Rabu, Oktober 10, 2007

Deskriminasi dan Kekuatan Diri

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah... Hari ini form 3 ada juga kerja yang harus dibuat. Banin buat apa, err.. ana tak tahu pulak tapi banat kena gotong-royong, seperti merewang jugak rasanya. Cumanya ni last step dalam merewang kot -->membungkus ;p

Semuanya kerana pulut kuning! Ketawa kami berderaian masa bekerjasama ni (hehe..)
Memang rasa seronok. Tak rasa terpinggir macam selalu (huhu..) Maziah sibuk dengan 'Program Angkaswan'nya. (Moga Syeikh Muzasphar selamat ke ISS!)

Usai bergotong-royong membungkus pulut makanan dan bla bla blanya, dengarlah ceramah pula di Dewan Seminar Al-Ghazali. Ustaz Zahrin, mantap!~

Kemudiannya, ana (yang konon2nya AJK makanan) tolong agihkan pulut. Oh, cik pulut kuning!
Di sinilah telah berlaku sesuatu yang ana hadapinya sekian lama, tetapi begitu terserlah pada hari ini. Deskriminasi seorang senior.

Ana berdiri biasa saja sebelah Amirah, yang sama-sama agihkan pulut tuh kat pintu, dan dalam bilangan yang ramai itu, ana berebut-rebut menghulurkan pulut pada banat. Dan di kala seorang senior yang ana hormati ini, hendak keluar melalui pintu itu, cepat-cepat ana hulurkan satu bekas berisi pulut kuning, memandangkan Amirah punya stok di tangannya dah habis. Tapi, senior tu buat tak layan. Huh? Ini pun dia nak kisah? Pergh.. tak habis lagikah rasa jeleknya terhadapku? Senior tu tunggu sampai Amirah yang hulurkan pulut kat dia. Ana rasa macam.... -_-

Saat itu terasa deskriminasi menjadi mainan sang senior. Takpe, tahan nafsi!
(Entah bila bibit kemesraan terasa nak bertunas anatara ana dan senior ni...
ana dah berusaha banyak kali, tapi.... :| )

Wajarkah? Dari form 1 sampai saat ini, amatlah pelik kalau melihat ana ketawa dengan senior yang berkenaan. Tennsyuuunnnn!!! Kakak, lihatlah saya! Pandanglah saya! Dan senyumlah kat saya! (huhu...)

Pengajaran: Memang susah nak layan SEMUA orang, tapi sangat tidak wajar kalau mempamerkan keberatsebelahan antara semuanya. Biar apa pun yang membezakan, semua orang sama, kan? Hormati yang tua, sayangi yang muda. ^____^

~Alangkah indahnya hidup bersama Ilahi...~ - Tema Majlis Nuzul Qur'an.

Seterusnya, bersiap-siap untuk pulang. Janji? Hanani, apa yang ana kena buat? Biarkan hari ni berlalu lagi? Akhirnya ana tak dapat tunaikan janji diri sendiri (lagi...). Entah untuk kali yang ke berapa. Sejak sebelum PMR lagi. Kenapa begitu banyak halangan yang merentasi? Ana mesti sabar.... Tiga perkataan yang sukar untuk diungkapkan: Ana minta maaf.

Ujian yang paling Allah nak uji saya, especially dalam bulan Ramadhan ini : Kesabaran~

Kata-kata Nadhirah yang kan ana ingat...

"...segalanya terletak pada kekuatan nt. Kalau nt cukup kuat untuk buat, mungkin ana tak mampu membuatnya..."

Adakah ana mampu merealisasikan mimpi?

Jawablah!

[Aslim taslam..]

P.S: Pudarnya Pesona Cleopatra, novel Kang Abik yang tak kurang hebatnya. Insha Allah. bila-bila nanti ana akan buat ulasan :)

P.S 2: Terasa sebak mendengar nasyid Segenggam Tabah. Ada kesinambungan untuk kisah sendiri. (huu~)

Tiada ulasan: