Isnin, Disember 10, 2007

Kerana sebuah diari....

bismillahirrahmanirrahim...


masa kem tahfiz... petang, semasa ana menunggu turn mandi di kamawr 'izzah. diolag bersama sahibah ana:

sahibah: anti suka tulis diari eh?
ana: hmm! (mengiya-iyakan penuh kesungguhan)
sahibah: anti tulis hari-hari?
ana: patutnya hari-hari. tapi, masa kem tahfiz ni kurang sikit menulisnya.
sahibah: susah nak jumpa orang macam anti...
ana: huh? (pelik)
sahibah: yelah, susah nak jumpa orang suka menulis diari tiap-tiap hari.

------

kenapa dengan diari? ada apa dengan diari? apakah ertinya sebuah diari bagi ana?

mari ana ceritakan:

ana mula berjinak-jinak dengan diari bermula dari darjah 4. diari ana masa tu teramatlah comel dan ana hanya mencatatkan apa yang sangat penting yang berlaku hari itu. tidak lebih dan tidak kurang.

darjah lima tiada catatan. ada tapi macam tiada. darjah enam ana teramatlah konsisten berdiari. hehe... tahun perang lah katakan. banyak benda yang ana tulis. mostly tentang diri sendiri, keluarga dan pelajaran. ana ingat lagi ana ada tampal salinan slip keputusan UPSR ana dalam diari masa darjah enam. ^_________^ dan ana ingat lagi catatan ana yang sedikit kecewa dengan keputusan SPPM.. huhu.. kertas PSFM dapat B :p

tingkatan satu. tahun ni ana masuk ke alam baru. teramatlah baru. dan tahun ni ana dan kawan sekelas diminta menulis journal dalam bahasa inggeris. katanya, untuk improve english. hehe.. ana pun ber'journal' lah dengan ustzah Fazliaton. sweet!~ ana ingat lagi, masa tu birthday ana, dan semua orang lupa. sedih... lepas ana luahkan apa ana rasa, ustazah bagi ana hadiah!~ ana simpan lagi bookmark nya.. :D yang ana tahu ana ni je yang istiqamah hantar journal. ada juga kawan-kawan lain yang selalu hantar tapi selalunya setiapa kali ustazah minta, ana tak pernah miss.

walaupun ana ada journal dengan ustazah, tapi ana tetap ada diari sendiri. pelik? tak lah..

tingkatan dua. ana berdiari lagi. dan tahun ni ana buat satu sistem journal dengan sahibah qarib ana, Hanani. kami sediakan satu buku untuk dibuat journal lalu journal itu akan bertukar tangan setiap hari, atau paling tidakk, setiap minggu. best sangat! lepas ana buat journal2 ni dengan Hanani, ada lah juga kawan lain yang mengikut sistem ni. diari sendiri... haha... diari ada lebih kurang 3 ke 4.. macam tulah, banyak sangat benda yang nak ditulis lah kononnya :p

tingkatan tiga. tahun ni. hmm... satu diari tebal ana habiskan tepat-tepat masa hari lahir ana (bila tu ya? ehem2..). dalam diari tu teramatlah banyaknya yang ana tulis. best betul bila baca balik. kenangan terindah! hehe... sekarang ni pun ada diari tapi macam tak tertulis sebab.. entahlah.. dah tak ada semangat kot. diari sekarang diari yang sarah bagi. warna hijau. ~.^

dalam diari tahun ni (memandangkan tahun ini juga adalah tahun perang), banyak perkara ana tulis tentang ana dan pelajaran. jatuh bangkitnya ana semua ana tulis supaya ana boleh muzakarah sendiri. dan dalam tu ana melatih diri ana supaya terus tulis kata-kata semangat agar ana terus bangkit. Trust Allah abadan abadaa~ :D

dahlah, ana cerita pasal diari ni bahaya juga ya! manalah tahu...

hmm, tak ada ke orang nak cerita pasal diari eh?

wassalam...

2 ulasan:

alifah berkata...

ana pon ade diary!
ana pon tulis hari-hari...
bestkan ade diary?

Qurratu'Aini berkata...

hehe.. mestilah best!

diari pnyimpan rahsia hati...

pemangkin kata2 nubari.

^____________^