Sabtu, Disember 08, 2007

Istiqamah ya!

bismillahirrahmanirrahim....

hmm... ana sudah pulang ke rumah. usai sudah kem tahfiz intensif yang membawa ribuan bahkan infiniti rahsia dan peristiwa. rindu!!!!~

kem tahfiz intensif
ini merupakan program buat pelajar tahfiz yang dipilih oleh ALLAH dan seterusnya disampaikan pilihanNya menerusi hati-hati al-asatizah untuk lebih banyak menghafaz kalam-kalamNya yang mulia. alhamdulillahi rabbil 'alamin....

susahnya nak cerita kem ni! ah, rindu!! nak ucapkan jazakunnallahu khairan jazaa' buat semua akhawat yang banyak membantu ana minal bidayah ilan nihayah. (dari mula sampai akhir )

kak faizah, kak nadiah, kak fadzilah, sakinah, maryam, aisyah, aaeshah, sarah, aya, 'izzat, nabila (oh, buddyku!), tqah, qarie, falah, andi aisyah, , nadia fariza dan ramai lagi akhawat kem tahfiz yang tak tersebutkan namanya. terima kasih!!~

ana tak nak cakap rekod hafazan ana sepanjang kem ni. tiada manfaatnya pun kalau sesiapa tahu, kan? ^________^

gerabak keretapi tunggu turn tasmi', riadhah santai 'demi matahari' dengan qarie, tqah n sarah, awan biru ungu ciptaan al-Khaliq Maha Sempurna... bebintang yang memayungi malam hari buatkan ana jadi terkenang mukhayyam tahun ni.

kak faizah kata:

"setiap tiga saat, akan ada kelahiran dan kematian di dalam dunia ini. dan setiap sepuluh saat akan ada mereka yang kehilangan ibu.."

wal 'asr.... betapa masa itu aset yang penting lagi serius hingga dibicarakan oleh Allah dalam al-Quran...

sekarang ni ana kena fikirkan dan lakukan cara yg terbaik untuk terus istiqamah mencintai al-Qur'an yang pastinya menjadi penghias cinta buat Dia, Pemilik Cinta hakiki...

tiap pagi hafaz semuka. lancarkan. kalau malam (biasanya lepas maghrib sampai ke 'isya') boleh 'on' lagi, usaha dapatkan lagi semuka. tapi ustaz kata lebihkan pada i'adah... so,.... hehe.. yuk mengulang hafazan!

buddyku, Nabila Huda meminta ana menelefon dia setiap hari. hahaha... buddy ke, badi ke, baldi? :p

oh, begitu sungguh ana merepek tahap tralala di sini....

macam yang akh Fahmi cakap dalam Anis Disember...


Jadikan al-Qur'an sebagai teman!


wassalam.. aslim taslam .....

1 ulasan:

Shahreza Shahrir berkata...

salam 3laik...wah2...kem tahfiz...mgkin bleh d'ajar cara2 mnghafaz yg btul...sbb dlm prncgn nk mghafaznye...hrap dbantu ya...idea2 mngkin dpt mmmbntu...salam 3laik