Jumaat, November 16, 2007

Kelip-kelip (II)

bsimillahirrahmanirrahim....

kelip-kelip
beritahu dia
saya sahabatnya
dia sahabat saya
walau dugaan merempuh sehabat apa
walau hujan turun tiada hentinya

kelip-kelip
beritahu dia
saya sayangkan dia
tapi usah katakan
saya selalu du'akan dia
saya selalu harap
hanya pinta
rahmah Allah sentiasa mengiringinya
dan buat dia bahagia senantiasa

kelip-kelip
beritahu dia
sudah lama kita tak bersua
namun saya tetap
ingat akan dia
walau jauh saujana
menjarakkan pandangan mata
namun bukan pandangan rasa
sukma nan membelai rindu
hanya Allah yang Maha Tahu

kelip-kelip
sahabat saya baik
buat saya tersenyum
buat saya tertawa sendirian
sahabat saya baik
buat saya menangis
buat saya terfikir
baik buruknya saya
buat saya terfikir
siapa saya
buat saya fikir
dan ingat
pada Dia yang Maha Kuasa
dia sahabat yang sangat mulia
di hati saya

kelip-kelip
beritahu dia
beritahu dia
dan beritahulah padanya
saya sayangkan dia
kerana Sang Maha Pencipta
atas apa jua yang merintang
atau segala yang bukan pastinya menghalang
saya sayang dia
saya sayang dia
saya sayang dia
biarlah hanya du'a
mejadi utusan kasih saya
buatnya
sentiasa...

hanya buat kalian
seorang yang mejadi firashah
seorang yang menjadi qausuquzah
seorang yang mejadi wardah
seorang yang menjadi saif
juga buat sang kelip-kelip
yang megar dalam qalbu ini
selalu
saban waktu.

Mukhlisah,
Raehan Q.A
12.51 AM
161107


ingat daku dalam du'amu sahabatku ya firashah, ya qausuquzah, ya wardah, ya saif...
firashah sang kupu-kupu...
qausuquzah sang pelangi...
wardah sang mawar...
saif sang pedang...

[]|[]|[]|[]

1 ulasan:

yginsaf berkata...

kelip kelip kelip

salam pagi ahad sis..