Selasa, Oktober 09, 2007

Baik!

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari ni ana tak pergi ke sekolah. Seems like many of us (form 3) didn't go to school as well.
Ana tak hadir bersebab tau! Sebabnya Mama suruh buat kuih hari ni, sebab kuih tu nanti nak bawak balik Perak. Balik kampung hari Khamis. Takut tak sempat. Sebab tu, ana ghaibah. (Haha.. best betul buat kuih. Tapi puasa, tak boleh makan pulak.)

Huhu... ana kira-kira, setakat ni ada 9 orang yang ana benarkan untuk view blog ini. Nasib yang baik. Ana tak main pilih je. ^_____^

Buat blog, ana tulis, orang bukannya baca sangat. Hanya sedikit yang prihatin. Dan mengambil berat. Sebab tu baik buat seperti ini. Ne?

Cerita hati. Nama lagu Hafiz Hamidun, bekas anggota UNIC. Imej berubah, ada yang kritik, ada yang tak kisah. Senang kata, jangan tengok siapa yang bercakap (dan yang seerti dengannya), tapi tengok pada apa yang disampaikan.

Qausuquzah... itu maksudnya pelangi. Sebetulnya kena kaitkan dengan kehidupan, bukan dengan sesiapa. Pelangi bercitrawarna, kehidupan pun begitu juga. Kalau tak suka, jangan kritik depan ana. Pelangi itu Allah yang cipta. Hidup kita pun Allah yang tentukan. Orang kaitkan itu ini dengan pelangi kenapa mesti rasa jengkel?

Esok ana mesti buat apa yang ana dah rancang sekian lama. Pengorbanan seorang sahabat yang tak mungkin ana dapat membalasnya.

Ja na!

Aslim taslam...

P.S: PMR, dah berlalu. Natijahnya keluar akhir Disember nanti. Rasa cuak? Mestilah!
Walau apa yang akan terjadi... bismillahi tawakkaltu 'alaLlah. "Dan Allah Mengetahui apa yang tidak kamu ketahui." 9 A, insha Allah.

P.S 2: Cuba nak mengatakan sesuatu, tapi tak terdaya. Duh.

2 ulasan:

Intelchaliph berkata...

Bismillahirrahmanirrahim.
------------------------------

salam ziarah kali pertama! :) wah, blog baru, semangat nya juga baru ya! semangat ceria macam pelangi~ hehe.. okey, ukhti.. moga terus istiqamah di jalan dakwah~

Qurratu'Aini berkata...

jazakillahu khairan kathira...


mudah2an begitulah Ili~

salam mujahadah bersama!