Isnin, November 12, 2007

Jamuan

bismillahirrahmnirrahim...

Sekarang cuti. Tapi, tak rasa macam cuti pun. Heheh.. Nanti ana takde kat alam maya ni dekat 4 minggu bermula khamis ini sehingga 8 Disember nanti. Kenapa?

Pertama: Hari Khamis kena balik kampung kat Bagan Datoh. Sepupuku, Kak Nurul nak kahwin! Mabruk! Du'a untuk mempelai:

"BarakaLlahu lakum wa baraka 'alaikum wa jama'a bainakum fil khayr..."

Kedua: Ana bakal menyertai kem tahfiz intensif bermula 19 November hingga 8 Disember 2007. Lama tu! Bagus lah. Daripada tak buat apa-apa kat rumah. Dapat juga isi masa terluang dengan mujahadah tahap maksima nak mantopkan hafazan di samping dapatkan tambahan 5 juzu' dalam program kem ni.. insha Allah...


Nak cerita. Jumaat lepas ada jamuan kelas. Best walaupun ana puasa! Hehe.. Penat juga buat kad jemputan untuk guru-guru dan kad tanda ingatan untuk satu kelas (kesian Zahieruddin, nama dia tertinggal.. Maaflah. Dah ngantuk dan mamai-mamai masa ana buat tuh... ) Thanks to Mazaih sebab dia bantu ana siapkan kad jemputan sampai pening-pening dalam bas. Makasih dan mohon maaf menyusahkan nti!

Menu utama jamuan: Nasi Tomato & Ayam Madu! Sedap betul baunya. Takpe, bertahan! Hehe.. Lepas ucapan Ustazah Suzana selaku guru kelas dan ucapan Ghazali selaku ketua kelas juga ucapan Afiqah Zabri selaku penolongnya, semua serbu makanan! Haha! Ana bungkus jer.. ^______^

Ada lah sorang banat nih, dia semangat sangat nak ambil gambar semua, satu kelas lah.. Baca dialognya:

Banat A: Eh, banin. Jom amik gambar kelas!

Banin B: Amik jelah.

Banat A: Huh?

Banin B: Amik lah gambar kelas. (sambil menuding jari ke arah bangunan tempat di mana kelas 3 Intisor terletak)

Banat A: (Diam)(Muka tak faham)

Banin B: Amik jelah gambar kelas kat atas tu!

Banat A: Ces! (bengang)

Ana (Takde siapa dengar dialog ana): Hahaha. Terer gak banin ni. Kelakar betul. Hahaha... (Tambah gaya jahat..)

Banin (hampir semua): Hahahahaha!

Hebat juga ya mamat tu kenakan kawan ana. Kesian dia. Sampaikan ana pun tergelak. =P

Dah lah.. Tunggu! Ada lagi entri lepas ini. Puisi lagi sih... ^______^

Ilalliqa'!

Tiada ulasan: