Isnin, November 12, 2007

Kelip-kelip (I)

bismillahirrahmanirrahim...


Kelip-kelip

kelip-kelip

beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
ada kelip-kelip
kelip-kelip bercahaya
minta saya buka mata

kelip-kelip
beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
semua sunyi
tiada yang berbunyi
mengajak saya
muhasabah diri

kelip-kelip
beritahu dia juga
saya suka malam
sebab bila malam
saya bisa diam
lena dalam kamar kelam

kelip-kelip
beritahu dia ya
saya suka malam
sebab bila malam
ada bisikan merdu
minta saya bangun malam
dirikan tahajud
rasa diri dekat
dengan Tuhan
air mata
terus tumpah berjuraian

kelip-kelip
saya nampak awak
hanya bila malam
pagi kita tak bisa ketemu

kelip-kelip
saya tahu
nanti mesti saya rindu awak

kelip-kelip
esok jumpa lagi ya!

Raehan Q.A
9.14 AM


--------


Waa... tak tahan. Betul ke separuh sejarah hidup kita akan berada di hadapan? Dan ana merasakannya... Tapi ana mesti merasakannya. Ana yang minta . Padan muka. Hahahaha.

Bayangkan. Perkara yang berterusan berlaku pada kita dan kita tak mahukannya. Sampai nak jadi gila.

Mimpi.


Mimpi.


Mimpi.


Sayang... saya yang minta tapi sendiri tak tahan bahana.

Itu lah, saya dah cakap kat kelip-kelip. Suruh beritahu dia. Tapi, kelip-kelip tu terlanggar tiang lampu. Tak dapat nak sampaikan utusan. Mati kat tiang lampu sang kelip-kelip tu. Waa....

Lain kali kena guna kucing pulak kut. Tapi kucing malas nak jalan malam-malam. Guna kelawar? Hahahaha. Tergolek-golek saya ketawa.

------

Gila? Ana gila ke? A'uzubillahi min zalik. Itu celoteh monolog dengan kelip-kelip yang sebenarnya takde pun. Lepas baca "Bila Tuhan Berbicara", otak rasa tralalala.. Dahsyat betul wacananya. Santai tapi susah.

Kem tahfiz intensif minggu depan. Daripada 30 orang ana tersenarai sama-sama.

Oklah. Kena berhenti. Bahasa dah tunggang-langgang. Karang ada yang pening membaca.

Aslim taslam...

1 ulasan:

safiahkd berkata...

hmm sebenarnye ana memang xdapat faham pon.. hahah.. otak bukan sastera.. tapikan.. sume yang jadik pada kita ni, walaupun kite xnak pon, sume nih ujian dari Allah.

Walaupun kita xsuka, tapi kadang2 mende tuh nanti mesti jadik sweet memories gak kan..

huahua tentibe membebel.. :D
love u n miss u :D heheh..