Isnin, Oktober 29, 2007

Mix Arts & Science ?

bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni saya sakit kepala. Asobani as-suda'. Sakit. Rasa macam nak belah je kepala. Tambah lagi tadi sakit kepala masa meeting yang riuh mengalahkan zoo monyet! Ana tak tahulah kenapa dengan banin tapi derang bising sangat! Kesian ustazah Halimah. Suara ustazah tenggelam timbul dirempuh badai suara form 3. Huhuh..

Esok ada Qiam, lusa ada Rehlah. Sakit kepala tak surut lagi. Esok ada hari sukan form 3 pulak tu! Nasib baik dapat masuk tarik tali je. Tak larat lah nak main futsal atau badminton. Sementelahan, tangan & kaki ana masih sakit, habis dikerah tenaganya hari Ahad semalam.

Masa sakit kepala dalam meeting petang tadi, sempat buat ujian kerjaya. Dalam sakit kepala tu alhamdulillah, masih boleh fokus. Semua orang pelik, "nti tak buat lagi ke?" "eh, nape nti buat nih?" just shut your mouth, people! saya sakit kepala ni bila-bila saya boleh tolak kamu sampai pecah dinding dan retak tulang-belulang kamu, tahu?!! astaghfirullahal 'adzim...

Dan natijahnya, yang saya rasa menyampahnya... saya ni artistik! tolonglah! saya nak ambil sains tapi nisbah markah artistik dengan sains ialah 7:4. How could this possibly be, huh?
Tak layakkah saya hendak menjadi doktor? Kenapa ada suntikan pembunuh cita-cita saya nak jadi veterina? Saya keliru........ Rabbi, yassir wa la tu'assir...

Saya tak sanggup merawat. Lebih-lebih lagi kalau merawat manusia. Kesian dan simpati melampau-lampau. Kawan-kawan kata saya memang artistik. Benarkah? Macam mana mereka boleh lihat diri saya sedangkan saya sendiri tidak tahu. Markah paling teruk untuk test ni ialah bahagian mechanical, saya dapat nombor nol tahu! Menang benci mechanical. Keusahawanan dapat 1 je. Sosial 2. Saya tak begitu berbakat dalam komunikasi.

Boleh tak artistik dicampur dengan sains?

Pasti indah, bukan?

Rabbi yassir wa la tu'assir...
Innaka ni'mal maula wa ni'man nasir....

Harap kalian komen... Blog ini sudah terbuka....


Aslim taslam.......

Tiada ulasan: