Isnin, Disember 29, 2008

manis MPR (iii)

Bismillahirrahmanirrahim

manis MPR (ii)


Bismillahirrahmanirrahim.

BEBERAPA hari lalu.

Sejak pulang daripada mengikuti MPR, saya terkena sindrom. Sindrom tak-nak-belajar.

Sangat liat. Paling sukar.

Di depan saya tergeletak buku-buku yang luar biasa tarikannya:

Yuda (Zaen Kasturi), Di Kebun Khatulistiwa (Rahimidin Zahari), Taman Percakapan (Shamsudin Othman), Perempuan Anggerik (Faisal Tehrani), Ladang Hati Mustika (Ummu Hani), Ayu (Jihaty Abadi), Sihir Hujan (Sapardi Djoko Pamono) dan banyak lagi.

Oleh sebab itu, saya terpaksa mengalihkan buku-buku itu pada rak istimewa. Membelakangi meja belajar saya. Belakang! Aduh...

Kalau tidak, memang kerja rumah Biology, Add Mathematics dan Bahasa Arab Tinggi saya tak tersentuh. Mujur dah mula beraksi hari ini.

SAAT terfikirkan MPR, dalam bilik dengan Kak Hazwani, setiap masa, di mana-mana dalam bilik kami, bersepah-sepah buku, majalah atau karya-karya yang mesti dibaca (atau tidak). Ada Dewan Masyarakat di atas meja kopi, 1515 di atas meja solek, Tunas Cipta dan cerpen-cerpen yang abang Saifullizan beri ada di atas meja dapur dan katil-katil. Mana ada konteks 'kemas'.

Sangat tak biasa saat di rumah buku harus dikemas dan disusun elok.


MASA MPR, saat diajar cara menukangi cerpen, jujur, saya suka sangat apabila dapat memahami konsep cerpen yang diajar abang Saifullizan:

Cerita yang pendek tetapi bermakna.

Saya berusaha nak memfantasikan cerpen saya, tapi tak menjadi. Ada dua cerpen. Cerpen pertama, rata-rata kawan-kawan cakap: puisi yang panjang. Saya hanya mampu tertawa dan akui kelemahan saya yang suka melewahkan bahasa.

Semasa sesi belajar cara menukangi cerpen dengan Kak Nasriah, kami semua seolah-olah terpaksa. Apa yang Kak Nas ajar ialah:

Menulis cerpen seolah-olah menipu (untuk kebaikan).

Menipu sebab kita mereka-rekakan cerita untuk kebaikan orang lain. Orang Melayu kata tipu sunat.

Usaha saya menulis cerpen sejak pulang dari MPR sedang berlangsung dan saya rasakan masa yang diambil adalah sangat lama. Sangat lama. Walau apa pun, saya akan berusaha melunaskannya. Nantikan! [Penat buat motivasi untuk diri sendiri. Bila nak siap cerpen?]



Kak Nas, fasilitator saya. Sifu cerpen. Kak Nas, tunggu 'Ain siapkan cerpen !


.aslim taslam.

Baru: 1430

Bismillahirrahmanirrahim.

Dua Belas Purnama

sesudah 2 belas purnama kulunasi
tuntas keramahan sang masa
kini kembali menjadi baharu
- gapura hidup saat tahun 1430

raehan


Doa Awal Tahun

Allah SWT berselawat ke atas penghulu kami Nabi Muhammad SAW,
ahli keluarga dan sahabat-sahabat baginda
dan kesejahteraan ke atas mereka.
Wahai Tuhan, Engkaulah yang kekal abadi, yang sedia ada,
dan ke atas kelebihanMu yang besar
dan kemurahan-Mu yang melimpah
dan ini adalah tahun baru yang telah muncul di hadapan kami.
Kami memohon pemeliharaan daripada-Mu
di sepanjang tahun ini daripada syaitan
dan pembantu-pembantunya dan tentera-tenteranya
dan juga pertolongan terhadap diri
yang diperintahkan melakukan kejahatan
dan usaha yang mendekatkanku kepadaMu
Wahai Tuhan Yang Maha Agung dan Maha Mulia.
Wahai Tuhan Yang Maha Pengasih
dari mereka yang mengasihi dan
selawat ke atas penghulu kami nabi Muhammad,
dan ke atas ahli keluarga
dan sahabat-sahabatnya
dan kesejahteraan ke atas mereka.

Amiin.



[HIJRAH : tahun baru, introspeksi selalu!]

Sabtu, Disember 27, 2008

Pengkhianat

Salam.

Bahasakan diri sebagai 'aku'.

Aku
Aku
Aku
Aku
Aku

Aku akui
pemikiranku drastik

Namun sampai begini?

Ah, kau pengkhianat!

DARWINISM dan Kejatuhannya - Mana Belas Kasihan ?

Bismillahirrahmanirrahim.


Pernah bayangkan seekor Pongo Pygmaeus merintih?


Mungkin tak pernah sebab kita selalu(?) lihat dia tersenyum.

Saya tak tahu foto itu generasi Pongo Pagmaeus yang ke berapa sejak dia menjadi mangsa. Bukan hanya dia malah kerabatnya yang lain turut tertempias: cebus albifrons, macaca fascicularis (monyet yang pernah kelihatan di Batu Caves, Malaysia), saimiri sciureus dan lain-lain.

Mangsa tragedi ini:

DARWINISM


Saya bukan pengkaji hebat tetapi saya dapat tahu dari harunyahya.com, 12 Februari 2009 ialah ulangtahun KEJATUHAN Darwinism yang ke-200.


Hati yang tak pernah ada belas dan kasihan terhadap diri sendiri
sehingga sanggup menghukum diri dan manusia lain dengan teori yang memualkan!


--------


Saya mahu manusia juga begini, dan barangkali saya juga belum terpenuhi hati kecil ini dengan kasih sayang yang hakiki. Biar tersisih namun ada yang mampu mendengar dalam-dalam, hati yang merintih.




CISARUA, INDONESIA - FEBRUARY 26: Dema (male) the 26-day-old endangered Sumatran Tiger cub cuddles up to 5-month-old female Orangutan, Irma at the 'Taman Safari Indonesia' Animal Hospital, on February 26, 2007 in Cisarua, Bogor Regency, West Java, Indonesia. Irma and another orangutan have been rejected by their mothers while two Sumatran tiger-cubs (including Dema) also born in the hospital, have also been rejected by their mother Cicis and are being looked after by staff at the Animal Hospital.


Sumber: sini dan sini.

Keranda Bahasa (?)

Bismillahirrahmanirrahim.



Ana mengingatkan untuk diri yang harus selalu dingatkan juga buat manusia yang perlunya selalu diperingatkan.

Tanpa bahasa tiada bangsa!

"Kau tidak layak menjadi manusia sekiranya
bahasa kau telanjangi dengan porak peranda kata-kata yang gila"

...

Jumaat, Disember 26, 2008

Iqbal

Bismillahirrahmanirrahim.


Hari ini, si Iqbal mengetuk rumah kata-kata blog. Terasa seperti sebelum ini pun sudah ada yang berkata demikian, tapi apablia si Iqbal itu yang berkata-kata, terkesima pemikiran sampai tersrengenge.

Dahsyat sangat ke?

|Iqbal, kau kalau berkata-kata aku tak boleh lupa. Radikal syadid!|

Jadikan pena sebagai pedang tajam untuk Islam.

[ Psikologi. Ya, saya kena ambil psikologi ]

Siapalah saya si pemilik blog ni.

Rabu, Disember 24, 2008

Bukan Dia

Bismillahirrahmanirrahim


Persinggahan

Cenderawasih singgah ke bumi
lewat senja yang merah
semerah sayap sang cenderawasih
menanti janji malam
dilunasi sepenuh kasih

-Qurratu'Aini-
Copyright bawah peliharaan Allah al-Bashir


P.S: Aku masih mencari sang ilham!

Selasa, Disember 23, 2008

MPR - Hari-hari Mula

Tingkat teratas Menara Dewan Bahasa dan Pustaka.

Entah merenung apa.

Dengan penulis bernama Azizi Hj Abdullah dan paling kana, novelis, Lala Zehan

Bangunlah Islam!

Kak Hazwani si Wardahputeh dan Kak Hidayah

Jejeran tempat duduk dengan gula-gula Hacks

Penyair Baha Zain yang sangat baik hati

Ibnu Ahmad al-Kurauwi

Malam pertama di Seri Cempaka Service Suite


Memandangmu buat pertama kali.

Seorang Jiwa Kacau

Bismillahirrahmanirrahim

Gambar dari blog abesa. 'Ain takdak kamera, harapkan abesa seorang! Aduh.



dari kiri: Kak Wahyuna, 'Ain, Kak Nas, Kak Zu, Kak Nabilla, Kak Shida, Abesa (Faisal)


Seakan Camar

Sayap-sayapku seakan merapuh
ditelan bisa sang masa

Seakan aku camar yang terhenti
dalam perjalanan masa
sesingkat yang panjang
perdengarkan, deru gelombang ingar
perlihatkan, pancar berkaca menusuk
perjalanan masa sebuah rasa

Tatkala aku lihat
belakang yang menjauh
hadapan yang mendekat
atas yang kudukung
bawah yang terkendong
aku sang pemilih

yang tidak punya pilihan
pilih: kehidupan atau kematian!

Seakan aku sang camar
tika masa adalah manis saatku
pahitnya landas pengajaran
dan impian di gemawan
- itu buruanku!


Qurratu'Aini
-memori MPR '08-

Catatan Jiwa Kacau: Demam MPR saya tak habis lagi. Abesa kacau dengan jiwa kacau lagilah kacau dibuatnya! Ragam kalian, kumpulan A. Samad Said 'Ain tak tahu nak komen apa sebab bila kenang semuanya, memang 'Ain tak boleh nak fokus! Abesa, banyak-banyak terima kasih sebab tempel gambar dalam blog kamu, kalau tak mana 'Ain nak dapat.

Kak Wardahputeh, nanti 'Ain nak tulis tentang akak. Rindu adalah beban sebuah perkasihan, kak!

Kelas tambahan ana tak boleh fokus, macam kata Abesa di shoutbox tu: Jiwa kacau!

Rabbi yuqawwiy...

Rindu!

Kerabat MPR 2008

Bismillahirrahmanirrahim.


Satu pengalaman yang mengorak dalam hati abadi. Menjadi penulis!

Alhamdulillah, yang menjadi perintis adalah batchsebelas. MPR bukan program yang calang-calang diadakan. Hanya untuk yang serius, hanya untuk yang ada hati, ada jiwa.

Pahitnya, manisnya, Allahu a'lamu bissowab.

Minggu Penulis Remaja 2008
Anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka
12/12/08 - 18/12/08
Bertempat di Menara PGRM, Cheras.

3 puisi dan 1 cerpen. Tugasan yang agak berat dan menuntut keikhlasan.

Melihat kota dengan mata hati. Aktiviti berdialog lalu bimbingan oleh fasilitator daripada penulis-penulis berwibawa, penyair Rahimidin Zahari (Kalau tak kenal, beliau penulis sajak Anak Laut), penyair Shamsudin Othman, cerpenis Saifullizan Yahaya dan cerpenis Nasriah Abdul Salam. Belajar untuk menulis cerpen dan puisi dengan lebih baik!

Peluang bertemu penyair Baha Zain dan novelis dan cerpenis Azizi Haji Abdullah kenangan yang indah dengan ilmu dicicip sepenuh rasa.

Melawat Dewan Bahasa dan Pustaka buat kali pertama! Di tingkat paling atas (tingkat 30), ada ana teringat amanah penulis, menulis satu amanah yang tinggi. Teringat juga kalian, batchsebelas.

Tahu tak, sastera darjatnya lebih tinggi daripada sejarah! Bayangkan. Sastera adalah pramal sejarah. Itu kata-kata En.Rahimidin Zahari berdasrkan puisi "Sungai Mekong" yang hadir sebagai puisi dengan beribu ambiguiti.

Mahu cerita lanjut, Qurratu'Aini Mun'im tidak mampu dengan kesuntukan masa yang menindih.
Doakan dengan sepenuh ketulusan, agar hati dan jiwa tidak modar semangat dan ruh menulis untuk manusia dan sarwajagat demi Allah S.W.T.

Pautan cerita, catatan MPR 08:


(Ada gambar 23 peserta MPR 08 seluruh negara)

Kak Wardahputeh kata:

Paling terkesan pastilah adik Raden Qurratu ‘Aini. Teman sebilik ana sepanjang MPR. Alhamdulillah. Ada juga yang boleh ingatkan kalau lepa. Seminggu bersama macam-macam dia tahu. Habis dibelek buku nota dan telefon selular ana. Nak marah, kasihan. Nak tenyeh-tenyeh, tak sampai hati. ‘Ain dah jadi macam adik kandung ana. Sayang sangat. Dialah jurucakap tak rasmi ana apabila ana blur atau ‘tergamam’. Dialah juga loceng penggera yang terlebih cas. Karakternya macam mahasiswi Al-Azhar. Tengok sajalah puisi-puisi ‘Ain, tak macam budak tingkatan empat pun.

Menulislah dengan hati!
- En. Shamsudin Othman

Tulis hanya yang baik.
- Kak Nasriah Abdul Salam

Sekali menulis, terus menulis!
- En. Rahimidin Zahari

Raden Qurratu'Aini Muhammad Mun'im
Mantan MPR 2008.


Yuk, kita menulis, tak kira siapa tak kira usia tak kira masa,
segala yang kita tulis dalam perkiraan-Nya,
majulah sastera untuk sarwajagat demi Allah!

Ada amanah yang berat di pundak.
Sekalipun begitu, beban adalah nikmat!
Moga terhindar fitnah hati dan segala riya'. Jadi penulis ikhlas!

Isnin, Disember 22, 2008

Manis MPR 2008 (i)

23 peserta, 4 fasilitator. 'Ain adalah mantan MPR 2008!

Bismillahirrahmanirrahim.

MPR pergi.

Rindu!

Banyak perkara ana dapat belajar, banyak perkara juga harus diamalkan.

Tidak harus, tetapi MESTI!


Langit harapan yang bergantungan, dengan gunung mujahadah mesti tercapaikan!


Harapan bukan anganan, harapan adalah cita-cita!


Ana tak mampu celoteh banyak lagi kerana waktu suntuk. Nantikan catatan kedua daripada ana.

Insya-Allah.

Monolog Sang Perindu,
'Ain -nama masyhur masa MPR-

Sabtu, Disember 06, 2008

Selepas setiap langkah pasti ada perjuangan!


Bismillahirrahmanirrahim...


Doakan ana, sejurus selepas beraya di kampug utuk Eidul Adha, ada Minggu Penulis Remaja menanti ana di KL. Ditempatkan di Seri Cempaka Suite bersama 29 lagi peserta seluruh Malaysia selama satu minggu untuk menimba hujanan ilmu dari awanan yang berilmu.

Doakan sayayang terbaik dan dapat buat yang terbaik, sangat gembira mahu pergi tapi ada juga ketakutan menyelubungi sebab tiada siapapun menemani. Semuanya baru! Rabbi yuqawwiy~

Doakan juga idea yang baik, hasanah dan maju berkembang hadir dalam akal dan diri saya sepanjang minggu itu. Harapnya saya ikhlas lillahi Ta'ala!

Oh, sangat tak sabar nak Eidul Adha, takbir 4 hari, dengan daging korban sama dirai.

*Kem Tahfiz usai sudah, namun tanggungjawab sebagai pembawa al-qur'an takkan boleh dilepaskan sampai akhir hayat walau di mana jua... Kem Tahfiz Intensif natijah d kahirnya membawa kebahagiaan untukku jua Abah Mama :)

^_____^

aslim taslam.

Ahad, November 30, 2008

chermin hati

Bismillahirrahmanirrahim

Saudara lelaki, salah seorangnya adikku.
Dari kiri: Fawwaz, Aiman, Muhammad Mu'az, Helmi

Raya'08
Duduk bawah dari kiri: Laila Shifa', Mardhoti, Salma Humaira', Iffah
Tengah dari kiri: Qurratu'Aini, Opah, Tuk Nyang, Muhammad Mu'az
Berdiri dari kiri: Mama, Abah, Lek Jemi, Lek Muna dan Najibah, Pak cik Taufik




^ ^ chermin hati ^ ^
maafkan saya hati


aslim taslam.

Sabtu, November 29, 2008

Kilasan Semalam

Bismillahirrahmanirrahim

saya kat mana? kat mana eh pulasari?

sedang mengikuti kemTAHFIZintensifO8

dari juzu'5 melangkaulah hingga juzu'..... ^__^

doakan saya dapat capai target saya! Allah kan selalu bersama!


hari-hari pertama di KTIo8 sangat menarik.

tapi minggu pertama tak balik rumah. rindu yang sangat sarat di hai dengan keluarga.

memang payah nak cakap.

Bila jumpa banyak pula bendanya, surat tawaran MPR, pos laju daripada 'izzati, sms kak Nissa', surat sahabat pena dan kek dari Kedah!

ALLAH memang sayang kat saya. Bahkan kepada kita semua.

Tentang MingguPenulisRemaja, insya ALLAh, saya akan mengikutinya. 12-18 Disember 2008.

Tahun ni cuti memang tak terasa. Lepas kem tahfiz terus balik kampung kemudian ke MPRo8.

Silalah anda bayangkan...

Saya tak mahu bayangkan sebab saya nak jadi POSITIF!

Doakan saya bahagia lalui hidup nan indah ini, biar pelajaran saya juga terjaga lebih-lebih lagi subjek-subjek Physics, Chemistry dan Add Maths.


^___^

Au revoir~

Aslim taslam.

Sabtu, Oktober 25, 2008

BERUSAHALAH! GAMBAREYO!

Bismillahirrahmanirrahim.


Ada 16 subjek semuanya untuk imthan semester 2, akhir tahun, dan penentu kelas tahun depan.

Ana target mesti lebih daripada 12 A! Mesti lebih separuh daripadanya yang 1A, insya Allah!

DOAKAN ana selalu~

Allah selalu bersamaku....


Gambareyo!

aslim taslam.

Ahad, Oktober 19, 2008

imtihan is just around the corner..

bismilahirrahmanirrahim

jalurkan sebanyaknya garis usaha

diselangi dengan doa yang tidak terkira

tawakkal di akhirnya

ALLAH bersamaku, ALLAH bersamamu!


happy revising! moh ler imtihan elok-elok ya!

imtihan- wasilah linnajah, fid dunya wal akhirah!

Rabbi yuqawwiy~
Rabbi najjihni~

aslim taslam.

Khamis, Oktober 16, 2008

hmm

salam


teruntuk fahna: selamat ulangtahun ke 16, 12 Oktober lalu.

teruntuk saya: tabahkan hati.. perjalanan hidup ini masih amat jauh, qurrah.

imtihan sem 2: saya akan buat yang terbaik! lebih baik drpd sebelumnya! insya Allah..

oklah, ada usrah online.. salam..

Khamis, Oktober 09, 2008

mengubat hati yang selalu susah nak rasa ikhlas

bismillahirrahmanirrahim.

hmm, pernah tak rasa hati sakit sgt..

sakit sbb susah nak dgr cakap bisikan yang benar.

nak ikhlas rasa macam susah sgt.

riya' tu selalu cemburkan ikhlas..

sbb itulah RIYA' diumpamakan seperti batu yang HITAM atas jalan yang bertar hitam diselimuti kegelapan malam yang bukat!


tak nampak, tak sedar, tak rasa pun riya' tu... sebab tu kdg2 kita perasan je kita ni ikhlas tapi sebenarnya itulah riya'.


sebab tulah.. erti hidup pada memberi..

tak percaya.??

mesti percaya sebab hidup ini macam GEMA.. apa yg kita bagi, itulah yg kita akan dpt balik, dan selalu lebih baik drpd yg kita bagi..

mcm kebaikan.. kalau kit abuat kebaikan, bila niat je pun dah dpt satu kebaikan..
kalau dah buat apatah lagi.

dan Allah akan berikan pahala dan cinta-Nya dan kasih-Nya.. dan SELALUNYA... tanpa kita sedari, kita selalu leka dgn nimat-nikmat dlm hiduopp kita ni. Malahan bernafas dengan satu helaan itu pun satu nimmat yg sangat BESAR.. Subhanallah wal hamdulillah..

---


entahlah, kadang2 jiwa berperang.

'aqal dan nafsu. saya mahu 'aqal yang bergerak dgn hati yang bersih itu menang..

kalau setiap manusia berlandaskan sedemiian, al-qur'an dan as-sunnah tak pernah terabaikan..
pastilah dunia ini harmoni dan aman.

hanya sedikit renungan... selalunya manusia itu lupa..

MUHASABAH dan KOREKSI tak pernah menjanjikan kita kerugian malah kelapangan dan kebaikan yang berterusan.

sesungguhnya Allah suka dgn amalan yg berterusan walaupun sedikit..

^ _ ^

Kuat, kerasSSs, kental, kekaR!

La haula wa la quwwata illa biLlahi-l 'aliyyil 'adzim...

aslim taslam..

Ahad, Oktober 05, 2008

ramadhan pergi syawal mengganti

bismillahirrahmanirrahim...


syawal ceria!

qurrah ceria!



tapi tetap sedih ramadhan tiada...



CERIA!

kena detention pun ceria,

oh, jgn salahfaham, detention ini tak ada kene mengene dgn sekolah..

detention lebih kepada

JIHADUNNAFS~ mujahadah Qurrah

kasi Kerass kental kuat kekaR!

salam EiduLfitri
maafZahir&Batin

*Qurrah tahu byk lompang2 pd diri qurrah sepanjang kita bersama berkenalan bersuka duka dan segalanya...
Qurrah rindu......*

-huh, nasib baik frienster private alelaleale... Allah sebaik2 PELINDUNG!-

tentang raya,

alhamdulillah baik semuanya

alhamdulillahillazi bini'matihi tatimus solihat...


suka sangat

lek rina balik hujun tahun

lek jemi nak nikah hujung okt.

lek mamduh ceria walaupun pendiam saja

adik2 dan sepupu2 ku semua kecil2, saya cucu sulung yg perhati... [sampai x siap wajibat! ;)]

~USrATI SaIeDAH~


afwan. tak ada gambar// kondisi qurrah :)


dalam hp, ada satu nukilan buat bulan ramadhan.. rindu x terkata!

raya mcm senseless, anda tahu kan..

ceria!


saya rindu yang selalu gelarkan diri dia ceria!

sebab apa? sebab qausuquzah ceria!

estrella ...


sekian, QURRAH rindu kamu semua pengunjung qausuquzah...

doakan kebahagiaan Qurrah dunya akhirah

cemerlang gemilang imtihan sem. 2... moga2 12 A1 dan ke atas!

dan doakan dapat ikut Minggu penulis remaja 2008.. belum terima e-mail confirmation lagi...


saya tahu walaupun ramai tak baca coreta ni tapi msh ada yg baca..


maaf zahir batin

Allahumma thohhir qolbiy~ amiin~


salam mahabbah,
Raden Qurratu'Aini

Sabtu, September 27, 2008

best!


bismillahirrahmanirrahim.

thanks to a'tiqah~ ajar saya guna photobucket dan akhirnya saya tahu untuk guna sendiri scrapblog.com!

klik utk view lebih JELAS & wadhih~ ;)

ini natijahnya:


alhamdulillah thummal hamdulillah!

eid mubarak dan jadilah pemburu rahmah wa maghfirah ila nihayah ramadhan!

ma'at tawfiq wan najah~

aslimTASLAM.

Jumaat, September 26, 2008

indah meriah: ukhuwwah fillah!



Islam: MUDAH

Ukhuwwah Islamiyyah: INDAH

Usrah Imtithal 'o8: MERIAH!


takbir!

ALLAHU AKBAR~!


^ ___ ^


care or dare?

bismillahirrahmanirrahim.

kpd yg berkenaan, minta maaf sbb saya dah lama tak layan anda.

entah kenapa tapi memang tak perlu pun.

semoga Allah merahmati anda.

maafkan saya ya.

----

bisu.merajuk

taksuka. taksuka.taksuka

tak tahu kenapa.

ALLAH kan tak bagi gaduh2 sbb kita kan bersaudara?

ma fi musykilah.

tak apalah, saya tunggu.

----

saya nak pilih dia, dia, dia, dia.
ehehu~
hidup adalah tentang sebuah pilihan~

apa ni pilih2 apa ni cik Qurrah?

entahlah. tgh fikirlah ni.

baik ke benda ni anyway?


dare to answer? ;)

----

PS II lagi 24 hari!

T_T

....

jangan begitu!~

Bersedialah! yosh! :D

Khamis, September 25, 2008

inilah dia!

bismillahirrahmanirrahim


uhhh..
emosi terganggu
qalbu keliru


hari isnin
wah wah wah
apa saja yg telah berlaku
;)


hari selasa
ijtima' usbu'iy yang mumti'ah~ alhamdulillah dapat 3 buku!
esei #1: Cinta di Rumah Hasan al-Banna
puisi #1: Tundukkan Hati
puisi #3: Hikmah Terapi al-Qur'an


^_____^ tapi msh tak puas hati bila ada yg 'betul'gunakan RaehanINTISOR.

Rabu!
mary anne balik Brunei tapi...
semalam ada iftar kelas ma'a ustzh Suzana wa jauziha wabintiha.
Sufiah yang comel!
alhamdulillah, selesai jua.

Khamis
belajar BAT penuh hammasah sbb nak terjemah qit'ah pasal haji dan zakat!
best2~ mumti'ah jiddan syadeedan!~ Allahu Akbar!
hari ini nak tasmi; 4 maqraa' tp mengalah pd shbt2 lain yg comel2 :p
nak tasmi'!!!!!
esok ada majlis khatam al-qur'an dan ceramah al-quds! tak sabarnya!


hatiku yg memberat nak memilih
yg ini yg itu yg sini yg situ yg sana

ya Allah,
kurniakan segalanya yang terbaik bagiku dan diredhai di sisi-Mu selalu~

amiin~

Isnin, September 22, 2008

Ya, ya!

Bismillahirrahmanirrahim...


Ya, ya!
saya gembira
ucap hamdalah
tambah suka


Ya, ya!
saya teruja
ucap tasbih
tambah bahagia

Ya, ya!
hidup umpama roda
ada naik turunnya
dan ini yang terbaik
untuk saya!



Didapati raehanINTISOR telah cuba menjebak dewanSISWA dan mingguanMALAYSIA berkali-kali namun buah belum menunjukkan belangnya (apakah...?).
Walaupun begitu, didapati dia telah berjaya mencerobohi ruang terpencil dalam beberapa kali edisi TARBIATUNA terbitan prsSMIH.

Lalu dia rasa sangat bahagia lalu terciptalah sajak di atas.

Macam Nadia kata:

"Raden, jangan lupa ana bila dah jadi pen_ _ _ _ _ terkenal!"

khalis sejenak.

langsung dibalas

"Doakan ana tak lupa akar umbi ana..."

"amiin~" *berbalas senyuman*


raehanINTISOR, moga kau terus berbakti buat ummah dan terus memburu redha-Nya! amiin~

menitip CINTA besar buat yang MAHA BESAR, ALLAHU AKBAR!

aslimTASLAM

Ahad, September 21, 2008

yang SERUU~

sama MDPku. usrah kecintaanku.


Bismillahirrahmanirrahim

seruuu banget.

kayaknya sementar aja tapi buat kita sama lepasin rindu deh~

duduk bareng di Koop, rasain enaknya cheese cake, dan ketemu mereka...

tapi sedih juga sih, ourLOVE nggak ada bersama kami: ustazah Shahidah al-Mahbubah.

ya, begitulah nasib najiha, aisyah, alifah dan ana, emang ada MDP, tapi nggak punya lagi. Punyanya hanya di hati ;)

sekali jumpa, serasa indah sekali!


dan semalam, waktu malam BADAR, ketemu sama Amirah, buah hati kami! alhamdulillah, punya jodoh ketemu sama dia.

segala puji bagi-Nya!


m4b1t perdana 'o8, asikk!

jadi AJK ...ttuuuttt...

asiknya sebelum waktu berbuka itu, ada wajibat. ana hafal barengan Nani, sambil tawaf satu sekolah nyari ustzah Sha.

^ ^ waktu berbuka nggak makan daam dulang, tapi ketika sahur, ya!

terawihnya sangat syahdu, biarpun bacaannya lama, tapi.. entahlah... saiedah sekali.

malam itu ada ceramahnya, ngisahin al-Qur'an dan hari kebangkitan.

tayangannya juga buatku ...............(rahasia)...........

dan siapa sangka, malam itu Allah taqdirkan ana jadi seorang yang bertuah!~

cabutan bertuah nombor 074.. tasmi' doa2 wajibatnya dan jawab 1 soalan. dapat 3 cloud9 deh!

tapi ana kagak makan semuanya, kerana berikan buat kasih2 yg lain. siapa ya? ;) 1 aja yang dimakan.

QIAMnya asik juga. ada selingan tazkirah min al-ustaz Azmen. solat 2 T - taubat dan tahajjud.

langsung terus sahur...... ^ ^

esoknya usai penutup, ada DAauRah TinG.2. Fesinya siapa ya?

banat aja: hazirah, aqilah, sakinah, 'atikah, ana.

janggal amet. LDK nya pun kagak 'hidup'. semuanya kayak capek banget mahu mikir2 dlm LDK.

jadi, hanya analah yang bisa 'hidupin'nya. tapi sikit aja sih.

tapi, ok2 aja. ^ ^


malam BADAR.

asiik iftar bareng yang lain. terawih imamnya sahabat tahfiz juga, dan ceramahnya oleh Pak Wahid dari Indonesia.


Pokoknya, seru dehh Ramadhan ini.

Bakal merindu!


.aslim taslam.
seruu banget

Khamis, September 18, 2008

oh yeah~

bismillahirrahmanirrahim.

alhamdulillah thummal hamdulillah.

hati yang celaru, haru-biru sikit-sikit dah memulih.

segala puji bagi Allah.


saya tak sabar tunggu minggu depan. sebab:

1. meeting organisasi b11 [moga-mogahan ada, I crave for August's bulletin, tau tak 'atiqah?! ;) ]

2. iftar jamie kelas 4 imtithal [moga-mogahan juga mary anne boleh ikut! ^ ^kan, G? ]

3. majlis khatam Qur'an~ [oh oh rindu~ :D]

TAPI...

mungkin minggu depan tu lah minggu last pegang adik2 form 2 sayang.
hanya sekadar itukah peranan murobbi...?

TAK! murobbi bekerja SEPANJANG MASA!

oh yeah~!


sejak aspirasi syabab hari tu, suka sangat guna ayat ni, ada ruh! tambah takbir lagi meletup!

bersemangatlah Qurrah!

siapkan homework, bangun di waktu sahur untuk qiyam (insya Allah) dan pack barang.

ada MABiT PeRDANA dan daurah form 2 (jadi fasi ^ ^).

ma'at taufiq wan najah, ya laki minnajihah~!

"rabbi yuqawwiy..."

.aslim taslam.

Selasa, September 16, 2008

gaya semangat

bismillahirrahmanirrahim.

santai saja post ni, ok?

di sekolah, tertekan!

add maths. add maths. add maths.

oh, alhamdulillah, sudah masuk bab triangles ni, tapi differentiation tak siap lagi!

blog ni, mutakhir, jadi tempat luah sesak dada, TAPI ruang luah isi hati, tidak di sini.

sebab hanya DIA saja yang berhak~! ^ ^ kan, kan, kan?

"~tak mengapa, rasa macam serba tak cukup saja, tapi Allah selalu cukup-cukupkan untuk kita!"~

untuk itu:-


hayya hayya ya nisaaaaaaaa'!!!
[gaya 'atiqah ajar, mad wajib muttasil paling kamil! ;) ]

tAkBiR!

ALLAHU AKBAR!

aslim taslam.

Ahad, September 14, 2008

Ungkapkan Kebenaran

Bismillahirrahmanirrahim

Iqra' bismirabbik [96:1]

i.

Pagi hening, ditemuramah seorang sahabat yang tidak mahu mengaku siapa dirinya.

Atau lebih tepat: di-SOALsiasat.


Payah benar prosesnya. Akhirnya pihak sahabat berpuashati.

---

Ya Allah,

yang MahaADIL, ungkapkanlah keadilan yang sebenar-benarnya dan tujuki kamiSEMUA jalan yang lurus; kebenaran dan ketaqwaan.

ameen~

Aslim taslam.

Sabtu, September 13, 2008

i, ii dan iii

Bismillahirrahmanirrahim.

i.

cubaan kali pertama yang gagal tidak berjaya menyangsikan saya untuk
percubaan kali kedua.

ini bukan soal imtihan, tapi soal mehnah.

segalanya kembali kepada Allah.

ii.

memandang, serasa tak perlu.

melihat, dengan mata hati.

perilaku, akhlak.

serasa lebih karib dengan: muhasabah, koreksi.

iii.

minggu sunyi dalam ingar.

jujur.

rindu.


aslim taslam.

Khamis, September 11, 2008

T.E.K.A.D

Tekad - Izzatul Islam


Kami sadari jalan ini kan penuh onak dan duri
Aral menghadang dan kedzaliman yang kan kami hadapi
Kami relakan jua serahkan dengan tekad di hati
Jasad ini , darah ini sepenuh ridho Ilahi

Kami adalah panah-panah terbujur
Yang siap dilepaskan dari bujur
Tuju sasaran , siapapun pemanahnya

Kami adalah pedang-pedang terhunus
Yang siap terayun menebas musuh
Tiada peduli siapapun pemegangnya
Asalkan ikhlas di hati tuk hanya Ridho Ilahi

Kami adalah tombak-tombak berjajar
Yang siap dilontarkan dan menghujam
Menembus dada lantakkan keangkuhan

Kami adalah butir-butir peluru
Yang siap ditembakkan dan melaju
Mengoyak dan menumbang kezaliman
Asalkan ikhlas di hati tuk jumpa wajah Ilahi Rabbi

Kami adalah mata pena yang tajam
Yang siap menuliskan kebenaran
Tanpa ragu ungkapkan keadilan

Kami pisau belati yang selalu tajam
Bak kesabaran yang tak pernah akan padam
Tuk arungi da'wah ini , jalan panjang
Asalkan ikhlas dihati menuju jannah Ilahi Rabbi

---

Hai'! Berusaha kerasSSs!
Allah takkan mempersia usaha dan kesabaran hamba-Nya!

Ma'at taufiq wannajah.

Aslim taslam.

Selasa, September 09, 2008

ini

bismillahirrahmanirrahim

usapi kesedihan lantaran kau pasti bahagia
sabar itu sungguh penantian namun berbayar jua akhirnya

belailah jiwamu dengan semangat menyala
membara sampai ke perdu, biar kau mampu hadapi semuanya!


minggu lepas, hari khamis memang tak boleh lupa. 4 september 'o8.

saya dan aisyah. aisyah dan saya. dan lagi 6 orang adik2 f2 yang mempunyai
pemikiran sewajarnya bagi remaja.

-farwizah
-nadia
-amirah
-zainursyazwani
-diyana
-murshida

semalam saya dan aisyah ada liqo' sendirian berhad. bestlah kami buat munaqashah dengan berlandaskan matlamat -----

-himpunan-ikatan-didikan-kebersamaan (paling ingat inilah)

dan juga 3 T .ta'aruf.tafahum.takaful.

oh dauroh ------- hari ahad tu, sangat terkesan di qalbu. lagi-lagi untuk orang yang masih shock macam saya ni.

hari juma'at lepas, untuk kali pertama jadi -------, saya terkedu, sangat pendiam, takut... aisyah tak puashati disebabkan saya tak CAKAP...

bayangkanlah, sebelum ni saya tak pernah jadi apa-apa qiyadah. dan sekarang. subhanallah!~

bila dah pergi sekolah hari ahad tu, dengan bekal mutiara drpd ustzh Norma, alhamdulillah semangatku kian menyala dan semaraknya tak terhalang! insya Allah.


da'wah ini jalan yang sangat panjang......

panjang....
berliku.....
tak terduga.....
dan sentiasa berjalan telusuri masa....

--------------

semalam saya dapat kertas BM. dapat markah 24 per 30 untuk karangan. tahu tak saya boleh dapat 26-28 sebenarnya.. tapi ustzh Ruhanah kata, disebabkan TULISAN saya, perlu diperbaiki... maka 24 lah yang selayaknya. motivasi saya nak berkarya agak menjunam semalam.

jujur saya kata, tulisan saya buruk, tak kemas, langsung tak bergaya, serabut.. tapi bagi saya ok2 je. kalau saya jadi orang lain, automatik saya takkan baca.

ya Allah.. kuatkan hamba ya Allah.

hari ni pentuliahan LK, K S, dan SS untuk KRSM SMIH. cemburu dgn nashrah. cemburu dgn org yg dpt jadi LK. saya akan berusaha semampu daya tahun depan! tengoklah kamu semua...insya Allah, saya lah yang terpilih jika itu yang terbaik.

dan juga penutup bulan utrujah, saya meaih satu hadiah atas kurniaan-Nya. dikalahkan oleh si suara merdu. tak apa, saya di bahagian wa-so-tho. (pertengahan.. ) ;)

tapi bahagian karya semua saya out. sedih sangat. saya tak nak diiktiraf mahupun hadiah tapi entahlah, saya buat sebab hati saya mahukannya... cumanya, saya nak karya2 saya balik... itulah khazanah saya biarpun di mata manusia hanya 'plain paper'.


Allah selalu gilirkan kemenangan sesama manusia supaya kita boleh selalu ambil 'ibrah dan pengajaran. inilah hikmah drpd ayat 140, surah ali imran. ingat tu, Qurrah!

mungkin hati saya ada terbit tak ikhlas sikit, karya tu hancur. mungkin lali drpd ingat Allah sikit saja pun, karya tu juga hancur. Astaghfirullah...

menulislah dengan mata pena yang tajam
mampu tembusi hati manusia dengan kebenaran

saya ni orang yang bersyukur ke? atau saya kufur nikmat-Nya, tanpa sedar?

bila baca komik berjimat cermat hasil tangan Rufaidah, buat saya terpegun pada terjemahan ayat yang selalu dah saya baca tapi jadi tembus sampai nubari.

ayat 7 surah ibrahim.

ayatnya memberitahu kita kalau kita mensyukuri nikmat Allah, Allah akan tambahi lagi kurniaan-Nya. kalau kufur nikmat, bagi orang itu lah azab yang sangat pedih.. na'uzubillahi min zalik.


+++


KEHIDUPAN ialah belajar!

Allah lihat seseorang pada amal dan hatinya...
jadilah qudwah terbaik...
ACTION speaks louder than words!


aslim taslam.

Sabtu, September 06, 2008

Menyelam

Bismillahirrahmanirrahim.

Aspirasi Syabab 'o8.

Hancurkan runtuhkan segala kekuatan musuh
janganlah menyerah... Allah 'kan selalu bersamamu!

Derap Perjuangan - Ruhul Jadid

Natijah aspirasi.syabab ini bagi diri saya menurut perspektif saya.

Saya rasa...

saya mampu untuk berubah kerana setiap orang mempunyai potensi dan kebolehan. Saya rasa saya perlu melakukan yang terbaik untuk memberi sumbangan biar sekecil mana pun asalkan ana berUSAHA!

Saya dapati...

saya perlu laksanakan dakwah daripada baby step kemudian barulah melangkah ke stage seterusnya dengan teguh. Saya dapati untuk berdakwah seseorang mestilah berani untuk leksanakan amar ma'ruf nahi munkar dengan penuh hikmah, bijaksana dan berilmu! Untuk berdakwah, mesti ada 'ilmu dan thaqafah!

Saya mesti...


meletakkan pergantungan hanya kepada Allah. Dengan cara sebegitu, segala usaha saya akan sandarkan pada Dia, perbuatan saya akan meningatkan saya kepada Allah, dan dengan demikianlah saya tidak akan mensesiakan hidup saya sebagai khalifah dan da'ie biarpun hanya terpencil dan invisible sebab dakwah itu kewajipan buat SEMUA orang.


Saya ialah da'ie!

insya-Allah.

Selasa, September 02, 2008

untuk kamu

bismillahirahmanirrahim.

Pagi-pagi, sms daripada ustazah Shahidah masuk.

Inna lillahi wa inna ilaihi raji'uun.

Rupanya inilah kawan abah yang abah baru tahu juga tadi.

AlFatihah...

Sahabat saya kuat! Sahabat saya kuat!
Alifah kuatnya kamu...


Bila ingat Alifah, saya tahu dia sangat kuat.

Bila ingat Alifah, saya tahu pernah satu masa saya lukai hati kecilnya.

Bila ingat Alifah, saya tahu dia sangat istimewa walaupun kami tak rapat.


Untuk KAMU...

Alifah, walaupun kita tak sangat rapat, tapi ada tautan hati yang merantai hati kita,lagi2 kita dalam usrah yang sama.

Memang pemergiannya sesuatu yang sangat istimewa biarpun menusuk qalbu, Alifah kena ingat ini tarbiyah untuk Alifah.

Alifah ingatlah, walaupun Alifah rasa macam tak ada siapa, insya Allah, ana dan sahabat2 yang lain akan selalu mendukungmu, meneguhkanmu biar susah mahupun senang. Kita kan sahabat?

Ukhuwwah fillah abadan abadaa.

La tahzan ya ukhti.. innaLlaha ma'ana.

Allah selalu ada dengan kamu. Ini percaturan terindah buat kamu sebab inilah percaturan Allah yang Maha Bijaksana.


daripada ukhtiy Qurrah.
maafkan ana tak dapat menemanimu tika nti perlukan sahabat.

Sabtu, Ogos 30, 2008

Catitan Kecil di Hujung Sha'ban

Bismillahirrahmanirrahim.

Islamic Greeting Card by Alhabib. Visit al-habib.tripod.com for more greeting cards like this!



Catitan Menjelang yang Terindu


Kau menjemput kami

menghadiri tiap durus wa 'ibar

mencatit segala mau'izah di hati

supaya kami bisa berdiri

luar biasa dan teguh kekuatannya

tatkala iman teroleng dicuit nafsu

biar masa itu seolah hunusan pedang

menusuk qalbu hingga ke perdu

membakar hati separuh mati

namun nafsu tidak mampu memusnahi

kerana ini mujahadah kami!



Hidup dalammu adalah satu nikmat

tiada terperi jua terkata oleh hati

dan hamparan kedatanganmu ditangisi syukur

dan langkah pemergianmu pasti ditangisi hiba


Syahru at-taghyir

peluang islah peribadi

medan perteguh jati diri

mantap pengorbanan nafsi

membenam hajat jahat nafsu

perubahan kepada kebaikan

penuhi piala dengan taqwa dan iman



Madrasah tarbiyah

mampu tamyiz mahmudah mazmumah

memikirkan hikmah di baliknya

mendidik diri jadi hafiz dan syakir


untuk segala nikmat-Nya

muroqabah dan ihsan menyusupi

Dia selalu ada dan setia


Padu rindu ini

tiada segan silu lagi buat kami

menghidupkan detik riwayatmu

menghias indah helaian hari jua malammu

usah kami biarkanmu terbakar sia

dalam lipatan rindu ini -

menjadi rajuk penyesalan tiada jawapan,

ya Ramadhan.

- raehan intisor sha'ban 1429H-
copyright di bawah pemeliharaan
Allah AlBashir pemerhati setiap tingkah laku manusia

dan Allah ArRaqib yang mengawasi tiap kelakuan insan.

---

Allahumma ballighna Ramadhan.
Ameen.


Khamis, Ogos 28, 2008

Tentang Si Cacing Comel

Bismillahirrahmanirrahim.

Hari ini sedih bersebab. La ba'sa, mesti ada hikmahnya Allah tentukannya, ye tak?

Natijah warqah BAT alhamdulillah, sangat membahagiakan.
[Sekarang nak tahu saya punya rival dapat berapa natijahnya ;) ]


Warqah Sejarah, buat saya tersenyum-senyum pula.

Baiklah, nak buat 'amal sedikit biar tak sempurna, mari saya tulis
pengisian
di sini hari ini.



Tadi saya ambil gambar di luar, waktu petang yang panas memang bagus juga nak berfotografi foto kerengga berjalan laju atas dawai pagar. Jadi, saya cuba memetik satu dua tiga gambar. Hasilnya, hmm, bolehlah tahan. (Kerengga terlalu laju!)



Namun begitu bukan itu apa yang saya nak cakap sebenarnya, tapi ketika saya nak ambil gambar cendawan,


tiba-tiba terperasan seekor semut api yang kecil 'menyeksa' seekor cacing halus di atas tanah. Cacingnya jernih, halus, warnanya dipengaruhi tanah, namun tetap menarik perhatian. Tubuhnya mengerekot, ke kiri, ke kanan. Rabbi!


Saya macam tak sampai hati nak tengok cacing itu macam tu, tapi bukan ke ini ekosistem aturan-Nya mengikut sunnatullah?

Mengajak kamu sama memerdekakan minda, berfikiran terbuka. Kadang-kadang kita teruji nak buat pilihan (ikut kes ini, nak tolong si cacing itu atau tidak), tapi kalau saya tak ada di situ, mati juga kan si cacing comel itu? Setiap satu percaturan-Nya pasti berhikmah dan berseni.

Allah al-Hakim. Subhanallah. Yuk memuji Allah~!


Sekian daripada saya. Sebelum itu izinkan saya menyelitkan serangkap puisi (Ewah, macam syarahan Nasihah hari tu ) ^ ^
Comel-comel si cacing kecil
mencari makanan di petang hari

kita manusia lemah nan kerdil

hanya kepada Allah tempat kembali.


Aslim taslam!

Rabu, Ogos 27, 2008

Allah Mengujiku

Bismillahirrahmanirrahim.

Kesekian kali, hidup pastinya warna-warni pelangi.

Image Hosted by ImageShack.us


Pundak hati yang kian memberat, Dia hadiahi kemudahan yang tak tersangka-sangka.

Ingat daripada ayat seribu dinar, ayat 2-3 surah at-Talaq;

" sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkan laranganNya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya"

Mahu tahu kenapa?

Chemistry. Entah mengapa mutakhir ini terasa subjek ini sangat killer bagi saya. Topic electrochemistry saya hanya mengerti serba sedikit pada electrolysis. Dan segala cara membuat half equation, saya sangat keliru.

Bila saya baca, tak faham. Bila saya tanya, tak terjawab, malah ustaz sudah cuba menjelaskannya berulang kali, tapi kenapa terasa sangat su'bah? Su'bah jiddan.

Pesan ustaz, belajar lagi. Belajarlah Qurrah, itu kunci semuanya. Belajar dari pada kegagalan ini, belajar untuk bengkit daripada kekecewaan, belajar menjadi kuat dan tabah!

Bila anda membaca, pasti tahu kenapa ketabahan yang cuba dikumpulkan terlerai juga. Lain kali, kalau nampak saya macam nak menangis, tak perlulah sedarkan saya air mata sedang bergenang. Automatis, saya akan mengalirkan air mata!

Buat Rufaidah dan Sofia khususnya, jazakumallahu khairan sebab cuba menCeRiAkan hari dan hati saya. Sangat beruntung punya sahabat seperti kalian. Alhamdulillah, Chemistry tak gagal!

Juga buat sahibah yang lain, ihtimam binafsi sangat dihargai. Jazakunnallah.

Nak tahu natijah imtihan ana, ym ana. Komunikasi 2 hala sangat penting untuk menjana perhubungan yang sihat dan bersih, ok? Ukhuwwah fillah.

Allah mengujku, namun kutahu ini yang terbaik dan aku harus belajar menantanginya!

"Senyumlah, Qurrah kan kuat."

milik-Nya selamanya,
Qurratu'Aini

Isnin, Ogos 25, 2008

Tanya-tanya. Jawab-jawab

Bismillahirrahmanirahim.

Dah perasan tag ni lama juga sebenarnya, tapi, tergerak nak buat malam ni [walau tiada siapa tag saya~!]

Ibda'!;

[1] Berapa lama anda dah sertai usrah?

Sejak darjah 4 sampai sekarang (ting. 4). Sekolah rendah sampai sekarang.

[2] Bagaimana anda boleh sertai usrah?

Sebab jadi kewajiban atau kemestian di sekolah. Sebab itulah...

[3] Kenapa anda menyertai usrah?

. mesti ikut serta walau apa pun alasannya
. kemahuan hati dan diri
. dapat banyak ilmu, khususnya tentang Islam dan kehidupan
. boleh mengenal manusia
. dapat mengenal diri sendiri


[4] Tiga perasaan anda setelah menyertai usrah

. bahagia
. tak terkata
. nak dekat dengan Allah selalu, selamanya

[5] Lima perkara yang anda dapat selama menyertai usrah

. Islam ad-deen terbaik sebagai cara hidup
. syari'ah mendahului kehendak, walau apa pun keadaan
. muhasabah n' introspeksi diri selalu, Allah selamanya ADA
. ambil berat sesama ahli usrah (jaga rahsia, nasihat2, beri kepercayaan)
. saya seorang da'ie!

[6] Lima orang yang kena tag

. najihah
. hidayah
. rufaidah
. farhana
. hanani (buat kat blog kita)
. ainnur
. pulasari

(oopps, jadi 7 pula. takpe, yang penting buat ya!)

Peraturan Tag:

1. Setiap blogger mesti letakkan peraturan ini di hujung entri
2. Blogger yang ditag perlu menjawab soalan-soalan yang dikemukakan
3. Blogger yang ditag perlu meletakkan jawapan di dalam entri blog masing-masing
4. Jangan lupa untuk tag rakan-rakan blogger yang lain
5. Jangan lupa untuk maklumkan bahawa mereka telah ditag dan perlu membaca blog anda
6. Blogger yang ditag dikehendaki untuk tag lima orang blogger yang lain

Moga kita jadi da'ie yang sentiasa thabat dan iltizam di jalan-Nya. ameen~

Aslim taslam.

R.O.Q - remembrance of al-Quds

Memperingati Masjid Al-Aqsa dibakar
www.iluvislam.com
Oleh: MOHD. SAFWAN SAPARUDIN*
(Utusan Malaysia)

al-aqsa on fire
picture taken from AhmedGhareeb.com**

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak dapat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


*Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia, artikel asal DI SINI

**Gambar diambil dari website AhmadGhareeb.com