Rabu, Disember 19, 2007

Mutiara

bismillahirrahmanirrahim...

alhamdulillah... tadi chat dengan seorang akh ni. mumti'ah jiddan! ana mendengar (baca: membaca sebenarnya) saja apa yang dia terangkan. cakap tentang kawan, identiti diri.

akh ni cakap pada ana, tiada istilah 'best friend' bagi dia. dia cakap berkawan biarlah dengan semua orang. dan setiap kawan itu punya kecenderungan, kelebihan dan kekurangan yang berbeza. bila dah kenal, pasti mudah.

dan dia kata lagi, kenal orang kenal diri, kenal diri kenal orang. faham? maksudnya, kalau kita cuba memahami orang lain, kita juga akan lebih memahami diri sendiri. sebab dalam menacari-cari, kita kenal lah yang kita ni macam tu dan macam ni. teroka tu kan bermanfaat!

lagi, dia cakap : manusia adalah cerminan bagi yang lainnya. sesama manusia itu adalah cerminan manusia itu :D

" kalau kita rasa ALLAH jadikan dunia nih penuh dengan kemungkinan yang mungkin kita ikut dan teroka, akan ada sahaja peluang untuk ber'amal dan mengenali diri sendiri."dan cara kita melihat dunia ini, itulah yang dunia sebenarnya.

"the world is only as w i d e as we make it to be..."
dan selalu kita dengar kata-kata William Shakespeare ni: to be or not to be!

hmm, tak lupa juga. sempat juga tadi belajar mengenal diri sendiri di sini. ana adalah manusia jenis NF (iNtuition Feeling) dalam kategori INFJ (Introverted iNtuition Feeling Judging) yang mana hanya 1% saja dalam kalangan manusia yang berpersonaliti begini. ana tak bangga, dan ana tak juga sedih. itu diri ana dan ana adalah ana! ^_______^

Click to view my Personality Profile page


personality type ana--> INFJ - The Confidant
multiple intelligence ana --> Naturalist!

akh ni cakap manusia dalam golongan NF ni ada visi dan prinsip untuk dilaksanakan! hehe.. terus berjuang! mujahadah!

inilah ana. dah tahu satu benda mesti nak kongsi. tapi still ada lobong-lobong. tak tamam ni sebenarnya. banyak lagi input akh tu bagi, tapi takkan nak kongsi semua. lain kali saja ya!

aslim taslam....

Tiada ulasan: