Khamis, November 15, 2007

Sihat

bismillahirrahmanirrahim...


Masha Allah. Sekarang rasa pening betul. Pening sebab kena selesema. ( Baca: Ini ejaan yang betul!) Entah flu ke selesema. Tak tahu nak beza. Sana sini make sure kena ada tisu. Huhu...



Senang je Allah tarik nikmat sihat kan? Baru selesema dah rasa macam nak pengsan, rasa nak demam. Tu tandanya Allah nak ana ingatkanNya kan? Ana ni tak sesempurna mana... Selalu ingatkan diri, letak dunia hanya pada tangan bukan pada hati, tapi kadang-kadang taboo tu terlepas juga. Kadang-kadang seronok sangat sampai rasa dunia ini tempat ana seorang.

Patutlah kan? Seronok macam tak ingat dunia. Tapi seronok tu tak berkekalan. Bahgia bukan selamanya, sengsara bukan selamanya, kerana hidup hanyalah sementara...

Mafhum firman Allah dalam Qur'an, ayat 28, surah ar-Ra'd: ketahuilah, dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenteram.


Zikrullah : Berikan ketenangan, mendapat keampunan Allah. Plus, 'ibadah yang paling mudah dilakukan ( tapi kenapa serasa berat sungguh nak buat? )

Moga bermanfaat buat semua yang membaca, juga muzakarah buat ana yang selalu menjauh daripadaNya. (astaghfirullah...)

aslim taslam...

Tiada ulasan: