Isnin, November 12, 2007

Kupu-kupu dan Kelip-kelip


Kupu-kupu dan Kelip-kelip

kupu-kupu
putih bersih nan suci
terbang bebas
di siang hari
bertemankan matahari
yang terang menyinari
kadang bertemu pelangi
penuh warna-warni
ramai mencemburui
tapi riang menjebak hati
kelihatan indah
sang kupu-kupu
terbang tinggi

kelip-kelip
mampir merapat dekat
pada kupu-kupu yang diam
biar berlainan rupa
kedua-duanya sama
hidup di atas bumi Ilahi
sama-sama terbang
mengepakkan sayap
meredah alam ciptaan Tuhan
merentasi saujana
yang luas terbentang

kupu-kupu dan kelip-kelip
secerah mentari memancarkan sinar
seindah bulan membalikkan cahaya
biar berbeza warna
kedua-duanya serupa
menjejak tenang
menyusur damai
mengajak manusia
agar bisa membuka mata
kala manusia
tidak bisa bangkit
kerana
mata hati yang terkatup
sekian lama

'Izzati AR dan Raehan QA
12.05 AM
131107

Alhamdulillah... ^______^ YM tak selalunya sia-sia! Hehe...
Makasih 'Izzati, kamu buat saya bahagia. Benar-benar bahagia.

Aslim taslam...

3 ulasan:

Izzati berkata...

awak..
dia slalu buat sajak spontan bila YM dgn saya..
the one who i'm having problem with..
saya rindu puisi rindu (dia)..

fahimti?
kalau tak paham, buat2 paham jer lah yer..=)

Qurratu'Aini berkata...

fahimtu...


ana masih tak faham kenapa dia menjauh drpd nti..

hmmmmmm....

Izzati berkata...

nti yg tak paham..
ana yg menjauh..
buat sementara..
but just untill tonight..
i'll change things back to normal..
i must!