Selasa, Disember 18, 2007

Cakap Biar Benar

Bismillahirrahmanirrahim...

Hmm.. Lima hari tinggal blog ramai pula yang jengah ya? Oh ya, baru pulang dari Melaka. Penat! Zoo Melaka. Perigi Hang Tuah. Muzium Samudera. Tempatnya biasa-biasa. (Nasiblah, siapa suruh pergi banyak kali) Yah, melawat Melaka sama seperti melawat Malaysia, iya kan?

Merujuk kepada tajuk yang telah tertaip di atas (ceh, macam surat rasmi!), ana sebenarnya sangatlah kasihan dan tak berpuas hati (baca: keTIDAKpuasan hati) dengan seorang kawan ana ni. Lain yang dikatakan, lain pula yang sebenarnya. Bayangkan, kita bertanyakan pendapatnya tentang seseorang, lalu semuanya dikatakan yang negatif. Ana yang berusaha nak jadi seorang yang siddiq ini pun percaya saja. Bila ana bersama dengan orang yang ana tanyakan itu, rupanya... indah lagi rupa daripada khabarnya tahu! Huhu... Cakap biarlah yang benar. Salah cakap padah juga nanti.

Bila ana fikir balik, macam difitnah lah pulak orang tu. Dan ana terus terfikir. Baiknya ana husnudzon saja (bersangka baik :D) daripada dengar cakap dia. Cehs~

Tak apalah, ana dah tahu ni perlu waspada. (rasa bahayalah pula!)

[Bukankah apa yang terluncur dari lisan kita sedikit sebanyak
mencerminkan hati dan peribadi diri kita?]


sekian dahulu.. sama-sama koreksi diri (hehe.. correction). moga yang ana tulis ni ada juga manfaatnya buat kita bersama. ^________^

aslim taslam...

4 ulasan:

taqwaforever berkata...

~bismillahirrahmannirrahim~

assalamualaikum qurrah, nti sihat? alhamdulillah ana pun sihat. disebbabkan di blog anti belum ada shoutbox, ana nak tulis kat sini boleh?..terima kasih sbb nti beri komen dekat blog ana tempoh haru\i. buat pengetahuan nti, ana pun bercuti kem melaka. sebabitu hari tu ana tanya anati pergi melaka bila?. manalah tahu kalau kita jumpa kat sana. tapi mungkin belum lagi masanya Allah nak pertemukan kita masa cuti ni. mungkin masa ambil natijah PMR nanti ke? insyaAllah. oklah setakat sini dahululah ya..~wassalam~

taqwaforever berkata...

~sorry asyik salah eja shj.~

Qurratu'Aini berkata...

xpe ukhti~ ^_____^

rindu mary~

Qurratu'Aini berkata...

insha Allah.. ketemu juga nanti kita di hidayah, 28hb ni ^_____^..

rindukan damai yang ada di hidayah.. tenang yg sentiasa ada..

moga natijahnya yang terbaik buat kita dan yang diredhai di sisNya denagan disertai barakah drpd Dia yg Maha Pemurah dan Pengasih...