Isnin, November 19, 2007

Salam mujahadah!

bismillahirrahmanirrahim...

wah! nak pergi kem tahfiz pagi ni pun masih smpat buka internet! =p

baiklah, du'akan agar dipermudahkan segalanya oleh Allah..

target ana.. mudah-mudahan tercapai insha Allah...

ana nak bermujahadah dan bercinta sesungguhnya dengan al-Qur'an

bermula kem tahfiz intensif yang mulanya hari ini!

ana tidak akan berada di alam maya ii bermula hari ini (191107) sehingga 081207.


sehingga ketemu lagi ya!

ana titipkan salam ukhuwwah mahabbah fillah buat semua..

aslim taslam... (moga selamat!~)

Jumaat, November 16, 2007

Kelip-kelip (II)

bsimillahirrahmanirrahim....

kelip-kelip
beritahu dia
saya sahabatnya
dia sahabat saya
walau dugaan merempuh sehabat apa
walau hujan turun tiada hentinya

kelip-kelip
beritahu dia
saya sayangkan dia
tapi usah katakan
saya selalu du'akan dia
saya selalu harap
hanya pinta
rahmah Allah sentiasa mengiringinya
dan buat dia bahagia senantiasa

kelip-kelip
beritahu dia
sudah lama kita tak bersua
namun saya tetap
ingat akan dia
walau jauh saujana
menjarakkan pandangan mata
namun bukan pandangan rasa
sukma nan membelai rindu
hanya Allah yang Maha Tahu

kelip-kelip
sahabat saya baik
buat saya tersenyum
buat saya tertawa sendirian
sahabat saya baik
buat saya menangis
buat saya terfikir
baik buruknya saya
buat saya terfikir
siapa saya
buat saya fikir
dan ingat
pada Dia yang Maha Kuasa
dia sahabat yang sangat mulia
di hati saya

kelip-kelip
beritahu dia
beritahu dia
dan beritahulah padanya
saya sayangkan dia
kerana Sang Maha Pencipta
atas apa jua yang merintang
atau segala yang bukan pastinya menghalang
saya sayang dia
saya sayang dia
saya sayang dia
biarlah hanya du'a
mejadi utusan kasih saya
buatnya
sentiasa...

hanya buat kalian
seorang yang mejadi firashah
seorang yang menjadi qausuquzah
seorang yang mejadi wardah
seorang yang menjadi saif
juga buat sang kelip-kelip
yang megar dalam qalbu ini
selalu
saban waktu.

Mukhlisah,
Raehan Q.A
12.51 AM
161107


ingat daku dalam du'amu sahabatku ya firashah, ya qausuquzah, ya wardah, ya saif...
firashah sang kupu-kupu...
qausuquzah sang pelangi...
wardah sang mawar...
saif sang pedang...

[]|[]|[]|[]

Khamis, November 15, 2007

Sihat

bismillahirrahmanirrahim...


Masha Allah. Sekarang rasa pening betul. Pening sebab kena selesema. ( Baca: Ini ejaan yang betul!) Entah flu ke selesema. Tak tahu nak beza. Sana sini make sure kena ada tisu. Huhu...



Senang je Allah tarik nikmat sihat kan? Baru selesema dah rasa macam nak pengsan, rasa nak demam. Tu tandanya Allah nak ana ingatkanNya kan? Ana ni tak sesempurna mana... Selalu ingatkan diri, letak dunia hanya pada tangan bukan pada hati, tapi kadang-kadang taboo tu terlepas juga. Kadang-kadang seronok sangat sampai rasa dunia ini tempat ana seorang.

Patutlah kan? Seronok macam tak ingat dunia. Tapi seronok tu tak berkekalan. Bahgia bukan selamanya, sengsara bukan selamanya, kerana hidup hanyalah sementara...

Mafhum firman Allah dalam Qur'an, ayat 28, surah ar-Ra'd: ketahuilah, dengan mengingati Allah hati-hati akan menjadi tenteram.


Zikrullah : Berikan ketenangan, mendapat keampunan Allah. Plus, 'ibadah yang paling mudah dilakukan ( tapi kenapa serasa berat sungguh nak buat? )

Moga bermanfaat buat semua yang membaca, juga muzakarah buat ana yang selalu menjauh daripadaNya. (astaghfirullah...)

aslim taslam...

Rabu, November 14, 2007

Kurasai...

bismillahirrahmanirrahim...

Ana rasa bersalah sangat. Sangat sangat sangat. Dan rasa bersalah tu hilang sebentar bila ana hanyutkan diri dalam bacaan novel ilmiah. Lepas dah habis baca, terasa balik beban. Sakit. Sakit sangat. walaupun hanya di dalam bukan lahiriah. Bukan seorang saja ana rasa bersalah, tapi ada lagi beberapa orang. Walaupun orang yang ana rasa bersalah sangat tu masih mampu tersenyum pada ana. Maaf, maaf dan maaf!

Sempat berbual-bual di alam maya bersama 'Izzati, Husna, Aisyah, ukht Asma' dan akh 'Umayr. Takde mood. Bual macam nak tak nak saja. Uhuu... Sian ukt Asma' sampai nak pujuk. Hehe...

Akhirnya ana minta akh 'Umayr cadangkan apa-apa nasyid. Dan dia tulis: Sebelum Mata Terlena - Hijjaz

Hmmmmm.....

Sebelum Mata Terlena
Album : Keizinan Mu
Munsyid : Hijjaz
http://liriknasyid.com


Sebelum mata terlena
Di buaian malam gelita
Tafakurku di pembaringan
Mengenangkan nasib diri

Yang kerdil lemah yang bersalut dosa
Mampukah ku mengharungi titian sirat nanti
Membawa dosa yang menggunung tinggi
Terkapai ku mencari limpahan hidayah Mu

Agar terlerai kesangsian hati ini
Sekadar air mata tak mampu membasuhi dosa ini

Sebelum mata terlena
Dengarlah rintihan hati ini
Tuhan beratnya dosa ku
Tak daya ku pikul sendiri

Hanyalah rahmat dan kasih sayang Mu
Yang dapat meringankan hulurkan maghfirah Mu
Andainya esok bukan milik ku lagi
Dan mata pun ku tak pasti akan terbuka lagi

Sebnelum berangkat ke daerah sana
Lepaskan beban ini
Yang mencengkam jiwa dan raga ku

Selimut diri ku
Dengan sutra kasih sayang Mu
Agar lena nanti ku mimpikan
Syurga yang indah abadi

Pabila ku terjaga
Dapat lagi ku rasai
Betapa harumnya
Wangian syurga firdausi oh Ilahi

Di sepertiga malam
Sujud ku menghambakan diri
Akan ku teruskan pengabdian ku pada Mu...

moga ana menjadi mereka yang bahagia di esok harinya... amiin...

aslim taslam...

My Mujahid fi qalbiy


bismillahirrahmanirrahim...

Ehem.. ehem.. Ditag Ili lah pula. Huhu... Takpe.. Meh kita tengok.


Rules:
1. The tag victim has to come up with 8 different points about his/her perfect lover.
2. Have to mention the gender of his/her perfect lover.
3. Tag eight other victims to join this game and leave a comment on their blog.
4. If you are tagged the second time, there is NO need to do this again.
5. Lastly, and most importantly, HAVE FUN DOING IT.


Oklah.. dia cakap have fun. Lagi pula, Ili cakap kita mesti ada wawasan untuk masa hadapan. (Tapi, dia cakap slow slow buat.. hehe..)Hehe.. Oklah, ana try eh.

Gender: ar-Rijal

1. Beriman dan beramal. Dia punyai satu kekuatan dengan Iman dan Taqwa yang saling dikemaskan pada dirinya. Personaliti muslim beriman pasti beda. Beriman dengan rukun Islam yang 5, rukun Iman yang 6. Orang yang bersyukur dan tahu menghargai segala ni'mat Allah. Allah comes First in everything! Kerana Allah, untuk Islam... Suka berhalaqah.. ^___^

2. Jujur, jujur dan jujur. Ni penting sangat. Sangat sangat sangat. Kalau jujur nanti dia boleh koreksi mana-mana yang saya silap. Jujur dan setia.

3. Sentiasa sabar. Sabar dengan apa? Sabar dengan segala yang bakal dihadapi. Sabar melayan karenah ana yang entah apa-apa. Sabar nak ajar ana tentang sesuatu. Sabar dengan karenah binatang (kucing.. =p) yang selalunya merengek-rengek manja. (Huhu...) Sabar menghadapi tribulasi. Sabar, sabar dan sabar. Orang yang bersabar itu pas banget! Sabar menjana kebahagiaan hidup.. insha Allah~

4. Sentiasa bangun malam untuk taqarrub ilaLlah. Ini pun penting yang amat. Dia mesti kena kejutkan ana tiap malam untuk qiyamullail. Pastu tahajud sama-sama. Baca al-Qur'an sama-sama. Subhanallah...^____^ Alangkah indahnya!

5. Menghafal al-Qur'an. (Ciri yang sama dengan Ili punya) Ni penting sangat. Sangat sangat. Tak kiralah dia ni ada cop tahfiz atau tidak, yang penting orangnya cinta sangat pada Qur'an. Pastu kalau nak hafal dan muraja'ah boleh sama-sama. =)

6. Punya sifat berkasih sayang dan berlemah-lembut. Ada hikmah dalam setiap butir bicara. Menyayangi yang muda dan anak-anak kecil pastinya dan menghormati siapa sahaja. Dan mesti sayangkan binatang! Hehe... Penting juga tu. Sentiasa maafkan ana kalau ada tersilap atau tersalah.

7. Berilmu & Tahu berniaga. Haha.. Sebab ana tak reti berniaga. Nanti boleh ajar ana ek? Dan ada sifat kepimpinan sebagai seorang rajul yang membimbing surinya (heheh..) Tahu memilih yang benar benar baik.Tahu buat kerja-kerja rumah. Kalau ana sakit ke, boleh la tolong-tolong. ;)


8. Akhir sekali, tahu membuat ana tersenyum dan tertawa. Bijak dalam banyak hal. Mestilah ceria dan periang. Tak terlalu skema. Tapi tetap seperti seorang rajul yang berwibawa. Mujahid yang setia dan ceria!


Wah.. alhamdulillah... Dah habislah. Paling suka no. 4 dan 8. Dan...no... semualah! Hehe.. Teringat pula satu rangkap ni:

Andai hamba jatuh cinta ya Allah..
Labuhkanlah cinta hamba pada seseorang yang mencintaiMu ya Allah...

Ehem..ehem.. Memang lama lagi, tapi kena ada wawasan. Oh ya.. kena tag orang lain pula:

1] 'Izzati (ehem..ehem.. lapangkan sikit fikiran..)
2] Atiqah Amin (kesian nti.. hehe. kena buat. tag pertama untuk blog nti!)
3] Husna (pandai-pandai nak siapkan di mana.. hehe)

.. dan semua hamba Allah yang telah terbaca tag ini... Jangan segan-segan nak buat.. ^____^

Sukakan kata-kata yang Ili Syazwani suke tulis satu masa dahulu...

Senyum Mujahid Menuju Syahid!

Amatullah sepanjang hayat... khalifah seumur hidup!

^_____^


aslim taslam...

Selasa, November 13, 2007

Today

bismillahirrahmanirrahim...

awwalan, I just want to say that today was a blast! Yeah.. I just wanna write a lil' bit what had happened today, at school:

  • Today, I am a truly librarian. (haha...! ) It's a real pleasure hanging together with Ustazah Hanim and Hanani in the maktabah. Heheh..
  • Making al-yadawiyyah (handicrafts) with my friends. Sweet memory, though. PomPom comey! ^_____^ Thank you Ustzah Halimah for teaching me (us!) to make the PomPom! Hehe..
Glad to have Hanani with me today although it was just for a while. Glad to chat with Ustazah Hanim too, though next year the maktabah teacher will be changed AGAIN.. huhu.. Also glad to have my friends around me, making yadawiyyah together until I got a lil' bruise on one of my fingers. Thanks to Hamizah for helping me a lot today!

Hahaha.

Is it a bittersweet day today? Guess so. Heheh...

Aslim taslam....

Isnin, November 12, 2007

Kupu-kupu dan Kelip-kelip


Kupu-kupu dan Kelip-kelip

kupu-kupu
putih bersih nan suci
terbang bebas
di siang hari
bertemankan matahari
yang terang menyinari
kadang bertemu pelangi
penuh warna-warni
ramai mencemburui
tapi riang menjebak hati
kelihatan indah
sang kupu-kupu
terbang tinggi

kelip-kelip
mampir merapat dekat
pada kupu-kupu yang diam
biar berlainan rupa
kedua-duanya sama
hidup di atas bumi Ilahi
sama-sama terbang
mengepakkan sayap
meredah alam ciptaan Tuhan
merentasi saujana
yang luas terbentang

kupu-kupu dan kelip-kelip
secerah mentari memancarkan sinar
seindah bulan membalikkan cahaya
biar berbeza warna
kedua-duanya serupa
menjejak tenang
menyusur damai
mengajak manusia
agar bisa membuka mata
kala manusia
tidak bisa bangkit
kerana
mata hati yang terkatup
sekian lama

'Izzati AR dan Raehan QA
12.05 AM
131107

Alhamdulillah... ^______^ YM tak selalunya sia-sia! Hehe...
Makasih 'Izzati, kamu buat saya bahagia. Benar-benar bahagia.

Aslim taslam...

Jamuan

bismillahirrahmnirrahim...

Sekarang cuti. Tapi, tak rasa macam cuti pun. Heheh.. Nanti ana takde kat alam maya ni dekat 4 minggu bermula khamis ini sehingga 8 Disember nanti. Kenapa?

Pertama: Hari Khamis kena balik kampung kat Bagan Datoh. Sepupuku, Kak Nurul nak kahwin! Mabruk! Du'a untuk mempelai:

"BarakaLlahu lakum wa baraka 'alaikum wa jama'a bainakum fil khayr..."

Kedua: Ana bakal menyertai kem tahfiz intensif bermula 19 November hingga 8 Disember 2007. Lama tu! Bagus lah. Daripada tak buat apa-apa kat rumah. Dapat juga isi masa terluang dengan mujahadah tahap maksima nak mantopkan hafazan di samping dapatkan tambahan 5 juzu' dalam program kem ni.. insha Allah...


Nak cerita. Jumaat lepas ada jamuan kelas. Best walaupun ana puasa! Hehe.. Penat juga buat kad jemputan untuk guru-guru dan kad tanda ingatan untuk satu kelas (kesian Zahieruddin, nama dia tertinggal.. Maaflah. Dah ngantuk dan mamai-mamai masa ana buat tuh... ) Thanks to Mazaih sebab dia bantu ana siapkan kad jemputan sampai pening-pening dalam bas. Makasih dan mohon maaf menyusahkan nti!

Menu utama jamuan: Nasi Tomato & Ayam Madu! Sedap betul baunya. Takpe, bertahan! Hehe.. Lepas ucapan Ustazah Suzana selaku guru kelas dan ucapan Ghazali selaku ketua kelas juga ucapan Afiqah Zabri selaku penolongnya, semua serbu makanan! Haha! Ana bungkus jer.. ^______^

Ada lah sorang banat nih, dia semangat sangat nak ambil gambar semua, satu kelas lah.. Baca dialognya:

Banat A: Eh, banin. Jom amik gambar kelas!

Banin B: Amik jelah.

Banat A: Huh?

Banin B: Amik lah gambar kelas. (sambil menuding jari ke arah bangunan tempat di mana kelas 3 Intisor terletak)

Banat A: (Diam)(Muka tak faham)

Banin B: Amik jelah gambar kelas kat atas tu!

Banat A: Ces! (bengang)

Ana (Takde siapa dengar dialog ana): Hahaha. Terer gak banin ni. Kelakar betul. Hahaha... (Tambah gaya jahat..)

Banin (hampir semua): Hahahahaha!

Hebat juga ya mamat tu kenakan kawan ana. Kesian dia. Sampaikan ana pun tergelak. =P

Dah lah.. Tunggu! Ada lagi entri lepas ini. Puisi lagi sih... ^______^

Ilalliqa'!

Demi Matahari - Snada




Demi Matahari
Album : Di Pintu Langit
Munsyid : Snada
http://liriknasyid.com


Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit beserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah, Subhanallah … Allah, Subhanallah
Allah, Subhanallah … Allah, Subahanallah

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan
Beruntung bagi yang mensucikan-Nya
Merugi bagi yang mengotori-Nya ... Subhanallah...

Kelip-kelip (I)

bismillahirrahmanirrahim...


Kelip-kelip

kelip-kelip

beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
ada kelip-kelip
kelip-kelip bercahaya
minta saya buka mata

kelip-kelip
beritahu dia
saya suka malam
sebab bila malam
semua sunyi
tiada yang berbunyi
mengajak saya
muhasabah diri

kelip-kelip
beritahu dia juga
saya suka malam
sebab bila malam
saya bisa diam
lena dalam kamar kelam

kelip-kelip
beritahu dia ya
saya suka malam
sebab bila malam
ada bisikan merdu
minta saya bangun malam
dirikan tahajud
rasa diri dekat
dengan Tuhan
air mata
terus tumpah berjuraian

kelip-kelip
saya nampak awak
hanya bila malam
pagi kita tak bisa ketemu

kelip-kelip
saya tahu
nanti mesti saya rindu awak

kelip-kelip
esok jumpa lagi ya!

Raehan Q.A
9.14 AM


--------


Waa... tak tahan. Betul ke separuh sejarah hidup kita akan berada di hadapan? Dan ana merasakannya... Tapi ana mesti merasakannya. Ana yang minta . Padan muka. Hahahaha.

Bayangkan. Perkara yang berterusan berlaku pada kita dan kita tak mahukannya. Sampai nak jadi gila.

Mimpi.


Mimpi.


Mimpi.


Sayang... saya yang minta tapi sendiri tak tahan bahana.

Itu lah, saya dah cakap kat kelip-kelip. Suruh beritahu dia. Tapi, kelip-kelip tu terlanggar tiang lampu. Tak dapat nak sampaikan utusan. Mati kat tiang lampu sang kelip-kelip tu. Waa....

Lain kali kena guna kucing pulak kut. Tapi kucing malas nak jalan malam-malam. Guna kelawar? Hahahaha. Tergolek-golek saya ketawa.

------

Gila? Ana gila ke? A'uzubillahi min zalik. Itu celoteh monolog dengan kelip-kelip yang sebenarnya takde pun. Lepas baca "Bila Tuhan Berbicara", otak rasa tralalala.. Dahsyat betul wacananya. Santai tapi susah.

Kem tahfiz intensif minggu depan. Daripada 30 orang ana tersenarai sama-sama.

Oklah. Kena berhenti. Bahasa dah tunggang-langgang. Karang ada yang pening membaca.

Aslim taslam...

Khamis, November 08, 2007

Jejak?

bismillahirrahmanirrahim...


lalala... nasyid ni sungguh... huhu...

Maafkan Diriku

Suatu ketika kita bersama
Melukis mimpi indah
Setia bersama tempuhi segala
Mewarna suka duka
Masa berlalu menguji kita
Keegoanku menyala sengketa

Maafkanlah diriku oh teman
Kerna melukakanmu
Di manakah dirimu oh teman
Ku rasakan kehilanganmu
Sekian lama mencari
Namun kau tak ku temui

Jalanan ini
Ku rasakan sepi
Tanpa kau di sisi
Satu persatu
Langkahku membatu
Kenangan lalu membeku

Saat kau pergi penuh kecewa
Angkuh diriku menurut rasa

Saban hari ku berdoa
Pada yang Kuasa
Kita kan bersua
Untukku menebus segala

Kau terus ku jejaki
Namun kau tak ku temui


Kongsi-kongsi

Bismillahirrahmanirrahim....


Ha! Hari ni ana nak kongsi sedikit dengan semua. Pernah dengar Ummah Films ? Kalau tahu tahulah, kalau tak tahu, silalah ambil tahu. Wah, apa Ummah Films ni?

Ummah Films is a Muslim film company that strives to provide Halaal (Islamically permissable) entertainment to Muslims and non-Muslims alike. We are not affliated with any particular movement, sect, group, etc. We absolutely condemn in the strongest terms terrorism and any extremism done in the name of Islam and we refuse to associate ourselves with those who practice and condone such behavior and thoughts.

One of the things that has set Ummah Films apart from other other Islamic and Muslim-based entertainment is the approach of using entertainment to reach out to the masses who usually do not attend lectures or services at the mosques to learn about Islam. Coupled with entertainment, Ummah Films believed that it was possible to reach out to the English-speaking world and educate them on Muslims and Islam. The sense of urgency of educating people about Islam especially after 9/11 and the backlash against Muslims and Islam was one of the main driving factors for Ummah Films.


Ok.. sekarang dah tahu kan? Hmm.. sebenarnya Ummah Films ni ada sediakan video reminders atau tazkirah nama lainnya. Best dan bagus dan baik sebab pendekatannya santai dan tidak membosankan. Hanya perlu tahu bahasa inggeris saja bila nak nonton :D . One of my favourite from Ali :



Oh.. Tadi ada orang tu cakap kat ana dia langsung tak faham pun entri ana yang semalam. Tak apalah. Tak perlu faham. Buat serabut kepala. Kadang-kadang bukan semua masalah adalah untuk dikongsi dengan orang lain. Anyway, secret makes a woman.. a woman. Kan, Aisyah? ^____^

Hari ni rasa nak pitam saja. Puasa Syawal hari ke-4. Nak puasa esok walaupun ada jamuan. Mesti dapatkan 6 hari! Rabbi yassir wa la tu'assir.. (Memang menyesal ada satu hari dalam minggu ni ana tak puasa.. Huhu...)

Sempat singgah Harris di Jusco Tebrau tadi. Sempat juga membelek-belek buku dan akhirnya 3 buah buku menambat hati... Satu novel drama melayu oleh sasterawan yang ana kagumi. Dua buah lagi novel cerita klasik inggeris yang diringkaskan.

1. Bila Tuhan Berbicara - Faisal Tehrani
2. Dr. Jekyll and Mr.Hyde - Robert Louis Stevenson
3. Great Expactations - Charles Dickens

Wah.. tak sabar nak baca! Sekarang tengah melekat dengan novel Kembara Amira. Insha Allah lepas tu, novel drama Bila Tuhan Berbicara pula :D

-----

Esok.. esok.. esok...

Kenapa menyorok? Buat penat ana je!

Bila sms Esha, dia balas...

"...baik anti sangka baik dan tak rasa sedih. See? Dahlah dapat pahala sbb sangka baik, pastu otak pun tak serabut. Kalau buat baik, balasannya baik."

^_____^ Sure. Bila ingat balik, husnudzon tu terlalu banyak hikmahnya. Dan yang ana sentiasa ingat hidup ni mesti sentiasa taat dan sabar. Taat Allah, RasulNya dan ibubapa serta sabar dalam setiap langkah yang diambil dalam perjalanan hidup ini.

Berbekal taat dan sabar
Pasti kan berjaya....
Petikan nasyid 'Bersama' - Devotees


Aslim taslam.... Ilalliqa'..

Rabu, November 07, 2007

Cerita hati

Bismillahirrahmanirrahim...

Cerita hati ana? Desah resah sukma ana? Ya Rabbi.... Allahu a'lamu ma fi qalbi.

Taubat
Opick


wahai Tuhan jauh sudah
lelah kaki melangkah
aku hilang tanpa arah
rindu hati sinarmu

wahai Tuhan aku lemah
hina berlumur noda
hapuskanlah terangilah
jiwa di hitam jalanku

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa

ya Rabbi ijinkanlah
aku kembali padaMu
meski mungkin takkan sempurna
aku sebagai hambaMu

ampunkanlah aku
terimalah taubatku
sesungguhnya engkau
sang Maha Pengampun Dosa
berikanlah aku kesempatan waktu
aku ingin kembali
kembali kepadaMu

dan mungkin tak layak
sujud padaMu
dan sungguh tak layak aku

-----

Allahuma inni asaluka ridhoka wal jannah
wa a'uzubika min saqotika wannar....
amiin...

Kita tak terfikir apa sebenarnya yang terbaik untuk HATI kita.. Dan kadangkala bila mengetahui hati sudah penuh noda, dibiarkan begitu sahaja.. Wajarkah? Manusia memang lemah tapi wajarkah manusia jadi begitu? Bukankah kita sebaik-baik ciptaan Allah?

Banyak benda terasak dalam benak fikiran ana. Fikir, fikir dan fikir! Banyak benda menyentuh hati ana supaya ana merasakannya. Rasa.. rasa dan rasakanlah! Kenapa rasa hati macam .........
ana sedihlah.... kenapa jadi begini? Kenapa terasa macam dah tak boleh nak merasa dengan hati? Kenapa kadangkala ada manusia rasa macam tamak sangat, tak syukur langsung dengan usia yang dia ada? Kenapa tak terfikir mungkin esok lusa dunia yang sekarang ni dah tiada? Sakitnye........

Aslim taslam...

Sesuatu Tetap Sesuatu...

Bismillahirrahmanirrahim...

Wah wah wah.. Hari ni memenatkan betul! Hari ni hari yang pelik rasanya. Entah lah ye...

Pagi-pagi lagi dah menghuni di dalam perpustakaan (preferred to be called as Maktabah :D). Kenapa? Haha.. tak tahu ke ana dan Hanani jadi pengunjung setia Maktabah mutakhir ni? Bosan tu... Hari Niaga Ria ni tak terlibat pulak. Sementelahan ana puasa (heheh..) Baik lah buat kerja-kerja berfaedah kat Maktabah, ye tak?

Sebenarnya, Ustazah Hanim suruh sortkan nama murid-murid yang tak pulangkan buku lagi sementelahan dah memang nak cuti ni kan. Huh! Menggugat jati diri betul! Memang tension betul dengan derang ni semua. Ada yang buku sejak 2005 tak pulang-pulang.. Parah habis! Ana dengan Hanani sampai tak dapat rasa otak dalam kepala. Rasa macam dah tak betul. Aduhai...

Ada banyak kad murid yang disenaraikan sebagai special case. Pening... pening... Ada yang dah pindah sekolah la, ada yang kata dia dah pulang la dan bermacam lagi ragam manusia yang tralalalaa~ ini.. Sabar saja la.. Walaupun sabar tu senang dikatakan dan sukar untuk dikotakan. Hmm...

Lepas tu, Ustazah Suzana pula minta beberapa orang ahli kelas 3 Intisor untuk meeting untuk jamuan kelas Jumaat ni. Haha.. macam nak ketawa pula lah kan ana dengan Hanani jadi AJK. Tau-tau jelah.. Selama ni, mana ada kami ni dapat apa-apa tanggungjawab pelik-pelik macam ni. Hanani mungkin ada (bowling khususnya..).. ana? Huhu... Tak apalah kan..

Petang sebelum balik, ada perjumpaan murid-murid yang tercalon untuk Physic Olympiad peringkat sekolah. Ana dengar saja lah apa yang Pakcik Wan Saridan tu cakapkan walaupun ada yang tak faham.. Ana mesti kena minat Physic! Mesti dan mesti!

Balik... Hanani sampaikan berita gembira sebelum bas ana bertolak pergi. Nak gembira tak boleh sangat sebab tak pasti. Ana tak pasti... Kawan ana ni lah, terjerit dalam bas tak boleh kuat lagi. Nasib baik 'ter'.. Entah apa yang dia jeritkan.

Dalam bas, ana fikir banyak benda. Banyak hal. Lepas satu hal, satu hal yang lain. Hidup mesti kena banyak fikir, kan? Sebab hidup ni macam sebuah game... game pula mesti kena ada strategi, kan? Kalau tak, nanti kecundang lah...

Siapa ana sebenarnya? Kenapa ana rasa ana ni.... Nak berubah tapi tak boleh-boleh? Susahnya..
Takpelah.. takde siapa faham ana nak berubah apa benda. Allahu a'lam bissowab...

La-hai... Jumaat chance terakhir yang nyata. Fursoh al-akhiroh. Andai kau tahu...

Sesuatu tetap sesuatu walau kecil mana pun sesuatu itu...

Nak iftar!

Aslim taslam...

P.S: Tersirat banyak lah pula entri ni. Alifah kata, kalau faham isi hati kawan kita dalam blog ni, boleh kenal dengan lebih mendalam.. Ye ke? ^____^ Fikir-fikirkanlah...

Selasa, November 06, 2007

Kenang-kenang

Bismillahirrahmanirrahim...

2 Islah 2006

Dari kiri, barisan:-
Belakang: Irfan Hisham, Azzam, Ammar Amin, Ahmad, Fathy, Zulfadhli, Effy, Haziq, Zubayr, Rijal, Wazien
Tengah: Asiyyah, Mardhiah, Hanani, Sofia, Ainnur, Maryam, Abbas, Syafiq, Zulhilmi, Basyir, Ammar Roslan
Depan:Nadhirah, Aaeshah, Raden Qurratu'Aini :D, Sakinah Azmi, Najihah, Farhana, Aisyah, Sarah, Wan 'Atikah



2 Islah 2006. Saja kenang-kenang. Banyak perkara berubah secara drastik tahun itu. 2 Islah 2006 banyak ukir tanda ingatan dalam memori. Banyak perubahan. Almost everything changed... Hehe..

2 Islah 2006 - yang faham dan memahami... yang tahu dan mengerti...

(haha.. saya merepek.. tersirat ke? mungkin.. =p)

Aslim taslam...

Isnin, November 05, 2007

Kalimah Maya

Bismillahirrahmanirrahim..

Ini adalah bicara antara ana dan 'Izzati melalui YM. Santai je.. Bicara tentang al-mustaqbal...

---------

Intisor Amour: 3 years to go?
Nurul 'Izzati: i'll fly in 3 years time..
Intisor Amour: pastikah nti?
Nurul 'Izzati: sorry kat bawah td..
Nurul 'Izzati: insyaAllah..
Nurul 'Izzati: tp nti kena sponsor ana lah..
Nurul 'Izzati: boleh?
Nurul 'Izzati: hehehe
Intisor Amour: x nak ajak ana?
Nurul 'Izzati: jom!!~
Nurul 'Izzati: urdun!
Intisor Amour: yuk!
Nurul 'Izzati: september 2010
Nurul 'Izzati: biizniLLah..
Intisor Amour: ^___^
Intisor Amour: ana tak pasti dengan cita-cita ana..
Intisor Amour: atau lebih tepatnya
Intisor Amour: kerjaya ana fil mustaqbal
Intisor Amour:
Nurul 'Izzati: hmmm..
Nurul 'Izzati: pikir awal2..
Nurul 'Izzati: senang nak atur masa depan..
Intisor Amour: nti nak jadi pensyarah bidang apa?
BUZZ!!!
Nurul 'Izzati: lughah..
Intisor Amour: bahasa apa?
Nurul 'Izzati: 'arabiy
Intisor Amour: ^___^
Intisor Amour: x nak bahasa melayu?
Intisor Amour:
Nurul 'Izzati: sastera?
Nurul 'Izzati: hehehe..
Intisor Amour: boleh la..
Intisor Amour: hehe
Nurul 'Izzati: sastera bm di urdun?
Intisor Amour: tolong lah suntik ana denga apa-apa yang apat membantu ana pilih masa depan ana
Intisor Amour: ana rasa keliru habes
Intisor Amour: ana nak sesuatu yang dapat membantu bina tamadun.. dan bermanfaat buat Islam
Nurul 'Izzati: aiyu madah allati tuhibbina?
Intisor Amour: sastera? lughah 'arabiah? biology?
Nurul 'Izzati: satu sahaja..
Intisor Amour: tiga-tiga tu ana minat
Nurul 'Izzati: yg paling cenderung..
Intisor Amour: mungkin.. sastera
Nurul 'Izzati: yg mmg nti slalu mumtaz
Intisor Amour: lughah 'arabiah memang mumtaz.. tapi.. rasa mcm x cenderung sgt2..
Nurul 'Izzati: abis tu?
Nurul 'Izzati: sastera?
Intisor Amour: ada apa dengan sastera?
Intisor Amour: huhu
Nurul 'Izzati: lebih cenderung pd sastera?
Nurul 'Izzati: yakin?
Intisor Amour: tak begitu yakin.. sbb ana juga merasakan ana cenderung pada biologi..
Nurul 'Izzati: huh?
Nurul 'Izzati:
Intisor Amour: pelik kan?
Intisor Amour: sebab tu keliru..
Intisor Amour: di persimpangan sastera dan sains..
Intisor Amour: tengok! nti last2 dah tak tau nak cakap apa...
Nurul 'Izzati: sapa kata ana tak tau nak ckp apa..
Intisor Amour:
Nurul 'Izzati: tgh ym dgn org lain la..
Nurul 'Izzati: sorry..
Nurul 'Izzati: hmmm..
Nurul 'Izzati: ana ada kenal sorg bakal engineer..
Nurul 'Izzati: aktif bidang penulisan kreatif
Nurul 'Izzati: so?
Nurul 'Izzati: nti pulak tau tak nak cakap aper??
BUZZ!!!
BUZZ!!!
Intisor Amour: maaf..
Intisor Amour: ayah ana gune kejap..
Intisor Amour: so?
Nurul 'Izzati: la ba'sa..
Intisor Amour: hah.. ape .. x paham
Intisor Amour: asifah
BUZZ!!!
Intisor Amour: ana sebenarnye tak begitu minat penulisan kreatif
Intisor Amour: ntah la..
Intisor Amour: susah nak cakap...
Nurul 'Izzati: abis tu minat sastera utk apa?
Nurul 'Izzati: hmmm..
Intisor Amour: untuk mendalami sastera...
Nurul 'Izzati: td kata nak yg bermanfaat utk ummah..
Intisor Amour: ntah la!!!
Nurul 'Izzati: ana rasa science is better for u..
Intisor Amour: tesiyen betol
Intisor Amour: do u think so?
Nurul 'Izzati: dah nak yg bermanfaat utk ummah..
Nurul 'Izzati: sastera ana pun tak nampak sgt..
Intisor Amour: oh ye..
Nurul 'Izzati: cuma kalau ada semangat nak naikkan martabat melayu islam tuh..
Intisor Amour: ana dah dapat gambaran camne!
Nurul 'Izzati: mmg ok la..
Intisor Amour: doktor (kot..) atau marine biologist/biologist/zoologist yang menceburi bidang penulisan dan journalism..
Intisor Amour: heheh.. insha Allah..
Intisor Amour: ^____^
BUZZ!!!
Nurul 'Izzati: ha..
Nurul 'Izzati: ok per..
Intisor Amour: alhamdulillah..
Intisor Amour: tapi ana rasa ana kurang sesuai dgn bidang kedoktoran
Intisor Amour: memang tak sesuai kot
Intisor Amour: takpe lah ye..
Nurul 'Izzati: eh iklan jap..
Nurul 'Izzati: segambut kat mana?
Nurul 'Izzati: johor kan?
Intisor Amour: yep.. i think so
Intisor Amour: nape?
Nurul 'Izzati: saja tnye
Intisor Amour: du'akanlah agar ana dapat 'fly' juga macam nti nanti...
Intisor Amour: mungkinkah kita kan bersama?
BUZZ!!!
Nurul 'Izzati: insyaAllah..(^-^)
Intisor Amour:
Nurul 'Izzati: nti nak amik bidang apa?
Intisor Amour: biology binatang (zoologi)
Intisor Amour: tak leh separate lah
Nurul 'Izzati: JUST ada tawarkan kos tu..
Intisor Amour: JUST?
Nurul 'Izzati: Jordan University of Science and Technology
Intisor Amour: oh..
Intisor Amour: ^___^
Nurul 'Izzati: tp pelajar M'sia kat sana amik medic jer..
Nurul 'Izzati: zoologi tak pernah tau
Nurul 'Izzati: ehe
Intisor Amour: tak mustahil ana boleh amik zoologi kat sana..kan?
Nurul 'Izzati: tak mustahil..
Intisor Amour: kejap.. ana check. xde pon..
Nurul 'Izzati: chek jgn tak chek
Intisor Amour: tengah check ni..
Intisor Amour: xde pon
Intisor Amour: maksud nti veterinary medicine ke?
Nurul 'Izzati: hmmm..
Nurul 'Izzati: kalau tak silap
Nurul 'Izzati: ana tak ingat dah
Nurul 'Izzati: yg tu ker?
Intisor Amour: lar....
Intisor Amour: rasanya zoology dgn veterinary lain lah kak..
Nurul 'Izzati: hmmm..
Nurul 'Izzati: mana erk ana terjumpa pkataan zoology
Nurul 'Izzati: eh nti rasa jer kan?
Nurul 'Izzati: hehehe..
Nurul 'Izzati: ana rasa takde jauh beza pun
Nurul 'Izzati:
Intisor Amour: tak rasa.. mmg betul...
Intisor Amour: saya tak nak amik medic~ lalala...
Intisor Amour: kak ummu belajar apa sebenarnye ye?
Nurul 'Izzati: media dakwah
Intisor Amour: di UM?
Nurul 'Izzati: yup..
Nurul 'Izzati: dakwah dan pembangunan insan (major)
Nurul 'Izzati: pengajian media di Fak. Sains Sosial (minor)
Intisor Amour: oh

---------

Tergantung? Tidak. Ralat - Nama dia Noor 'Izzati sebenarnya, bukannya Nurul 'Izzati. Hehe... Ana rasa ana kena minat jugak bidang veterinar. Kalau di Jordan, boleh belajar di Jordan University of Science and Technology (JUST).. Entah lah... Masih keliru sebenarnya. Sebenarnya, ana nak dekat dengan haiwan, makhluk Allah yang tak dapat berbicara atau meluahkan rasa dengan kata-kata...^_____^ Haiwan ciptaan Allah yang unik. Subhanallah!

Du'akan kejayaan ana. Du'akan ana dapat memilih jalan yang terbaik.

Ya Allah...
Tunjukkan hamba jalan yang lurus...
Menuju redhaMu ya Rabbi...
Amiin...




First-timer in Bowling

Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni budak-budak form 3 pergi Skudai Parade sebab kami-kami ini ada tournament. Haha.. Maka, ana dengan muka selamba, dalam bas nak ke SP pun sempat baca buku, main dengan tralala!~ Alhamdulillah... Hari ni hari bahagia. Yaum saied!

Kami sampai kat sana sekitar pukul 10. Sampai-sampai pergi cop bola masing-masing. Bolaku 9 lbs dan warnanya heejou! Hehe.. Dasar keheejouan betul! Dapat lane sesame dengan Ain, Nadhirah Maslan & Amirah. Best! Semua gila-gila! Dah lah lane sebelah group Maziah.. lagilah happening jadiknyer...

Lane 22 - First, Ain. Second, ana. Nadhirah third. Amirah last sekali. Sejujur-jujurnya, ana memang tak pernah main bowling. Seriyes neyh! Pernah pegang bola bowling Nani jer. Tapi tadi main selamba je siap boleh pepandai ajar orang lain camne nak lepaskan bola dengan senang ..kan, Hanan? Huhu... Padahal ini lah kali pertama saya main. Macam best lah pulak.

Main 3 game. Alhamdulillah, ana tak mengalami masalah-masalah lepas main nih. Syukur!
Dapat 2 kali strike, 2 kali spare. Boleh lah tahan. Markah game 1st, 77. 2nd, 55. 3rd, 74. Keseluruhan 206. Alhamdulillah... dapatlah mengukir nama kat kertas maziah, saya top 10 banat individual. Beul-betul no. 10.. Hehe.. ^____^ Allahu a'lam ma fi qalbi!

Dah lah yer.. Esok ade PSFM. Tengah borak2 dengan 'Izzati. ^___^ Saya nak jumpa kawan saya tuh! Huhu..

Aslim taslam...

Saya dan Rehlah ^____^


Bismillahirrahmanirrahim...

Assalamu'alaykum pemegang kalimah syahadah semua! Di sini, selapas mendapati Fathimah meminta sesiapa budak form 3 untuk menjadi penglipur lara (cececeh...) maka ana nak tampilkan diri dengan menulis barang 2, 3 dan banyak2 aksara. (Dapat perasan, ada orang dah mula juihkan bibir.. Oh.. bosannye..) =p


Rehlah? First comment yg datang datang fikiran.. Best tapi pelik tapi best!

Bertolak tu,kena naik bas "banyak ikhtilat" (pepandai je banat letak nama..). Sedeyh la jugak sebab kena separate dengan kawan baikku yang termerajuk pulak lepas tu. Apa boleh buat, takdir penentu..

Sebelum sampai, masuk ladang kelapa sawit, ada la sorang banat ni (sapa nama dia ek? =p) excited, nampak kerbau dipanggilnya seladang.. maka berderailah ketawa banat dalam bas "banyak ikhtilat" tuh...

Main games.. uhh yeh! Ni besh tahap zetta! Makan epal sampai berapa kali jatuh... Senak perut ketawe taw Maryam.. tak bleh luper. Main boom boom tu plak biasa2 jek cume teringat kumpulan sushi yang susah sgt nak sebut.. sampaikan "su..shi" jadi "shu..shi.."! War game part paling best! Kumpulanku hebat! Kumpulan 4.. Ceh, buang air liur je kawan sepasukan ana ckp strategi itu ini.. last2.. huhu.. satu bende pun ana tak faham. Tapi, segalanya berubah bila war game ni start. Dalam 3 daripada 4 permainan, ana tak "mati". (huhu.. inbisible sgt ke ana nih yek? kueng3..) Best! Baling2 doh sampai mem'bunuh' kawan sendiri. Maaf ye, kawan~

Mandi sungai! Sejuk nye!! Jakun setelah beberapa tahun tak mandi air sungai. Kecebur!!
Ana tepuk2 air ada orang marah. Tak best betul... Sporting lar sikit, ye dak? Best kan Ainnur kite main gila-gila kan? Rindu semuanya yang terjadi di sungai. Malah, ada seketul batu juga nak ber'kenal'an dengan ana dengan memberi sedikit 'cenderamata' pada jari kaki ana. Oh, terima kasih cik batu! (alhamdulillah.. nasib baik sikit je.)




Malam raya! Persembahan nasyid banin macam nak buat ana nangis. Entah kenapa...
Oh.. pesona kuning biru.... Sketsa.. maaf la ye. saya tak faham satu apa pun.. Tak pasal2 si cikgu terjatuh tu kenapa? Last2 geng tu jadi baik atas sebab apa? Ana tak faham..kan biskOt...?
Sedeyh sikit la, malam tu tak boleh makan banyak, baru makan sikit dah rasa muak. Rasa nak muntah. Tapi ada orang sodokkan kuih raya, terpaksa makan.. nak jaga hati kawan..
Malam yang menggamit qalbi..

Balik.. rasa sayu.. dormmateku terlalu ceria sedangkan hati terasa hiba... Naik bas "banyak ikhtilat" lagi.. Takpelah.. ada hikmahnya kot.

R E H L A H . . .

Pesona hijau terus memburu rindu. Keindahan fauna cipataanNya tetap tergambar dalam ingatan... Alhamdulillah... Segalanya membahagiakan...~

Oh Gunung Ledang.. Bila mungkin kan dapat aku membunuh rindu terhadapmu? Dengan segala memori yang terpahat di sana..

Sesuatu telah merubah segalanya.. atau adakah segalanya telah merubah sesuatu?

-----

Asifah.. nak keluar tajuk sekejap.. ana nak minta jasa baik antum antunna undi puisi ana untuk Pertandingan Puisi Cinta Ramadhan anjuran Nisa' Shah Alam. Undi puisi 6 --> Senandung Rindu Buat Ramadhan karya Raehan Intisor (ana!). Undi di sini --->

http://nisashahalam.blogspot.com/2007/10/puisi-yang-berjaya-ke-peringkat-akhir.html

Jazakumullahu khairan jaza'!

Khamis, November 01, 2007

Sesuatu telah merubah segalanya...

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah.. selamat ana sampai rumah. Baru pulang dari Gunung Ledang, ada rehlah tingkatan 3 2007. Berita baik daripada 'Izzati..

"mabruk, puisi nti terpilih ke peringkat akhir!" tulisan kata hati 'Izzati pada tagboard tu.

Alhamdulilah... alhamdulillah.. alhamdulillah..

Oleh itu teman-teman dan pembaca blog semuanya, undilah ana ye!

Sila undi Puisi 6 (kod puisi ana) di sini! ----->

http://nisashahalam.blogspot.com/2007/10/puisi-yang-berjaya-ke-peringkat-akhir.html

Eh, antum tak pernah baca puisinya, kan? Bacalah puisi di bawah ini.. Itulah puisi yang ana cipta
hasil ilham daripada Allah semasa bulan Ramadhan.. ^____^



SENANDUNG RINDU BUAT RAMADHAN

Ramadhan
Rahmatnya terkandung citrawarna
Dinanti sekalian hambaNya
Dirindui tatkala pergi
Dimuliakan tika hadir kembali


Senandung syahdu berbaur suka
Kala menjelmanya Ramdhan
neraka tiada terbuka pintunya
Terbukalah pintu syurga kesemuanya
Rahmah Allah bertumpah ruah
Tidak terbilangkan oleh manusia

Syaitan durjana dicengkam terseksa
Tinggal nafsu menentukan sendiri
Ikut kata hati yang kotor binasa
Ikut kata nafsu bisa mati
Ikutlah hati yang sentiasa menuju pada Ilahi

Ramadhan datang
Menjelma penuh suka
Dirai sekalian hamba Allah
Bersama pesta 'ibadah
Khusyu' dalam lena zikir padaNya

Ramadhan yang pergi
sentiasa dinanti
Puasa mengiringi Ramadhan
dirindui pasti
Dia mengubat kerinduan
mempamerkan kasihNya
Lalu dengan Aidil Fitri
kemenangan dirai

Kullu 'aamin wa antum bikhair.....

------

Oh.. nak sangat cerita pasal Rehlah kami murid-murid form 3. Tapi, nanti dulu ye. ^___^
Rehlah yang telah merubah sesuatu. Segalanya yang merubah sesuatu. Rehlah yang amat membahagiakan!~

Oopps! Jangan lupa ye undi puisi ana kat sini. Kod puisi ana Puisi 6! (Huhu.. takdenya ana nak suruh orang lain undi ana kalau pihak Nisa' tu tak suruh ana minta undian ramai.. Hehe..)

Jazakumullahu khairan jaza'! Aslim taslam...

~celoteh ana untuk semua! hehe..~