Ahad, Disember 30, 2007

Macam Inilah

Bismillahirrahmanirrahim...

Perjalanan ana masih jauh. Tak sangka tahun depan masuk tingkatan 4 (tersedar betapa tuanya saya! ). SMIH al-mahbubah, insha Allah, setialah ana menuntut ilmu di situ hingga tahun 2009.

Isk.. hari ni telah terjadi satu hiwar yang agak menyedihkan hati ana. Tapi bila ana fikir balik, ada prioriti lain yang perlu diutamakan daripada diri ana. AlhamduliLlah, hati memahami dan menerima. Bersabar itu yang terbaik, walaupun lagi mudah dikatakan daripada dikotakan. Kan Allah sendiri berfirman banyak kali dalam surah Yusuf: Fasobrun jameel... (Maka sabar itu indah..)

Tahu tak, kadang-kadang hati rasa susah nak ikhlas. Walaupun 'aqal habis-habisan kata pada hati, ikhlaslah! ikhlaslah! Tapi, kadang-kadang tu, rasa macam sia-sia je buat suatu perkara tu. tambah lagi dosa yang terpalit sana-sini di hati. AstaghfiruLlah.. Ya Allah, terangkanlah hati hamba yang makin suram namun kian merindui cahaya hidayahMu...

Terbaca entri di blog Rufaidah yang menceritakan aktiviti dia mencuci tandas di sekolah dengan keluarganya. Maryam cakap, bila cuci mangkuk tandas yang sungguhlah karat lagi kotor seperti tak berbasuh beribu tahun itu, dia tidak menggunakan calang-calang pembersih tandas, tapi dia gunakan yang mempunyai asid kepekatan yang boleh tahan tingginya. Sampaikan stokin Maryam yang baru terkena sedikit cairan itu terkoyak! Hmm, apa yang ana dapat?

Bila ana fikir balik, cuba lah bayangkan mangkuk tandas tu macam hati kita, kotornya tak terkata. Apatah lagi disimbahi noda dan dipalit kotoran yang tak terhilangkan dengan 'pencuci' biasa. Tahu 'pencuci asid pekat' itu, ingatkan ana pada 'amal kita. Selalunya 'amal, kita buat ikut iman. Yang sunat khususnya, kalau iman sedang futur, goyah tak seimbang kedudukannya, kita buat sambil lewa. Tak istiqamah.

Contoh paling senang, baca al-Ma'thurat. Senang, pendek je, tak sampai setengah jam pun dah boleh habis, tapi, kalau datang penyakit hati, rasa berat sungguh nak buat. Boleh jadi baca Qur'an satu muka pun payah nak habiskan! Isk.. sebab itulah, di samping kita sentiasa cuba men'cuci' hati kita dengan 'amal yang biarpun kecil, namun biarlah istiqamah, agar 'amal tu tetap dapat mendinding Iman dalam hati kita.. Di samping bershkan hati dengan mengucapkan 'astaghfiruLlah' tak kira masa. Paling kurang pun 70 kali. Tapi, terbuatkah oleh kita ni? Tepuk dada, sapa hati, tanyalah Iman..

Oh ye! Tadi, habis pening kepala ana selongkar sana-sini dalam bilik, mencari pen-drive yang tiba-tiba hilang! Gusar hati ana dibuatnya. Dahlah sebelum dah ada yang hilang. Tengah pusing-pusing mencari beda hilang ana tu, tiba-tiba.. ana teringat. Kalau hilang benda macam ni,mestilah letak kepercayaan pada Allah dalam nak jumpa balik barang itu. Sebabnya, Allah saja yang Maha Mengetahui mana barang kita yang hilang tu. Di samping tu, kepala kena mind-set positif, kalau tak, kemungkinan besar tak jumpa-jumpa barang tu. Insha Allah, kalau kita ingat Allah selalu, Allah mesti bantu kita, kan?

Semalam Sabtu terakhir untuk tahun 2007, pergi riadhah di Taaman Rekreasi Taman Imoian Emas. AllhamduiLlah, dapat luangkan masa ma'a usrati! Sihatkan badan sambil memesrakan ikatan kekeluargaan, hehe.. dan dapat nikmati kebesaran Allah di pagi hari nan indah! SubhanaLlah~

Oklah, hati ana puas berceloteh! Hehe.. AlhamduliLlah.. tertulis jua apa yang ingin dilakarkan. Moga bermanfaat jadi peringatan kita sama-sama. Malam nanti kalau ada masa, menulis lagilah ana.

AlhamduliLlah..

aslim taslam..

1 ulasan:

rz berkata...

salam 3laik...ingin ana prknalan seorang adik dr iluvislam...nnt nti bka la page fs ya...salam 3laik