Ahad, Disember 09, 2007

Rindu dan ceritaku


bismillahirrahmanirrahim....


oh, saya tak boleh menipu diri saya sendiri.... saya rindu kem tahfiz intensif 2007!!~ rindu sungguh... pagi tadi bangun-bangun, saya di rumah, tidak lagi di atas tilam bunker bed tingkat atas di kamar 'izzah aspuri SMIH. tidak lah pula dikejutkan oleh bunyi handset kak faizah atau suara lembut maryam pagi-pagi supaya boleh qiam di musolla. saya tidak lagi mengejutkan sakinah dan aisyah daripada lena yang indah. saya tidak lagi mengegarkan katil 'izzati yang seringkali penat lalu melayannya dengan tidur yang sangat lena. tidak lagi selalu berkejar-kejar ke musolla sebelum pukul lima. tidak lagi terkejar-kejar nak jadi orang first sampai musolla. hehe... rindu lah...



akhirnya, rasa nak bercerita sampai di hati. sebenarnya, masa awal-awal, semua orang rasa kekok. kami sikit saja. 16 orang kesemuanya. disebabkan rasa kekok antara kami semua, penghuluwati atau amirah kami, kak faizah, menguatkuasakan satu sistem ice breaking yang diberi nama sistem buddy. mula-mula ingatkan kami dengar badi atau baldi. kemudiannya, kak faizah betulkan, B.U.D.D.Y.. oh~

siatem ni memerlukan setiap seorang memilih seseorang yang tidak sama umur dengganya untuk dijadikan buddy sepanjang kem. dan buddy ini perlulah menjadi kawan yang setia dan sering mengambil berat antara satu sama lain. buddy ana namanya Nabila Huda. Orangnya sweet dan petah berkata-kata. dia ni pelajar form 1, wakil tingkatan pula tu. tak apalah kan?

minggu pertama minggu paling teruk dalam ,3 minggu kem ini bagi diri ana. ada sehari tu saya dapat tasmi' semuka saja. sedih sangat. nasib baik ustazah Suzana sangat memahami. sangat sangat. jazakillahu khairan jazaa' ustazah~

setiap pagi mesti bangun 4.30 am. qiam di musolla. lepas solat subuh dan manghafaz Qur'an. ada riadhah. riadhah ni AJKnya Aya (Nadiyah Syahira) dan Kak Nadiah Mokri. banyak games yang kami main. semalam punya semalam kami main nenek kebayan. ada masa kami main sambung-sambung cerita. ada masa kami kena lompat bintang sebagai denda sebab lambat masuk musolla. huhu...

masa kem ni, ana, Nur Aisyah dan Tqah Amin jadi AJK disiplin. alhamdulillah, karenah kami ok dan tak berwarna-warni sangat so, kerja kami mudah saja. alhamdulillah...

masa kem ni ramai yang bantu ana untuk terus menghafaz. dorong, dorong dan dorong. thanks to sakinah azmi yang banyak bantu ana especially masa minggu pertama. ^______^

best kem tahfiz. kami hafaz sama-sama. kami basuh baju sama-sama. kami makan sama-sama. cari benda hilang sama-sama. alangkah indahnya hidup dalam manisnya hamparan ukhuwwah bersama tirai bahagia yang sering dihadiahkanNya~!

masa kem tahfiz ni, tabiat menghafaz semua lain-lain. ada yang suka menghafaz di koridor. ada yang senang di musolla. di depan cermin pun ada juga! hehe.. saya jenis yang senangnya di musolla waktu malam, dan senang di koridor pagi-pagi.

ustazah suzana ada cakap:

Allah bagi ujian untuk hamba-hambaNya kerana
Dia rindukan hamba-hambaNya merindukannya...


ustazah selalu pesan: fabima rahmatim minaLlahi linta lahum..
(ayat daripada surah ali 'imran, juz 4)

kalau kita anggap semuanya adalah rahmat daripada Allah, maka Allah akan senantiasa permudahkan kita.

minggu kedua lebih ok daripada minggu sebelumnya. masa ni ada peserta kem tahsin. so, asrama ramai penguninya. kerja AJK disiplin jadi berat sedikit lantaran ramai yang masih blurr tentang peraturan di asrama. kesian Aisyah. hari-hari dia membebel pasal peraturan. alhamdulillah, ada yang faham dan memahami.

minggu ketiga rasa lain. kami makin rapat. semangat nak hafal banyak-banyak kian kuat. ^_____^ tapi, orang buat cerita sedih akhir-akhir. kami sambut milad (birthday) Aisyah 7 Disember, sehari sebelum balik.



kami nyanyi nasyid Sanah Helwah ya Jamilah~ untuk Aisyah malam tu. rindu nya~

minggu last tu, kami rapat sangat. hari yang budak form 5 habis SPM, kami bergambar depan kolam. sweet nya!!!~ teramatlah rindu saat kami bersama.




































ingat lagi, kalau ana rasa nu'as (ngantuk), nanti Aisyah atau Sakinah urutkan ana. Atau Maryam dia ramas-ramas tangan ana. kalau nak tasmi', ana check dengan Sakinah atau Aaeshah atau Maryam. ada yang silap nanti dibetulkan.

hari biasa-biasa Atiqah selalu tepuk atau pukul ana. kecik tapi ... huhu... nakal betul dia ni eh. hehe... Qarirah mesra dipanggil Qarie. Nabila Huda ni rajin dan ngaji je sementara tunggu turn bilik air. Buddyku ini~ Fadhilah sweet, suka tegur dan suka ketawa. Macam Aya! Hehe.. 'Izzati pula suka bermesra dengan semua. Sakinah Samsulkamal yang sedikit gelabah daripada biasa.. ^______^ Munirah yang senyap namun tetap ceria. Kak Faizah kakak yang supporting. Kak Fadzilah suka menyakat. Kak Nadiah ketawanya tidak ternilai.. susah nak tengok Kak Nadiah ketawa... heheh.... kawan-kawan ana yang form 3 tak payah cerita lah ye. dah tak tahu nak describe macam mana. kita kan kawan sentiasa? ye tak Maryam, Sarah, Sakinah, Aaeshah, Aisyah?? hehe... Maryam AJK Kebersihan dengan Kak Fadzilah. Sarah pemilik Qur'an Digital. Sakinah & Aaeshah selalu kejar-kejar nak hafaz. Dua-dua kawan ana ni dah habis surah Yusuf dah.. Aisyah pula main kejar-kejar dengan ana dalam surah at-Taubah dan surah Yunus. hmmm..

semalam, penutup kem. sedih nya. ada kata-kata daripada ustaz Sazali, ustazah Suzana dan akh Munir, penghulu atau amir banin. kemudiannya ada tayangan... sedih sangat bila tengok tayangan ni. rasa nak nangis tapi ana tahan je. Falah dah lama menangis. Sensitif adik ana ni.
Dahlah nasyid latarnya nasyid 'Selamat Tinggal Sahabat' oleh Izzatul Islam. Nasyid yang sama dipasang pada malam sebelum form 5 ambil kertas terakhir (kertas BAT)..

semuanya berakhir........


dan ana masih di sini, merindukan saat-saat gula manis dan hempedu pahit di sana.
Betapa Allah menciptakan segala yang bermula ada pengakhirnya agar kita sentiasa menghargai dan mensyukuri segala apa yang diberikanNya selama ini kepada kita. dan kini, ana sangat mengerti erti itu semua..... insha Allah...



aslim taslam...

2 ulasan:

safiahkd berkata...

hmm.. ana suke bace ntri nih.. :) terliur jugak tengok kek tuh.. heheh

Qurratu'Aini berkata...

hehehehe...

safiah ini...