Rabu, November 14, 2007

My Mujahid fi qalbiy


bismillahirrahmanirrahim...

Ehem.. ehem.. Ditag Ili lah pula. Huhu... Takpe.. Meh kita tengok.


Rules:
1. The tag victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.
3. Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
4. If you are tagged the second time, there is NO need to do this again.
5. Lastly, and most importantly, HAVE FUN DOING IT.


Oklah.. dia cakap have fun. Lagi pula, Ili cakap kita mesti ada wawasan untuk masa hadapan. (Tapi, dia cakap slow slow buat.. hehe..)Hehe.. Oklah, ana try eh.

Gender: ar-Rijal

1. Beriman dan beramal. Dia punyai satu kekuatan dengan Iman dan Taqwa yang saling dikemaskan pada dirinya. Personaliti muslim beriman pasti beda. Beriman dengan rukun Islam yang 5, rukun Iman yang 6. Orang yang bersyukur dan tahu menghargai segala ni'mat Allah. Allah comes First in everything! Kerana Allah, untuk Islam... Suka berhalaqah.. ^___^

2. Jujur, jujur dan jujur. Ni penting sangat. Sangat sangat sangat. Kalau jujur nanti dia boleh koreksi mana-mana yang saya silap. Jujur dan setia.

3. Sentiasa sabar. Sabar dengan apa? Sabar dengan segala yang bakal dihadapi. Sabar melayan karenah ana yang entah apa-apa. Sabar nak ajar ana tentang sesuatu. Sabar dengan karenah binatang (kucing.. =p) yang selalunya merengek-rengek manja. (Huhu...) Sabar menghadapi tribulasi. Sabar, sabar dan sabar. Orang yang bersabar itu pas banget! Sabar menjana kebahagiaan hidup.. insha Allah~

4. Sentiasa bangun malam untuk taqarrub ilaLlah. Ini pun penting yang amat. Dia mesti kena kejutkan ana tiap malam untuk qiyamullail. Pastu tahajud sama-sama. Baca al-Qur'an sama-sama. Subhanallah...^____^ Alangkah indahnya!

5. Menghafal al-Qur'an. (Ciri yang sama dengan Ili punya) Ni penting sangat. Sangat sangat. Tak kiralah dia ni ada cop tahfiz atau tidak, yang penting orangnya cinta sangat pada Qur'an. Pastu kalau nak hafal dan muraja'ah boleh sama-sama. =)

6. Punya sifat berkasih sayang dan berlemah-lembut. Ada hikmah dalam setiap butir bicara. Menyayangi yang muda dan anak-anak kecil pastinya dan menghormati siapa sahaja. Dan mesti sayangkan binatang! Hehe... Penting juga tu. Sentiasa maafkan ana kalau ada tersilap atau tersalah.

7. Berilmu & Tahu berniaga. Haha.. Sebab ana tak reti berniaga. Nanti boleh ajar ana ek? Dan ada sifat kepimpinan sebagai seorang rajul yang membimbing surinya (heheh..) Tahu memilih yang benar benar baik.Tahu buat kerja-kerja rumah. Kalau ana sakit ke, boleh la tolong-tolong. ;)


8. Akhir sekali, tahu membuat ana tersenyum dan tertawa. Bijak dalam banyak hal. Mestilah ceria dan periang. Tak terlalu skema. Tapi tetap seperti seorang rajul yang berwibawa. Mujahid yang setia dan ceria!


Wah.. alhamdulillah... Dah habislah. Paling suka no. 4 dan 8. Dan...no... semualah! Hehe.. Teringat pula satu rangkap ni:

Andai hamba jatuh cinta ya Allah..
Labuhkanlah cinta hamba pada seseorang yang mencintaiMu ya Allah...

Ehem..ehem.. Memang lama lagi, tapi kena ada wawasan. Oh ya.. kena tag orang lain pula:

1] 'Izzati (ehem..ehem.. lapangkan sikit fikiran..)
2] Atiqah Amin (kesian nti.. hehe. kena buat. tag pertama untuk blog nti!)
3] Husna (pandai-pandai nak siapkan di mana.. hehe)

.. dan semua hamba Allah yang telah terbaca tag ini... Jangan segan-segan nak buat.. ^____^

Sukakan kata-kata yang Ili Syazwani suke tulis satu masa dahulu...

Senyum Mujahid Menuju Syahid!

Amatullah sepanjang hayat... khalifah seumur hidup!

^_____^


aslim taslam...

Tiada ulasan: