘adzim.

Lepas tu ada muhasabah banin-banat yang sangat hangat. Sangat sakit kepala, sakit perut kelaparan dan merasa P.E.L.I.K… Muhasabah yang hangat ini pelik. *Oh, mungkinkah ini?* Hati ana kuat mengatakan inilah kepelikan yang tralalalaa yang bakal terjadi di qiam ini. Dan ternyata, benar & benar.

Alhamdulillah, akh Izzat (abang Rufaidah) cuba meredakan keadaan. Kami semua diminta beristighfar. Muhasabah dah lari dari yang sepatutnya.


Lepas tu ada post-mortem ajk. SEMUA buat muka sedih. *Jangan tanya kenapa!*

Ana meluncurkan satu ayat yang Alifah suruh ana lontarkan. Macam takde kesan. Ma fi musykilah. *Oh, sangat tak suka bila rasa tak biasa ini! Kemahiran interaksi saya sangat lemah..*

Kemudian ada muhasabah banat… Makasih buat Nadhirah R & F². Sangat menikam kalbu!~


Muhasabah prs-ajk. Mula² macam tensiyun dan tak nak buka mulut. (Lapar tahu! Rasa nak tergolek-golek) Tapi ada masanya terpaksa juga. Dan ternyata tiada yang faham apa yang ana cuba sampaikan.*Ana tetap rasa antunna masih tak faham apa yang ana nak sampaikan… Ana selalu ada benda yang nak disampaikan dan ternyata ana sukar sampaikan mesej sebenar walaupun ana dah utarakan* Tapi tak mengapa, diskusinya menarik dan menikam kalbu sekali lagi! ;)

Lepas tu kami Zero Mind. *Yang dalam esq tu apa eh?* 0-0. Alhamdulillah.


Pukul 11 baru nak sarapan. Dapatlah makan nasi goreng. Lepas tu kemas-kemas.

Balik pukul 12.30 pm. *Hehe.. Abah & Mama ambik awal. Best!*

Pesan buat hati & diri sendiri: Allah Penentu terbaik buat kita. Tak kira walau hebat mana pun kita rancang, natijahnya tetap milik Allah. Oh oh, sama ada hati diri ini atau hati yang lain punya problem. Astaghfirullah.


Heh, ada bayak wajibul manziliy yang perlu dilunaskan! Ma'at taufiq wan najah! Dan esok ana nak join selection archery. Du'akan ana najah ya! *Agak nervous sebab tak pernah main walau sekali sukan hebat ini*

aslim taslam.

Khamis, Januari 24, 2008

Alfu Mabruk!

Bismillahirrahmanirrahim..


Alhamdulillah, Allah menciptakan rencanaNya terbaik buat hamba-hambaNya.

Allhamdulillah.

Segala puji bagiMu ya Allah~

Alfu mabruk buat 'Izzati wa Yasmin. Mereka berdua dapat tawaran ke SBP. 'Izzati ke SBP Integrasi Sabak Bernam, Yasmin ke KISAS.

Ada cerita di sebalik kegembiraan ini. Kan, 'Izzati? Sayang kamu!

Uhibbuki hubban jiddan fillah...

*oh, kalaulah saya dapat ketemu mereka berdua saat ini juga. bilakan dapat kita bersua?*

aslim taslam.

Nak Faham!



Bismillahirrahmanirrahim...


Saya dengar. Saya menurut. Saya cuba jadi "sami'na wa atha'na". Saya fahamkan...

Isk..

Kenapa tak mudah bagi saya?? Kenapa orang lain semua macam senang je??

Saya dah cuba nak "suka", tapi kenapa?

Ustazah tunjuk, saya blurrr..... Baru ustazah tunjukkan tadi, kenapa saya blurrr?

Kalau ustazah tanya siapa dah dapat jawapan n' nak compare answer dengan ustzah, sekali pun saya tak pernah... Nak kata surrender tak juga tapi yang saya tahu nanti mesti jalan kerja dah melencong-lencong.

Oh, I Love Add Mathematics & Mathematics! :D

Rabbi, yassir wa la tu'ssir ya Karim...

P.s: MC8? ;) 3 in 1 insya Allah! ^____^

aslim taslam.

Selasa, Januari 22, 2008

Bila Hati Bernyanyi...

Bismilahirrahmanirrahim.




Mekar di Sukma


Kudup indah tersembunyi

di celahan batu-batu yang menemani

kuntum terus megar

walau sendirian berdiri


Dedaun enggan luruh

mentari terus terik memancar

kuntum bunga tiada gemuruh

berdiri teguh jadi bunga kekar

sekali sekala tepian batu melanggar

kuntum bunga mengerti

mendalam pengorbanan

mendalam hakikat cinta


Kudup bunga megar

tiada kan layu

batangnya tegar

biar dipukul bayu


Kuntum mekar di celahan batu

tiada kenal putus asa

kuntum bunga tahu apa itu kehidupan

menyentuh sukma manusia…


Raehan Intisor.22-01-08.2250

Mengingat, Tak Mahu Lupa

Bismillahirrahmanirrahim...


Nota comey di bawah itu tertulis: "This includes zina of the eyes, ears, tongue, feet and heart".

Credits untuk senikehidupan.com untuk peringatannya! ;)

aslim taslam.

Sumber Cinta

BismiLlahirrahmanirrahim.


Hari ni 13 Muharam 1429 H.

9 hari lagi menginjak umur 16 tahun.

Bertambah usia. *oh, tua, tua, tua!*

Moga bertambah-tambah jua cintaku pada Dia.

Sumber Cinta Teragung!


aslim taslam.

Isnin, Januari 21, 2008

Bicara Qalbu

BismiLlahirrahmanirrahim.


Fokus. [50:37]


Dia Maha Mengetahui sedalam mana pun kau menyembunyikannya, hai hati. [50:16]


Usah rasa jauh.... Kau tahu Dia selalu ada untukmu hai diriku. [94:5-6]


aslim taslam.

Ahad, Januari 20, 2008

Komentar

BismiLlahirrahmanirrahim.


Komentar minggu ini dari hati:

  • Kakak-kakak tak rasmi saya semua 'terbang' jauh-jauh daripada saya. Mereka punya banyak komitmen.
  • Adik-adik tak rasmi saya pun macam sibuk sangat.
  • Minggu ni banyak homework. Nasib baik chemistry belum ada homework ;)
  • Ada KRS yang membuatkan saya sangat R.I.N.D.Ukan PSFM.
  • Teringat lagi pagi lepas MDP itu.
  • MDP minggu ni saya tak banyak respon. Entah kenapa...
  • Catatan diari macam bukan saya yang tulis.
  • Saya tak tahu kenapa dan kenapa dengan diri saya.
  • Rindu nak tengok cerita Totoro My Neighbour :D
  • Mengharap agar dapat masuk PerBayu.
  • 'Izzati dan Muwahhidah berkenalan. Kami sebaya..
  • Sabtu internet ada problem. Dah janji nak tanya sesuatu tapi Allahu A'lam.
  • Jauh.......

aslim taslam.

Jumaat, Januari 18, 2008

Jauh

Jauh
Mirwana


(Verse 1)
Sepi jiwaku sepi kerna kau tiada di sisi
Sunyi hatiku sunyi tanpa kehadiranmu kasih

Doaku semoga dirimu bahagia

(Chorus)
Aku yang ini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

Bersama kasih kita dan cintaNya

(Verse2)
Moga berbahagia meniti harimu yang indah
Setia kunanti tiba saatnya kitakan bersua

Doaku semoga dirimu sejahtera

(Chorus)
Aku yang ini jauh
Damba keampunanmu
Khilaf antara kita
Kan terlerai akhirnya

(Bridge)
Jauh kita terpisah dibatasi jarak dan masa
Dirimu tak pernah kulupa
Terus kunanti setia
Saat Indah kita bersama

(Repeat Chorus)

Bersemi kasih kita dan CintaNya

Diriku yg kini jauh
Damba keampunan darimu
Semua khilaf antara kita
Kan terlerai jua akhirnya


p.s: nasyid ini sangat sweet dan penuh ciri sentimental. sangat sweet dan boleh buat kita menangis kalau dihayati. saya dan safiah mengakuinya!

Tiba 10 Muharam

kata qalbiy:

akulah pencariMu ya rabbi,
dalam tiap detik hidupku
saat hatiku berjalan,
jantungku berdegup
nafasku berhela
aku sa'ie di jalanMu
aku mencariMu
sungguh aku merindukanMu ya Rabbi
bantu aku capai cintaMu
cintaMu maha agung
mata jadi saksi
hati jadi penuh noda
bantu hambaMu ini ya Rabb
hatiku sentiasa mencariMu
sukmaku selalu merindukanMu
Kau Maha Sempurna di hatiku
selamanya

[wa'zkur rabbaka kathira...]

Listening to: Para PencariMu - Ungu

Khamis, Januari 17, 2008

Labah-labah

Bismillahirrahmanirrahim.


Dan segeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan (mendapat) syurga yang bidangnya seluas segala langit dan bumi, yang disediakan bagi orang-orang yang bertakwa. Iaitu orang-orang yang mendermakan hartanya pada masa senang dan susah dan orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang dan (ingatlah), Allah mengasihi orang-orang yang berbuat perkara-perkara baik.

[3 : 133-134]



Sayalah yang unexpected. Mumkin orang paling lambat hantar kerja Add Maths dalam 4 Imtithal. Oh, siapapun, janganlah contohi saya! Saya berusaha untuk menjadi seorang yang imtithal, seorang yang sedikit pun tidak apalah untuk dicontohi, tapi aduh, banyak rintangnya.

Sewaktu kelas hafazan, ketika itu di musolla, dan tika saya muraja'ah beberapa muka dari juz 1, saya ternampak spider web yang sungguh kukuh! Angin membuai sarang itu agak kasar. Tapi tetap kukuh! Segala puji hanya bagi Allah!

Lantas saya terus terfikirkan yang hidup si labah-labah sukar sekali. Mencari makan perlu bergadai nyawa. Perlukan kesabaran! Saya yang manusia ini pun kadang-kadang kecundang pada ketidaksabaran diri sendiri. Oh.. Hmm, alhamduliLlah. Dapat belajar sesuatu daripada alam ciptaan Dia yang Maha Sempurna. Terima kasih ya sang labah-labah!

Saya teringat puisi Kak Mu'izzah, seorang mantan PMR 2007, yang pernah keluar di Dewan Siswa tahun lalu. Tentang labah-labah yang dijadikan perlambangan buat ibu bapa. Puisi itu sungguh praktis untuk dihayati. Sungguh. Sedikit melankolis barangkali.

Oh, oh. Saya punya komitmen (ehem2). Macam kamu. Manusia siapa yang tidak punya komitmen eh? Saya mesti iltizam untuk jadi muslimah imtithal!

Misi Januari. Oh, misi Januari.

aslim taslam.

p.s: kenapa guna kata ganti nama diri 'saya' ya? ;)

Rabu, Januari 16, 2008

Misi

BismiLlahirrahmanirrahim...


SubhanaLlah. Hari ni kelaparan ana tidak terasa walaupun tak makan apa kecuali roti Rufaidah yang dikongsi bersama waktu rehat kedua. AlhamduliLlah, asykuruka ya Rabb!

Hari ini ana telah mengalamai tekanan yang boleh tahan hebatnya. Chemistry! Kenapa ya, subjek ini sungguh terasa asing bagi ana. Berbelit-belit bila nak difahamkan. Dan ana akui, Chemistry seems to be much tougher than Add Maths. Sudahlah diajar dengan cepat sekali! Rasa mengah-mengah nak kejar apa yang diajar. Encik atom, encik neutron, cik proton dan adik electron! Oh, hidup takkan terasa kalau benda-benda ni lam maujud di alam ciptaan Allah ini!
SubhanaLlah. Moga ana dapat 'tangkap' ilmu-ilmu milik Allah yang serasa sedikit sukar ini, ya!

Kelab Alam Sekitar ---> Kelab Bahasa Arab.
Mungkinkah?
InsyaAllah. BiizniLlah.



Ada banyak janji ana pada diri sendiri harus ditunaikan sebelum berakhirnya bulan Januari 2008. Misi Januari 2008! Mesti berusaha sehabis upaya agar tidak memungkiri janji terhadap diri sendiri ;)

Rabbi, yassirli amri...


aslim taslam.

Selasa, Januari 15, 2008

Belajar Cari Hikmah

BismiLlahirrahmanirrahim...


Manikam Kalbu... Hehe, semua yang tahu saya sekarang sedang meminjam Manikam Kalbu dari maktabah menunjukkan rasa tak sabar-sabar nak pinjam ikut giliran! ;) Ziryab dan Manikam Kalbu. Ustazah Hanim dan Ustazah Norhawanis (dua-duanya guru bahasa Melayu unggul di SMIH!) mencadangkan bahan bacaan yang super-baik ini untuk semua anak-anak muridnya! :D

Cerita tentang semalam. Semalam tidur sekolah. Kami buat kerja sampai buat bising. Sebenarnya, ana TAK NAK terlibat pun dalam 'kebisingan' tu, tapi terpaksalah ana menerima seadanya sebab maktabah tidaklah seluas mana. Oh, andainya kami dapat mengawal emosi... isk..

Tidur dekat pukul 5 pagi. Satu catatan hidup yang ana tak pernah buat sebelum ni. Bangun balik pukul 6 lebih. Masa assembly, pening-pening lalat. Dahlah tu... Buat malu saja.

Uhh, apa point ana ni?? Haa! Di sini ana memberitahu dengan relahatinya, ana tak terpilih jadi ahli Kelab Bahasa Melayu dan Kebudayaan, tetapi Kelab Alam Sekitar. Oh, serasa macam tak adil! (tapi, inikan rencana Allah yang terbaik buat hamba-hamabNya? astaghfiruLlah) Ana buat pilihan nombor 1. Sekarang tengah mencari hikmah kenapa terpilih untuk KAS (pilihan nombor 2). Oh, ana tahu! Hehe.. ;) InsyaAllah, moga ana dapat taqarrub padaNya lebih lagi dengan jadi ahli KAS. Jadi orang yang take care tentang alam sekitar pastilah sentiasa ingat siapa yang Maha Memelihara dan Maha Menciptakan alam sekitar kita kan? SubhanaLlah..

Dan buat Ukht Ili, mabruk 'alayk! Dapat tempat first untuk bowling form 3 banat. Hehe.. si pemakai spectacles pink yang lawa dan hebat bermain bowling! ^_____^

Hehe, sebenarnya sedang cuba menceriakan suasana yang boleh jadi tak ceria kalau tak dirawat dengan sebaik-baik penawar. Senyum!

aslim taslam.

^______^

Sabtu, Januari 12, 2008

Dijengah Rindu

bismiLlahirrahmanirrahim...


Baru usai sembang dengan kak Raihana. musytaqah laki jiddan!

Intisor Amour: assalamu'alaykum kande..
Intisor Amour:
Kande Raihana Razali: waalaikumussalam..
Intisor Amour: dah terima baasan sms ana?
Kande Raihana Razali: sory kalau salah2 eja..keyboard prob sikitlah
Kande Raihana Razali: dah sayang.akak tak terkate
Intisor Amour: hehehe
Intisor Amour: sibuk ke?
Intisor Amour: ke hari ni off
Kande Raihana Razali: tak delah sibuk..
Kande Raihana Razali: tapi rancangnye baru na tutp tenet..
Kande Raihana Razali: nak*
Kande Raihana Razali: hehe
Intisor Amour: ohh
Intisor Amour: tapi kenapa baru on9 ym?
Intisor Amour: hehe
Kande Raihana Razali: memang suke bukak kejap2 jecheck offline mesej
Kande Raihana Razali: maleh nak chat
Kande Raihana Razali: hehe
Kande Raihana Razali: eh...mabbbruuukkk!~
Intisor Amour: Allahu yubarik fiki~ ^___^
Intisor Amour: hmm, 4 org adik akak ambil 13 subjek: Aaeshah, Fathimah, Aishah Alia, Hanan
Intisor Amour: lagi 4 orang ambik 12 subjek: Hanani, Maryam, Alifah & analah!
Intisor Amour: semua ambik aliran sains tulen
Kande Raihana Razali: owh..baguslah..s, ape cita2..?
Intisor Amour: cita2 ana?
Kande Raihana Razali: yup
Intisor Amour: tak tahu
Intisor Amour: seriyes
Intisor Amour: tapi..
Intisor Amour: kalau ikut cita2 dulu
Intisor Amour: nak jadi vet
Intisor Amour: vet yang hafizah
Kande Raihana Razali: owh..bagus
Kande Raihana Razali: so..nak blajarkat ne?
Kande Raihana Razali: eh..dinde..
Kande Raihana Razali: akak tak leh lame2.
Kande Raihana Razali: nak tutp dah ni..
Kande Raihana Razali: maafsangat2
Intisor Amour: nak belajar kat Jordan
Kande Raihana Razali: kirim salam sayang ade sume
Intisor Amour: do;'akan kami selalu.
Kande Raihana Razali: jordan..?
Kande Raihana Razali: nsyaallah
Intisor Amour: la tansauna fi du'aiki..
Intisor Amour: yep
Kande Raihana Razali: aka tahu adek2akak hebat2
Kande Raihana Razali: k....kirim salam sume
Kande Raihana Razali: selamat study
Kande Raihana Razali: tabahkan hati =)
Kande Raihana Razali: assalamualaikum...
Intisor Amour: wa'alaykumussalam..
Intisor Amour: barakaLlahu fiki..
Kande Raihana Razali: anti aidhon =)
Kande Raihana Razali has signed out. (1/12/2008 4:34 PM)



hmmmm... harap Haflah Taqdiriyah atau Yaumul Ihtifal tahun ni kak Raihana dan kak Asma' ada. InsyaAllah, nanti kak Raihana dan kak Asma' bolehlah tengok kami adik-adik usrah berlapan ;) naik minassoh (pentas) sama-sama nanti. InsyaAllah.

aslim taslam...

Bahasa

BismiLlahirrahmanirrahim...


AlhamduliLlah. Allah masih beri kudrat pada ana untuk menaip dengan sederhana-laju di atas keyboard ini ;)

Hari ni ana dipertemukan dengan majalah Dewan Siswa keluaran Januari 2008 yang dah lama ana nak baca dan hadam dan telan di MPH Jusco Taman U. Hehe~ Seperti biasa, dapat-dapat, ana buka bahagian Fokus dalam DS ini. Tentang remaja: kawallah emosimu! Oklah, ana pun baca secara rambang.

Ba'da zalik, ana baca bahagian puisi yang mana komentarnya khas daripada Faisal Tehrani. Beliau komen, bulan ni, puisi yang sampai ke meja editor kering. Oh, ana pun rasa macam gitu-gitu je nak baca. Tiba-tiba.. ana tertumpu pada satu syair. Syair Mungkir Janji??? Macam pernah dengar jek judul puisi ni. Ana baca, dan cuba me'recall' sesuatu.

Sah! Orang ni tiru dan salin bulat-bulat puisi tradisional dalam antologi Seuntai Kata untuk Dirasa yang merupakan teks kesusasteraan melayu bagi tingkatan 2! Uih, tak boleh jadi ni! Cadangnya, nanti ana nak hantar e-mel ke meja penerbitan DS. Perlu lebih prihatin lain kali. Oh, abang Faisal pun tak perasan (mungkin tak tahu...).

Entahlah ya. Dan lagi satu, topik hangat yang disuarakan dalam blog Faisal Tehrani dan Nisah Haron. Tentang teks komponen kususasteraan melayu yang bakal digunakan oleh pelajar sekolah pada tahun 2010. Bila disemak-semak, tiada pun karya yang dihasilakan oleh Sasterawan Negara (SN). Guru-guru komen nanti anak murid susah nak faham sebab wadahnya berat. Kalau macam itu, memang senang dan terus senanglah generasi pelapis negara buatkan bahasa Melayu pupus. Bahasa yang satu masa dahulu pernah menjadi lingua franca perdagangan antarabangsa di Melaka. (Oh, teringat pula novel 1515!) Silakan membaca komentar Faisal Tehrani di sini.

Kasihan betul bahasa Melayu. Kian pudar dihanyutkan arus modenisasi. Tak sedar-sedar lagi ke, bahasa itu kan jiwa bangsa?

Peringatan buat semua dan diri ini yang hina-dina.

aslim taslam...

Jumaat, Januari 11, 2008

Suara

BismiLlahirrahmanirrahim...


Al-yaum, yaumul Jum'ah. Sayyidul ayyam.

Hari ni ada MDP. Rindu jugaklah. Rindu kak Raihana & kak Amatullah. Musytaqah lahuma hubban jiddan.

Ada khemah 'ibadah. Ada sambutan ma'al hijrah.

Kenapa ana rasa : Susahnya nak ana bicara da'wah. Susahnya!!! Ya Allah...

Tadi, ana mendengar perkongsian ikhlas daripada adik tak rasmi ana. Adik ana ni kuat orangnya! Dia tabah, tabah dan tabah! Oh, akak ingin menjadi sepertimu, dik!

Kenapa penyakit cemburu ini semakin menjadi-jadi? Dahlah tadi mau'id dengan senior ana pun tak jadi. Walhal, ana rasa macam banyak sangat benda nak cakap kat dia. Sekarang ni tanggung munfaridatan sambil mendengar playlist nasyid dalam blog ini yang sungguh mengharukan.

Saya nak jadi manusia baru. Bukan lain, tapi baru. Uhh, pergi belajar ilmu ikhlas! ;)

Bila lagi? Ana nak menyahut seruan hijrah 1429H. Insya'Allah.

aslim taslam...

tensiyuun. tensiyuun. tensiyuuuunnnnn...

Khamis, Januari 10, 2008

Fikir

BismiLlahirrahmanirrahim...

InsyaAllah, azam-azam tahun baru (1429H) menjadi target ana. Perlukan mujahadah dan pengorbanan. Ya, kan?

Dan bila memikirkan ana sudah menjengah di gerbang sanah jadidah ini, ana fikir tahun lepas. Tahun lepas yang sudah pun berlalu.

Bila ana sendiri fikir balik, banyaknya kesukaran yang Allah lapangkan buat ana. Dan segalanya Allah ciptakan dan jadikan yang terbaik buat ana. Walaupun ana selalu mengira mihnah yang menimpa bagaikan tak tertanggung oleh diri sendiri. AlhamduliLlah wa syukru liLlah~

Dan semalam, dalam bas, ana sangat bahagia bila ana fikirkan balik apa yang diumumkan masa rehat pertama. Ana sangat gembira untuk ukht ana dua orang ini. BarakaLlahu fikuma! InsyaAllah... Moga Allah memberikan pertolonganNya buat kalian dalam melaksanakan amanah. (Kq Qurrah sangat bahagia untuk kamu berdua, dik!)

Sehari sebelum 1 Muharram, ana dapat begitu banyak khabar gembira buat diri ana. SubhanaLlah!~ Hari ini saja sudah dapat sesuatu. Oh, harus dilunaskan ya! ;)

AlhamduliLlah thummalhamduliLlah... ^______^

"trust Allah abadan abadaa..."

aslim taslam

Sanah Jadidah

BismiLlahirrahmanirrahim..

AlhamduliLlah.. Allah kurniakan ni'mat untuk kita semua bersyukur padaNya untuk semuanya! Ya, sekarang dah masuk 1 Muharram. Dan ini bermakna, kita sudah menjejakkan diri kita dalam tahun baru Islam. Tahun baru? Mestilah! Dari 1428H ke 1429H, bukan tahun baru ke?

Sooooo...

Mari pindahkan diri kita. Eh, eh, bukan! Mari kita buat satu penghijrahan. Anda tak nak jadi orang-orang yang merugi kan? Penghijrahan agar kita terus soleh dan mudah-mudahan musleh ^____^


Suka ana ingatkan tentang konsep amar maa'ruf nahi munkar. Ingatlah baik-baik hadis RasuluLlah ini.

"Barangsiapa yang melihat kemungkaran,maka cegahlah ia dengan tanganmu;
jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan lidahmu;
jika tidak berdaya,maka cegahlah dengan hatimu,
yang sedemikian itu adalah selemah-lemah iman."

(H.R. Muslim)


Mencegah dengan tangan tu memberi erti kepada mencegah kemungkaran dengan kuasa yang ada pada kita. Mencegah dengan lisan itu merupakan kalimah nasihat dan dorongan kita. Dan mencegah dengan hati tu, kita tidaklah merelakan saja kemungkaran yang kita sendiri melihat dan meyedarinya, tetapi kita mestilah jauhlan diri kita daripada ma'siat tu, jauhkan diri daripada tempat ma'siat dan mestilah mendu'akan orang yang membuat ma'siat sedemikian diberikan hidayah oleh Allah satu ketika nanti. Itulah caranya kalau memang dah tak boleh nak mencegah dengan kuasa dan juga dengan kalimah. Itulah yang ana belajar di sekolah. Khususon dalam matapelajaran Pendidikan Islam. ^______^


Dan kita mestilah ingat, kalau kita buat ma'siat, nanti ilmu milik Allah susah nak masuk dan terserap dalam hati kita..

al-'ilmu nur, wa nuruLlah la yuhda lil 'aasi

Ilmu itu nur, dan nur Allah itu tidak ditunjukkan buat mereka yang berbuat ma'siat.


Moga apa yang ana tulis kali ni bermanfaat buat semua dan juga diri ana sendiri. insyaAllah..

Sebelum mengakhiri post Maal Hijrah ni, mari renungi mafhum firman Allah ini, janji Allah buat kita semua. Setiap daripada kita. ^_____^

Berlumba-lumbalah kamu (mengerjakan amal-amal yang baik)
untuk mendapat keampunan dari Tuhan kamu dan mendapat Syurga
yang bidangnya seluas segala langit dan bumi,
yang disediakan bagi orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-rasulNya;
yang demikian ialah limpah kurnia Allah,
diberikanNya kepada sesiapa yang dikehendakiNya;
dan Allah sememangnya mempunyai limpah kurnia yang besar.

[57: 21]



SubhanaLlah walhamduliLlah...


fi amaniLlah...
Salam 1429 H.

P.s: Sudah baca kan doa akhi tahun dan awal tahun? ^___^

Selasa, Januari 08, 2008

Kuat ya!

BismiLLahirrahmanirrahim...


Oh, ana terpaksa menaip super-laju memandangkan suntuk waktu yang ada. Kerja sekolah perlu dilunaskan santak ke malam ini. Mungkin sambung ke pagi esoknya. MasyaAllah... baru 2 hari bersekolah sudah banyak kerjanya. Takut ana terkena 'culture shock' pulak. Kuat ya, hati!


07 Januari 2008

Hari ni pembahagian kelas kelam-kabut sedikit. Kesian ustzah Norimah dan ustzah Wan, banyak urusan perlu dilunaskan satu hari tu juga! Kuat kan ustzah-ustzah ni? Senyum je walaupun pusing kepala fikirkan kami pelajar tingkatan 4 ni.

Oh ya, pagi2 datang sekolah terima surat cinta daripada seorang ukht yang sangat baik hati. Dia hadiahkan ana kipas comel dari Beijing. Musafir di sana pun dia ingat pada ana. SubhanaLlah, terharu... ^_____^

Kelas ana kelas yang pelajarnya mengambi 12 subjek untuk SPM 2009. Tingkatan 4 tauladan a.k.a contoh. Eh, tak-tak. 4 Imtithal. Ejanya: alif-mim-ta-tha-alif-lam.

Ketua kelas: Akh 'Izzat, abang Maryam Rufaidah. Penolongnya, Ukht Atieqah. Dua-duanya setahun lebih tua daripada umur ana. Daripada yang sepatutnya tingkatan 4.

Belajar Add Maths. Ustzah Kartini ajar. Best tapi... entahlah. Moga ana kuat!

Rehat ke-2 mood tak ok. Menolak pelawaan Hanani ke maktabah. Pergi ke kantin. Berseorangan. Mak cik kantin hiburkan ana dengan budi bicaranya. Ana sangat terhibur. ^____^ alhamduliLlah....


08 Januari 2008


Tarikh hari ni mengingatkan ana pada no. pelajar ana: 0818. Hari ni hari istimewa rasanya. Terhibur bila belajar bahasa arab tinggi yang diajar ustzah Suhana. Dia juga guru kelas ana.
Mumti'ah jiddan! Uhibbu lughatul 'arabiah hubban jiddan!

Hari ni ana telah berjaya mengarang 'surat cinta' pada sahabat ana dalam bahasa arab. Teruja sangat belajar BAT sampai ana terus nak tulis surat dalam bahasa arab. ^_____^

Malam ni ana mesti berjuang dan mujahadah untuk add maths! I Love Add Maths! :D
La budda an ajtahidu minal aan.... Lianna hazihil madah muhimmah li! ;)


Oklah, dah banyak ni. Hari ni dapat berita gembira je. Dan untuk orang yang lahir hari ni,

SaNaH hELwAh!~

BarakaLlahu fik...

Du'akan ana kuat berjuang dan mujahadah dalam menuntut ilmu Allah.. ya!

Ilalliqa'.. Aslim taslam..

Ahad, Januari 06, 2008

Kepingin dan Mengidam Manikam Kalbu


BismiLlahirrahmanirrahim...

SubhanaLlah... Ana kagum habis dengan ulasan buku Manikam Kalbu karya Faisal Tehrani yang ana baca dari macam-macam blog. Dari blog penulisnya sendiri, dari blog Kak Mu'izzah, dari blog saudara Hakim yang kerjanya memang mengulas karya-karya sastera ulung-ulung semuanya!

Oh, apa istimewanya novel ini? Tertanya-tanya? Bagi ana:


Sebab pertama: Penulisnya adalah penulis yan telah lama mencuri hati ana dengan karya-karyanya yang seringkali meruntun jiwa. Dialah Faisal Tehrani. Abang Faisal ini mampu mencipta karya yang memang ana tak tefikirkan. Novel pertamanya (yang menjadi cinta pertama ana) yang ana baca : 1515. Lihat saja pada novel epik sejarah 1515 yang memang memutar kembali kesultanan Melaka dahulu dan kepahlawanan seorang serikandi Melaka yang namanya Nyemah Mulya. Dalam 1511H [KOMBAT] pula beliau merungkaikan satu cerita berupa impian (lebih kuranglah, sebab ceritanya adalah berdasarkan masa hadapan) dengan menunjukkan keunggulan Islam menguasai dunia semula setelah sekian lama khilafah Islamiyah terkubur dari bumi Allah, dengan ciptaan teknologi yang moden sungguh (oh, semua jadi cyborg!) . Oh, masih teringat Komander Emrullah dan zaujahnya Zinnira dalam kisah itu. Juga Komander Muhammad Ameen. Novel ini membawa mesej futuwwah yang perlu sama-sama pembaca memikirkannya.


comel kan si kucing gemuk itu?


Sebab kedua: Hmm, ana tertarik pada judul buku ini juga ilustrasi kulit depannya. Menarik! Manikam itu umpama permata dan Kalbu itu hati. Pernah dengarkan pepatah, hanya manikam yang mengenal jauhari? Pernahkan? Ilustrasi depannya adalah gambaran seekor kucing memakai tegkolok sedang menjahit baju menggunakan mesin jahit singer. Hehe.. Pelukis ilustrasinya sinaganaga. Pelukis berbakat! Ana pun terpikat dengan kucing gemuk!


Wah, tak boleh jadi ni! Baca ulasan buku ni di merata-rata blog sampai ana mimpi-mimpi jumpa buku ni kata rak buku yang bercahaya. Heheh.. Gembira tak terkata. Tapi, hanyalah mimpi. Tak lebih, tak kurang. Huhu...

Andainya ada orang sudi hadiahkan ana novel Manikam Kalbu pada ana, ana sangat berbesar hati dan takkan lupa orang tu selagi novel itu di sisi. Hehe.. Punyalah kempunan.

Oh, tak boleh jadi ni! Saya teramatlah kepingin dan mengidam untuk memilik Manikam Kalbu. Oh, macam apa je. Berikan saya satu, boleh? ;)

aslim taslam...

Jumaat, Januari 04, 2008

Instinct Kakak & Adik

Bismillahirrahmanirrahim...


2008.. aku menanti wajahmu.

Hehe... Hari ini ana tersedar satu perkara . Sesuatu. Tiba-tiba ana rasa sayang sangat kat adik ana yang Mu'az tu. Raden Muhammad Mu'az. Selalu terkenal kerana memiliki otak genius yang lebih hebat daripada kakaknya. Namun kami sentiasa punya instinct yang dekat sama.

Tahu tak? Hari ni pemilihan sukan permainan kena buat lagi sekali. Again? Hehe, bagus kot. Dan sekali lagi, pilihan no.1 tetap archery. no. 2 badminton. no. 3 ping pong. Perasan tak, semuanya guna tangan habisan. Hehe... Susah seyh nak buat pemilihan 2, 3 dan 4. Rasa macam nak pengsan tambahan lagi dewan yang melampau bisingnya dan dengan sempitnya. Oh, Allahu a'lam!

Baik-balik, tengok jam nak dekat 6.30 petang. Huu, hebat tu! Lambatnya kami balik... Ana dan Mu'az. Balik-balik ana pun tanya:

Kakak: Mu'az pilih sukan apa tadi?

Mu'az: Memanah. (Sambil tersenyum kambing. Entah kenapa...)

Kakak: (Buat muka hairan.. huhu) Kata nak ambik ping pong. Samalah, akak pun pilih memanah. (dengan gaya confident habis) ^____^ Nombor 2 apa?

Mu'az: Bowling

Kakak: Tiga?

Mu'az: Ping Pong


Lepas tu, Mu'az main komputer kejap. Ana khidmat diri dulu. Lepas dah siap, kami pun makan bihun goreng Mama yang superlicious~

Tetibe:

Puasa! Puasa! (Gaya Upin & Ipin)

Jangan makan! Nanti Tuhan lu malah woo!
(Gaya budak cina dlam cerita tu)

(dalam hati: haha, kenapalah Mu'az nih?)


"Nanti Ahad Mu'az nak pegi bowling!" Mu'az bercakap dengan semangat.

"Heh? Samalah!" gembira betul, boleh lah ajak dia Ahad nanti pegi selection.

Mu'az ni pelik betul. Hari tu beriya-iya dengan ping pong. Tetiba,menyibuk nak ambik archery. Dan tak pasal2 suka bowling. Unik habis dia ni! Apa-apa pun, ana harap sangat kami dapat terpilih masuk archery walaupun tak pernah-pernah main (main kat ultimate bullesye dalam neopets ada lah.. huhu), macam 2 tahun lepas, kami sama-sama dalam kelab renang. hoho..

Ana ketawa. Ana suka bila Mu'az buat lawak tak pasal-pasal. Sweet~ Ditambah dengan suaranya yang still macam budak kecil. Heheh..

Orang kata muka ana memang mirip kalau dengan Mu'az. Especially kalau buka cermin mata, dua-dua nampak mirip. Itu kata orang. Ana rasa macam lain. Tapi, kadang-kadang hati mengiyakan.

Masa hari ambil natijah PMR 27 Disember tahun lepas, dialah yang paling beriya-iya. "Hehe, nak amik results!"

Ana buat muka paling tenang dalam hidup ana pernah buat. Pagi tu entah kenapa, rasa selamba sungguh. Tak termakan langsung dengan kata-kata Mu'az. Ambil results kat sekolah, rasa nak sangat beritahu Mu'az, tapi dia ada kelas tambahan. Dan akhirnya dia jadi orang paling dalam family yang tahu saya najihah dan dapat natijah mumtazah.

Cubalah bayangkan instinct kami ni sangat kuat tanpa kami sedar, masa kem tahfiz intensif tahun lepas, tiap minggu kami ada sehari pakai baju yang sama warna. Dan warna itu ialah hijau!
Entahlah, bukannya sama hari pun kami pakai.

Banyak lagi sebenarnya peristiwa yang tunjukkan kami ni teramatlah rapat. hehe... Adik paling sekepala kot ;p

Konklusinya, ana sayang sangat adik ana, Mu'az yang paling dekat umurnya dengan ana. Masa sambut hari lahir Mu'az, ana pun suka sangat!

^______^

Biar apa pun orang kata tentang dia, dia adik saya!
Jangan kacau dia!

Heheh..


aslim taslam...

C'est la vie!

BismiLlahirrahmanirrahim...

Semua orang tak menyangka. Semua orang pelik. Tapi, ana tak pelik. Untuk apa ana pelik pada dii sendiri? Self- concept dan self-esteem ana tengah tak bercanggah. Nasiblah.

Apa kata self-concept: Ana akan masuk aliran sains tulen! Ana akan survive insya Allah!
Apa kata self-esteem: Sains tulen sesuai untuk kecenderunganmu!

Rindu syadid pada novel Tautan Hati. Dua bulan lebih ana biarkan buku kesayangan ini lari daripada ana. Syukurlah Allah dapat beri ilham pada Fatimah Syarha agar dapat tulis novel sedemikian yang boleh mendorong pada sentakan iman! Hehe..

Sentakan iman? Bila ana dapat ya? Ehem2, bila cerita tentang sentakan iman, teringat teman2 yang selalu kata ana dah banyak berubah dan menjadi melampau puitis pada ehem2 tika dahulu (dahulu lah sangat..) ^_____^

Matang? Wah, bahagia tak terkata~ Ada yang kata ana dah matang. Ehem2, tapi pemikiran belum, dan perilaku ana pun belum matang sepenuhnya lah mon amie. Sedang membina kematangan diri dan jati diri bagi diri ini. Sama-samalah bermujahadah ya!

Alangkah bahagianya mendapat sentakan iman daripada Allah~ Sangat bahagia. SubhanaLlah wal hamduliLlah. La haula wa al quwwata illa biLlahil 'Aliyyil 'Adzim..

rindu tahun 2007. realiti yang menjadi kenangan.

c'est la vie... this is life...

^_______^

aslim taslam..

rima hati : Demi Matahari.... Dan sinarnya di pagi hari... Allahu subhanaLlah.. (sampai habis)

Khamis, Januari 03, 2008

Al-Muntholaq

BismiLlahirrahmanirrahim...


AlhamduliLlah... Allah permudahkan ana buat pilihan. Pilihan yang terpilih dalam memilih yang ingin dipilih. Moga Allah tetapkan hati ini terus tegar, kekar dan kuat menempuhi waktu-waktu hidup yang kian berbaki.

Sains Tulen? Insya Allah, itu jurusan yang ana ambil. Berapa subjek? Tak perlu cakap lagilah ya. Tunggu hingga masanya akan ana beritahu.

Taklimat pemilihan subjek berjalan lancar. Mulanya sukar memilih tapi syukru liLlah, Allah permudahkan. Dan ustazah Suhana sempat memberikan talk tentang persiapan melangkah ke alam tingkatan 4 dengan personaliti yang lebih kental harapnya, insya Allah. Apa itu al-muntholaq? Ustzah terangkan, al-muntholaq itu adalah langkah permulaan. Lalu, langkah permulaan apa buatku? Langkah permulaan bagimu menjadi khalifatuLlah yang lebih ikhlas dan kuat hatinya... Mudah-mudahan.

Ana masih ingat lagi, ustazah Muhaini kata, kalau kita ingin buat pilihan, dan kemudiannya kita rasa sukar memilih, ustazah kata, pilihlah yang mana pilihan itu buatkan hati tenang. Itulah pilihan yang tepat, insya Allah...

Pilihan tepat apa? Jurusan ana tahun ini juga kelab sukan permainan yang ana akan masuk serta. Untuk sukan dalam sekolah, nombor satu ana letakkan pada ping pong (huhu, sejak bila ana pernah main ping pong, eh?) dan untuk sukan luar sekolah, pilihan pertama pada sukan memanah. Ada lagi pilihan lain tapi sebut yang itu sajalah. Moga Allah tempatkan ana dalam kelab sukan permainan yang terbaik buat ana! (Ana tak nak masuk renang lagi....)

Waktu ini, ana rasa sakit kaki. Duduk terlalu lama dalam posisi yang boleh tahan sempitnya dalam Dewan al-Qadisiyyah di sekolah tadi. Sebelum kesakitan terasa, dan ketika riuh mengusai dewan, sempat ana mencoret sesuatu... ^____^ Moga dapat dihayati bersama!

Bicara Hati yang Leka

lisanmu bak seorang nasionalis terbilang
ucapmu bak seorang pendebat handalan
lancar katamu seiring lisan menyatu
kalimah terluncur menurut hati
akal tiada peluang mendominasi
nafsu sewenangnya menguasai
walau umpama madah yang terucap mesra
namun ketahuilah bicaramu sia-sia
sungguh sia-sia!
mengungkap fitnah tanpa sedar
umpatan dilempar menikam saudara
diterap sukma anasir lagha

bicaramu tiada gunanya
hanya memperbesar takah dosa
hampir dirimu pada hati nan mazmumah
noda terus menyelimuti kalbumu
tanpa kau sedari...

lisanmu nikmat pemberianNya
andai esok tiada lagi bisa bicara
pada siapa pula kau ingin persalahkan?
walhal kau sendiri tahu
mensyukuri nikmatNya itu tuntutanNya
dan jangan pernah kau kufur padaNya...
pada nikmatNya...

Minni mukhlisah,
Raehan QA
030108
Copyright

Moga tulisanku jua kalimahku selama ini jua di waktu yang mendatang memanfaatkan diri ini dan semua yang membaca. ^_____^

Khairun naas anfa'ahum linnas
(Sebaik-baik manusia ialah yang bermanfaat buat manusia lain.. -hikamul 'arabiy)

aslim taslam!~

Rabu, Januari 02, 2008

Hari Mendatang

BismiLlahirrahmanirrahim...


Uh oh, sehari dua ini ana bermain dengan perasaan yang sama waktu lepas ambil natijah UPSR masa darjah 6 dulu. Dan nampaknya sejarah itu berulang kembali. Ana tak ambil pengajarannya, dan nasibnya, ana menjadi mangsa sejarah. Huhu... Dan sekarang ni ana mestilah redha dan buka hati seluas yang boleh supaya ana boleh hidup aman sejahtera. :D


Esok sekolah!!~ Hmm, esok ada taklimat pemilihan subjek. Tadi bincang-bincang secara syura dengan abah dan mama, nampaknya ana tak nak ambil Prinsip Perakaunan. Kenapa?
Satu, sebab saya langsung tak minat. Dua, sebab menambah beban dengan subjek yang saya tak suka. Tiga, ada sebab lain tapi malas nak terangkan. Lagi pula, Kak Wani pernah cakap, sebenarnya sekolah boleh tawarkan subjek ICT yang menarik untuk batch dia, tapi disebabkan tak ramai yang nak ambil, maka, subjek itu dibubarkan. Kak Wani kata subjek tu interesting dan mudah untuk score. Abah cakap, buang PA, ambil je ICT.. Ana pun mengiyakan (dengan gembira..) ^_____^


Oh ye, ana baca pesan Kak Mu'izzah di blognya, rasanya dapat ruh baru. ^___^ Ruh apa? Ruh a.k.a semangat untuk terus menulis karya. Cuti ni harapan terbang melayang. Cerpen semua terbengkalai tambahan pula ana jenis yang tak ada ilham nak mengakhirkan cerita dengan mudahnya. Sajak, ada lah beberapa kerat. Luar biasa betul! Biasanya kalau ada masa luang, banyak... sampai jenuh nak buat dan edit. Tapi, kenapa berubah eh? Allahu a'lam... Moga semangatku terus berkobar! Amiin~


Dan lagi, ana kena buat bersedia mental dan emosi. Sebab apa mental? Sebab lepas ini ana akan berhadapan dengan subjek yang aneh (aneh sebab tak pernah belajar) dan serba baru. Emosi sebab segalanya akan berubah. Insya Allah... (moga selamat sejahteralah saya merealisasikan misi 2008 saya! Doakan ya...)


Tahun ni ana tak nak jadi seperti tahun lepas. Pergantungan pada Allah berkurangan pada mulanya. Lalu menangislah ana sendirian tak tahu nak buat apa dengan semua masalah walhal semuanya senang andai ana dapat berfikir secara lebih waras dan dapat buka hati dan minda sepositif mungkin. Syukurlah Allah sedarkan ana dengan bantuan yang tak pernah tersangka. Ehem-ehem.. apa tu? Yang pasti, ana tak nak ulang balik sejarah, dan tak nak lupakan, sebab siapa yang melupakan sejarah, sejarah itu pasti berulang kembali. Tak ingat tu kata-kata siapa, tapi ana yakin dengan kata-kata itu pastinya. (Jangan jadikan masalah kita macam dunia kita! Ingat tu!)

Esok sekolah, dan ana mesti mempositifkan pemikiran ana untuk semua perkara yang akan terjadi di waktu mendatang, paling mendekat sekarang, hari esoklah. Bak kata sesearang tu, buka mata, buka hati...

Ana sangat tertarik dengan hadis RasuluLlah ini:

Janganlah kamu memandang rendah sebarang kebaikan, walaupun
dengan hanya kamu menemui saudaramu dengan muka yang manis.”
( Hadis riwayat Muslim )


^_____^

aslim taslam...

Selasa, Januari 01, 2008

Monolog

Bismillahirrahmanirrahim....


Ugh! Tensiyuuunn! o1o1o8.

Adakah saya tak betul?

Ya? Buat masa ini.

Dan kenapa itu?

Mutakhir ini, kenapa saya rasa mudah terpengaruh heh?

Terpengaruh? Wah! Macam dahsyat je.

Tak nak baca blog orang lain la!

Aih, nape ni?

Takde kenapa-kenapa. Nak tahu buat apa?

Manalah tau boleh tolong.

..... TTYL ......

(monolog semata. takde kena-mengena dgn sesiapa kecuali ana)

Ces~ Hari ni jugaklah terkena angin mood tak baik ni.
Sebabnya boleh tahan jugaklah. Haha..

"Sekolah lusa.. Hal ana musta'iddah?"
"...."

Sanah Helwah!

Bismillahirrahmnirrahim...

AlhamduliLLah.. sudah menginjak ke sanah 2008. 22 Zulhijjah 1428H. Lagi berapa hari juga kita sama-sama akan menjenguk ke sanah hijrah yang baru, sanah 1429 H. Masa kian memotong dan terus memburu tanpa kenal jemu!

Biasalah kan, masa memang tak ada masa nak buang masa dengan kita manusia ni.

Surah al-'Asr. Peringatan Allah dalam Al-Qur'an tentang masa. Betapa masa tu teramatlah penting sampaikan Allah sendiri bersumpah dengan masa. Masa yang diciptakannya yang menjadi tantangan dan rintangan ciptaan-ciptaanNya.



Mafhum firman Allah dalam surah al-'Asr:

[1] Demi Masa.

[2] Sesungguhnya manusia berada dalam kerugian

[3] Melainkan yang beriman dan yang beramal soleh, dan mereka berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Cuba baca dalam gambar tu. Tertulis:

Prasyarat Menjadi Manusia Tidak Rugi...


1. Beriman dan beramal soleh
2. Bepesan kepada kebenaran
3. Berpesan kepada kesabaran.

Dan sejauh mana kita telah mencapai pra-syarat itu? Hanya hati yang tahu.

Memang lah nampak susah, kan? Tapi, seperti biasa. Kita mesti mujahadah dan istiqamah.

Dalam kes berpesan kepada kebenaran ni, ana teringat hikam 'al-arabiy.

"Qul al-haqq wa lau kana murran"
- berkatalah yang benar walaupun pahit-

Nak da'wah memang tak senang. Hidup memang tak senang. Sebab balasnnya pasti manis.
Kalau senang hati si mad'u menerima, alhamduliLlah. Tapi, takkanlah semudah itu kita jadi da'ie? Mesti ada juga part yang menguji keimanan sampai nak cekik-cekik je si mad'u tu kalau terlalu ikut hati yang mendengar bisikan nafsu. Ehem-ehem, macam melebih-lebih pulak.

Tapi, point penting di sini ialah, berda'wah dan nak mujahadah buat dan laksanakan apa sekali pun mesti banyak bersabar. (la budda an nasbiru bijiddin wal ijtihad) Dan kita pun kena ingatkan orang supaya bersabar kan?

"Sabar..." Adatnya, mudah je diluncurkan kata itu di hadapan orang yang ditimpa rempah tak sedap dan tak diminta pun dalam hidup mereka. Nak ingatkan tentang kesabaran pun ada caranya kan?

Hmm, teringat pula. Hari Sabtu lepas rasanya, ana ada tengok rancangan tv yang menarik juga. Dia ada ajar macam mana nak latih seorang budak kecil yang mulanya buas macam beruang di belantara menjadi jinak dan baik hatinya seperti budak yang baik. Hehe. Seronok tengok. Dalam program tu, didatangkan khas seorang penasihat yang berpangkat 'nenek' yang dah lama makan garam tentang parenting. Kemudian, parents kepada budak itu tadi dinasihatkan dengan nasihat yang derang tak pernah terfikir pun nak buat. Biasanya, derang marah-marah dan tengking budak itu dengan cara yang hmm, bolehlah tahan kurang berhikmahnya.

Nak tahu macam mana nenek tu ajar?

Nenek tu cakap, kalau nak dekati si anak yang memang kurang mengerti tu, dengan cara yang tegas, tapi berhikmah. Macam mana? Dengan cara bertanya kepada empunya badan itu nak ke dia buat macam ni dan kalau buat macam ni nanti jadi macam itu..

Contohnya:

Anak: (Main-main ikan dalam akuarium)
Mak: Adik, nak ke main lagi ikan tu atau tak nanti kita kena time-out? (tegas menguasai nada suara)
Anak: (Diam dan berfikir lalu dia pun akan stop buat benda yang tak sepatutnya itu da terfikirkan apa kan mak dia lakukan kalau kena time-out - kurung dalam bilik sampailah si anak itu siap jadi budak baik)

Faham tak? Nak tegur kena ada cara. Caranya mesti berhikmah. Dan yang berhikmah itu pasti akan lebih cenderung kepada cara yang lebih positif dan pastinya tidak negatif.

Oh ye. Kita kena muhasabah (hitung-hitung) diri kita balik dengan segala apa yang telah kita lakukan, baik sengaja atau tidak. Menghitung diri sendiri memungkinkan kita mmpelajari diri kita, siapa kita sebenarnya... Ambillah 'ibrah dan 'i'tibar daripada siapa kita pada tahun 2007.

Bersamalah jayakan tahun 2008 ini dengan lebih mujahadah dan istiqamah kuat dari dalam hati! Yuk!

Resolusi, Revolusi, Reformasi !(tiru ayat sang pulasari.. hehe...)

Resolusi sanah 2008 ana?

Rahsiyer~ Biar hati, diri dan orang berkenaan saja yang tahu. Nak tanya, tanyalah ana. YM kan ada. ;p
['ibadah semakin mantop, terus excel dalam study, terus berekspresi dalam seni penulisan, terus bersabar dan tersenyum dgn mudah, tahu mengawal hati dan diri, always think positive! insya Allah..)


Memungkinkan diri sendiri menjadi seperti apa yang dimungkinkan!

Ada ke... Adalah ni...

^_____^

trust ALLAH abadan abadaa...~


sanah helwah! tahun yang manis. tahun yang baik insya Allah...

aslim taslam.