Rabu, November 07, 2007

Sesuatu Tetap Sesuatu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah wah wah.. Hari ni memenatkan betul! Hari ni hari yang pelik rasanya. Entah lah ye...

Pagi-pagi lagi dah menghuni di dalam perpustakaan (preferred to be called as Maktabah :D). Kenapa? Haha.. tak tahu ke ana dan Hanani jadi pengunjung setia Maktabah mutakhir ni? Bosan tu... Hari Niaga Ria ni tak terlibat pulak. Sementelahan ana puasa (heheh..) Baik lah buat kerja-kerja berfaedah kat Maktabah, ye tak?

Sebenarnya, Ustazah Hanim suruh sortkan nama murid-murid yang tak pulangkan buku lagi sementelahan dah memang nak cuti ni kan. Huh! Menggugat jati diri betul! Memang tension betul dengan derang ni semua. Ada yang buku sejak 2005 tak pulang-pulang.. Parah habis! Ana dengan Hanani sampai tak dapat rasa otak dalam kepala. Rasa macam dah tak betul. Aduhai...

Ada banyak kad murid yang disenaraikan sebagai special case. Pening... pening... Ada yang dah pindah sekolah la, ada yang kata dia dah pulang la dan bermacam lagi ragam manusia yang tralalalaa~ ini.. Sabar saja la.. Walaupun sabar tu senang dikatakan dan sukar untuk dikotakan. Hmm...

Lepas tu, Ustazah Suzana pula minta beberapa orang ahli kelas 3 Intisor untuk meeting untuk jamuan kelas Jumaat ni. Haha.. macam nak ketawa pula lah kan ana dengan Hanani jadi AJK. Tau-tau jelah.. Selama ni, mana ada kami ni dapat apa-apa tanggungjawab pelik-pelik macam ni. Hanani mungkin ada (bowling khususnya..).. ana? Huhu... Tak apalah kan..

Petang sebelum balik, ada perjumpaan murid-murid yang tercalon untuk Physic Olympiad peringkat sekolah. Ana dengar saja lah apa yang Pakcik Wan Saridan tu cakapkan walaupun ada yang tak faham.. Ana mesti kena minat Physic! Mesti dan mesti!

Balik... Hanani sampaikan berita gembira sebelum bas ana bertolak pergi. Nak gembira tak boleh sangat sebab tak pasti. Ana tak pasti... Kawan ana ni lah, terjerit dalam bas tak boleh kuat lagi. Nasib baik 'ter'.. Entah apa yang dia jeritkan.

Dalam bas, ana fikir banyak benda. Banyak hal. Lepas satu hal, satu hal yang lain. Hidup mesti kena banyak fikir, kan? Sebab hidup ni macam sebuah game... game pula mesti kena ada strategi, kan? Kalau tak, nanti kecundang lah...

Siapa ana sebenarnya? Kenapa ana rasa ana ni.... Nak berubah tapi tak boleh-boleh? Susahnya..
Takpelah.. takde siapa faham ana nak berubah apa benda. Allahu a'lam bissowab...

La-hai... Jumaat chance terakhir yang nyata. Fursoh al-akhiroh. Andai kau tahu...

Sesuatu tetap sesuatu walau kecil mana pun sesuatu itu...

Nak iftar!

Aslim taslam...

P.S: Tersirat banyak lah pula entri ni. Alifah kata, kalau faham isi hati kawan kita dalam blog ni, boleh kenal dengan lebih mendalam.. Ye ke? ^____^ Fikir-fikirkanlah...

Tiada ulasan: